Menteri Kasut Inilah Yang Menukar Polisi Supaya Golongan B40 Mudah Masuk Asrama Penuh Dan Universiti
Sedih ana Dr. dengan berita begini. Itu kata-kata pertama yang diluahkan pada Dr. MaszIee Malik oleh seorang rakan beliau yang juga Pengerusi IKRAMTeens Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Mohd Fadhli Othman.
Katanya lagi, tiada kalimah dan perkataan yang sesuai selain menzahirkan emosi sedih dan sayu.
Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh Dr. MaszIee seakan memberi semangat berbeza. Sememangnya bekas menteri pendidikan itu sangat berjiwa kental.
” Apa nak sedih, saya ok je. Move on dan berbakti kepada masyarakat. Lepas ini kita lebih kuat menyantuni warga Simpang Renggam,” kata mantan Menteri Pendidikan, Dr MaszIee Malik.
Dr. MaszIee memberi reaksi sedemikian ketika Mohd Fadhli bertandang ke rumah pemimpin berkenaan malam tadi bagi meluahkan rasa sedih susulan keputusan beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Sedikit kehairanan apakah tiada bait sesalan atau sedih selepas melepaskan jawatan? Banyak visi dan misi sedang berjalan yang perlu diteruskan oleh YB MaszIee Malik.
Malam ini aku bertandang ke rumah beliau buat pertama kalinya dan buat kali terakhirnya sebagai Menteri Pendidikan. Sungguh sesak dengan kehadiran rakan-rakan yang tak putus-putus beri semangat,” katanya di laman Facebook.
Mohd Fadhli berkata, tiada sedikit keluhan dan luahan negatif daripada MaszIee sebaliknya hanya gelak tawa serta senyuman berterusan.
Menurutnya, meskipun MaszIee pernah diberi gelaran ‘menteri kasut’, namun pemimpin itu yang mempertahan dan meringankan bebanan guru.
Menteri kasut inilah yang menukar polisi supaya golongan B40 mudah masuk ke asrama penuh, matrikulasi dan universiti. Menteri kasut inilah perkasakan ‘zero reject policy’ agar setiap anak berkeperluan khas diberi hak pendidikan di sekolah tanpa ada sebarang kata ‘tidak boleh’.
Menteri kasut inilah yang menambah nilai sistem pertukaran guru secara suka sama suka tapi akhirnya beliau diturunkan, Menteri Kasut’ inilah yang merendah diri. Bersama murid bahasanya Pakcik. Sangat menjiwai kanak-kanak. Murid cium tangan dia, dia cium tangan budak.
” Menteri Kasut’ inilah yang telah mewarnai KPM agar terus releven dan perkasa,” akhiri beliau.
Sementara itu mungkin ramai yang masih ingat gambar Menteri Pendidikan yang baharu dilantik Dr MaszIee Malik mengimamkan solat tular di media sosial sekitar Mei 2018.
Menerusi posting gambar itu, Dr. MaszIee dilihat memakai baju hitam dan sedang mengimamkan solat bersama pegawai-pegawainya di bangunan kementerian, Rabu.
” Just nk share…hari ini kat surau tiba-tiba menteri pendidikan turun mengimamkan solat Zohor.
” Habis pegawai-pegawai terkejut . Selama ni even KPPM pun tak pernah turun surau tu, ni tiba-tiba YB menteri jadi imam lagi, Alhamdulillah,” demikian keterangan yang ditulis pada gambar tersebut.
Dr. MaszIee semalam dalam satu sidang akhbar khas di Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya mengumumkan menyerahkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 20 bulan untuknya mengemudi KPM.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : sinarharian
The post Menteri Kasut Inilah Yang Menukar Polisi Supaya Golongan B40 Mudah Masuk Asrama Penuh Dan Universiti appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/menteri-kasut-inilah-yang-menukar-polisi-supaya-golongan-b40-mudah-masuk-asrama-penuh-dan-universiti/