Sempat Buat Polisi Pertukaran Baru Semalam Guru Kongsi Momen Terakhir Dr Maszlee Sebagai Menteri


Pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, untuk meletakkan jawatan berkuatkuasa 3 Januari 2020, ternyata menimbulkan reaksi ramai terutamanya barisan kuat pendidikan, guru-guru seluruh negara.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang guru, Mohd Fadli Salleh, di laman facebooknya, keputusan Dr Maszlee itu umpama kehilangan permata sekaligus menimbulkan rasa sedih para guru yang tak terungkap dengan kata-kata.
Menjadi tular dengan mendapat hampir 30K tanda suka dan 13 perkongsian dalam tempoh tiga jam di Facebook, rata-rata netizen dilihat tidak dapat menahan sebak mengenai keputusan tersebut.
Saya tidak tahu berapa lama lagi saya akan pegang kuasa ini “YB, saya ingin bertanya, kenapa dalam pendidikan sekarang terlalu banyak perubahan drastik? Kadang apa yang diumum itu, akar umbi pun tidak tahu dan tidak bersedia menerima perubahan mendadak.”
Insan ini tersenyum. Memandang tepat ke dalam mata aku lantas berkata,
“Cikgu Fadli. Saya tidak tahu berapa lama saya akan pegang kuasa ini. Jika asyik kaji, kaji, dan kaji seperti kerajaan lama, apa pun tak akan berubah.
Sebab itu saya terus mengeluarkan arahan atas kapisiti saya sebagai menteri untuk terus menjadi dasar kerajaan. Pemansuhan serta merta LINUS contohnya. LINUS menjadi rungutan majoriti guru sejak sekian lama. Cara pelaksanaan yang tidak kena, banyak borang dan proses LINUS mengganggu PdPc guru.
Saya baca apa yang Cikgu Fadli tulis. Saya ambil maklum dan saya terus bertindak semasa ada kuasa.
Begitu juga dasar Zero Reject Policy. Saya tahu ramai guru-guru belum bersedia menerima anak-anak kurang upaya di aliran perdana. Mereka masih tiada ilmu yang cukup untuk handle murid sebegitu. Namun jika bukan sekarang, jika bukan masa saya ada kuasa, agaknya sampai bila-bila ia takkan dilaksana.
Pemansuhan peperiksaan di tahap 1 sudah sekian lama dikaji. Sudah dilaksanakan hampir semua negara maju. Dan kita masih takut-takut untuk berubah. Jika tanpa arahan menteri, kita masih ditakuk lama.
Banyak perkara kita perlu ubah dahulu baru kita perlahan-lahan belajar untuk menerima dan handle setiap perkara dengan baik. Semestinya akan ada kekurangan, namun masa dan kepakaran kita pasti dapat atasi semua kelemahan.”
Panjang lagi kami berborak, bercerita tentang hala tuju pendidikan negara.
Orangnya sangat merendah diri, sangat santun dan mudah didekati.. Dr Maszlee Malik. Satu susuk tubuh kecil yang diangkat menjadi Menteri Pendidikan Malaysia. Orangnya sangat merendah diri, sangat santun dan mudah didekati.
Belum ada lagi mana-mana menteri pendidikan sepertinya. Turun ke sekolah tanpa protokol menyantuni murid-murid dan guru. Yang membuka pintu rumah untuk guru biasa.
Belum ada yang sepertinya.
Serangan politik itu biasa. Beliau orang politik. Dihina bermacam-macam, dikutuk dan dimaki sentiasa. Namun beliau tetap tersenyum dan terus melangkah dengan tabah.
Dan petang tadi sebenarnya aku sangat terkejut dan sedih dengan pengumuman daripada YBM tentang perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Saat terakhir sebelum melangkah keluar pun beliau masih cuba berbakti.. Beliau sangat perform membuat perubahan demi perubahan dalam dunia pendidikan. Banyak bebanan tugas guru beliau ringankan, dan yang terbaharu semalam beliau sempat membuat satu polisi pertukaran baharu. Pertukaran suka sama suka yang sangat menggembirakan hati lebih 400k guru diluar sana.
Saat terakhir sebelum melangkah keluar dari pejabat menteri pun beliau masih cuba berbakti.
Aku beberapa kali pernah berhadapan dengan beliau secara peribadi, bertanya face to face tentang apa hala tuju pendidikan negara, apa kehendak beliau, apa pula kehendak kerajaan semasa, apa pula kehendak ibubapa, apa pula kehendak guru-guru apa pula kehendak target (murid/pelajar/mahasiswa)
Ternyata, beliau sangat jujur dan ikhlas dalam bidang pendidikan. Beliau mahu sebanyak mungkin perubahan ke arah kebaikan sebanyak mana yang ibubapa dan guru mahukan.
Biar apa kata-kata buruk yang orang hendak kata padanya, aku anggap Dr. Maszlee Malik merupakan Menteri Pendidikan yang terbaik pernah Malaysia ada.
Dalam tempoh 20 bulan sahaja beliau membuat perubahan demi perubahan, mendekati ibubapa, guru dan murid dengan cara luar biasa, cara yang belum pernah mana-mana menteri buat.
Mana mungkin orang ingin membenci seorang menteri yang sanggup.. Yang memaki dan memusuhi beliau bukan berpaksi kepada sikap beliau, tapi kerana perbezaan fahaman politik sahaja.
Mana mungkin orang ingin membenci seorang menteri (bekas) yang sanggup turun mengharung banjir besar sambil mendukung anak kurang upaya sepertinya.
Buat Dr. Maszlee Malik, teruslah berjaya dan cemerlang walau dimana YB berada.
Perkenalan singkat bersama tuan memberi seribu erti buat guru biasa macam saya. Budi, kesopanan dan kerendahan hati tuan sentiasa dalam ingatan.
Salam sayang penuh keikhlasan,
Mohd Fadli Salleh,
Guru Sk 1 Gombak.
#MFS
– Kehilangan permata di tengah kekalutan adalah satu kesedihan yang tidak terungkap kata-kata –
Sumber : Mohd Fadli Salleh
The post “Sempat Buat Polisi Pertukaran Baru Semalam,” Guru Kongsi Momen Terakhir Dr Maszlee Sebagai Menteri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/02/sempat-buat-polisi-pertukaran-baru-semalam-guru-kongsi-momen-terakhir-dr-maszlee-sebagai-menteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Dilihat Banyak Timbulkan Krisis Terutama Isu Tulisan Jawi Dr Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

Saya Dilihat Banyak Timbulkan Krisis Terutama Isu Tulisan Jawi Dr Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 793 hits
Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan yang akan berkuat kuasa mulai esok selepas mendapat nasihat dari Perdana Menteri Saya dengan taat setia dan reda walaupun berat dengan nasihat ayahanda Perd...
Ini Respon Dr Maszlee Selepas Umum Undur Diri Sebagai Menteri Pendidikan

Ini Respon Dr Maszlee Selepas Umum Undur Diri Sebagai Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 385 hits
Ohmedia perasan ramai juga yang tidak menyokong dan setuju dengan keputusan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Kementerian Pendidikan tempoh hari Jadi apa agaknya respon Maszlee Jadi ini Ohmedia kongsikan hasil pertemuan seo...
Kenangan Terakhir Maszlee Malik Sebelum Lepaskan Jawatan Menteri Kpm

Kenangan Terakhir Maszlee Malik Sebelum Lepaskan Jawatan Menteri Kpm

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 402 hits
Kenangan Terakhir Maszlee Malik Sebelum Lepaskan Jawatan Menteri KPMKenangan Terakhir Maszlee Malik Sebelum Lepaskan Jawatan Menteri KPM
Dr Maszlee Malik Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan Ini Luahan Beliau

Dr Maszlee Malik Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan Ini Luahan Beliau

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 556 hits
DR Maszlee Malik secara rasmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari 2020 Beliau membuat pengumuman berkenaan pada sidang media di luar lobi bangunan Kementerian Pendidikan di Kompleks E Putrajaya S...
Petisyen Kekalkan Dr Maszlee Malik Sebagai Menteri Pendidikan Terus Meningkat Cecah 380k Tandatangan

Petisyen Kekalkan Dr Maszlee Malik Sebagai Menteri Pendidikan Terus Meningkat Cecah 380k Tandatangan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 547 hits
Nampaknya petisyen dalam talian yang menggesa Dr Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan terus mendapat sokongan rakyat daripada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa Rata rata rakyat menandatangani petisyen terse...
Tamatkan Projek Taikun Ytl 1bestarinet Isu Utama Dr Maszlee Diarah Letak Jawatan Menteri Kpm

Tamatkan Projek Taikun Ytl 1bestarinet Isu Utama Dr Maszlee Diarah Letak Jawatan Menteri Kpm

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 732 hits
Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM16 01 Jan 02 2020 By SabahKini2 21Sekalipun banyak isu dikaitkan dengan Dr Maszlee namun isu paling besar ialah menamatkan kontrak 1BestariNet milik...
Ramai Lagi Menteri Lain Layak Berundur Berbanding Maszlee Kj

Ramai Lagi Menteri Lain Layak Berundur Berbanding Maszlee Kj

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap lebih ramai lagi menteri layak berundur selain Dr Maszlee Malik Ramai lagi menteri lain layak berundur berbanding Maszlee KJ
Rombakan Kecil Kabinet Jejas Maszlee Timbalan Menteri

Rombakan Kecil Kabinet Jejas Maszlee Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 391 hits
Terdapat spekulasi Dr Mahathir Mohamad tidakberpuas hati dengan prestasi beberapa menterinya KUALA LUMPUR Terdapat spekulasi perubahan Kabinet hari ini dan antara yang dijangka terkesan adalah Menteri Pendidikan Maszlee Malik Seorang sumber...
Terpaksa Tangguh Yuran Anak Guru Kongsi Perih Wanita Bayar Yuran Enam Orang Anak

Terpaksa Tangguh Yuran Anak Guru Kongsi Perih Wanita Bayar Yuran Enam Orang Anak

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 355 hits
Keterujaan kanak kanak memasuki sesi persekolahan pada tahun 2020 sememangnya sesuatu yang mengembirakan tenaga pendidik dan ibu bapa Namun begitu disebalik keterujaan itu terdapat juga segelintir ibu bapa yang terjerumus dalam kekangan kew...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba