Menteri Industri Utama Teresa Kok Sarankan Penoreh Getah Menoreh Pada Musim Tengkujuh




Kenyataan Menteri Industri Utama, Teresa Kok di Dewan Rakyat semalam yang mencadangkan penoreh getah menoreh pada musim tengkujuh dan menggalakkan ekonomi campuran terus dipertikai.

Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata penoreh bukan sengaja tidak produktif pada musim tengkujuh namun tidak boleh keluar menoreh ketika hujan.

“Mungkin YB Menteri tidak pernah pergi menoreh getah. Pada musim tengkujuh, penoreh tidak keluar menoreh sebab air hujan bercampur dengan susu getah yang menyebabkan hasil torehan tidak baik.



“Bukan kerana penoreh ini malas dan sengaja tidak produktif dan ambil cuti berbulan, YB. Tak menoreh, tak ada duit, tak makan. Mereka perlukan pendapatan waima pada musim tengkujuh pun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga pegawai khas Datuk Seri Najib Razak berkata sejak merdeka, berdekad-dekad BN dan agensi berkaitan mengkaji untuk meningkatkan pendapatan  penoreh.

“Takkanlah seluruh agensi kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan selama berpuluh tahun sebelum ini tidak tahu sekiranya penoreh getah boleh menoreh pada musim tengkujuh tapi sengaja tak mahu keluar?

“Sekali-sekala YB Menteri dengarlah nasihat penjawat awam dan janganlah asyik Google sahaja untuk dapatkan idea yang baru yang kononnya boleh meningkatkan produktiviti penoreh atau rakyat secara amnya,” katanya.

Gambar hiasan
Semalam, Teresa ketika menjawab di Dewan Rakyat berkata kerajaan mahu penoreh keluar menoreh ketika musim tengkujuh.

“Kita nak menggalakkan penoreh ini walaupun pada musim tengkujuh, mereka masih keluar untuk menoreh getah supaya mereka boleh dapat pendapatan,” katanya.

Namun kenyataan itu dibantah Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum Teressa dapat menghabiskan ayatnya.

“Musim tengkujuh tak boleh menoreh menteri. Cawan getah itu penuh dengan air. Tak kan YB menteri tak tahu bab itu?,” katanya.

Selepas beberapa celahan dibuat wakil rakyat BN, Teresa menjawab dengan mengulas soal bantuan kepada penoreh pada musim tengkujuh yang dibangkitkan.

“Bantuan musim tengkujuh ini kerajaan tidak mampu dan tidak menggalakkan produktiviti. Di Jelebu ada penoreh yang amalkan ekonomi campuran.

“Mereka tanam nanas, hasilkan jus, ternak ikan serta tanam sayur yang menjana pendapatan lumayan setiap bulan. Kita cuma nak menggalakkan ekonomi campuran untuk pekebun kecil ini,” katanya.

Sementara itu, Isham mengulas soal ekonomi campuran itu dengan menyifatkan pengkhususan pekerjaan menjamin produktiviti.

“Dalam ekonomi ada sesuatu perkara asas yang dinamakan pengkhususan kerja. Adalah lebih produktif dan efisien jika seseorang itu mengkhususkan pekerjaannya kepada satu bidang kerana kekangan masa, sumber dan kemahiran yang menambah lagi produktiviti.

“Penoreh yang sudah lama menoreh tahu bagaimana cara untuk menoreh dan bila untuk mendapatkan hasil tertinggi berbanding menteri yang baru belajar cara menoreh daripada Google,” katanya.

Sumber: Sinar Harian © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber Menteri Industri Utama, Teresa Kok Sarankan Penoreh Getah Menoreh Pada Musim Tengkujuh
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/11/menteri-industri-utama-teresa-kok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Teknologi Payung Untuk Toreh Getah Musim Hujan Teresa Kok

Guna Teknologi Payung Untuk Toreh Getah Musim Hujan Teresa Kok

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 1621 hits
Bila ditanya di Dewan Rakyat kenapa bantuan musim tengkujuh untuk penoreh getah dimansuhkan sepenuhnya Teresa Kok menjawab penoreh getah masih boleh menoreh menanam sayur dan menternak ikan semasa musim hujan lebat Sudah tentu jawapan itu d...
Apa Masalah Teresa Kok Sebenarnya Dia Pernah Menoreh Getah Tak

Apa Masalah Teresa Kok Sebenarnya Dia Pernah Menoreh Getah Tak

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 1140 hits
Duk tengok twitter sambil layan mata ingatkan nak relax skit malam ni Sekali lalu kat twitter statement rasmi teresa kok dari kementerian Berkali aku tekan back and check betul2 Sah ia statement rasmi Nampaknya teresa ni lagi parah dari ahm...
Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh

Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 372 hits
PEKAN Rakyat di negeri ini terutama yang tinggal berhampiran kawasan sungai kolam dan longkang besar supaya lebih peka mengawasi anak masing masing menjelang musim tengkujuh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah ia...
Baru Bian Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh

Baru Bian Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 248 hits
KUANTAN Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Kuala Lumpuk Karak Anih Berhad meningkatkan rondaan pada musim tengkujuh sebagai langkah berwaspada terhadap bencana Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata rondaan itu bagi memas...
Menteri Jaga Kebajikan Penoreh Belajar Dari Google

Menteri Jaga Kebajikan Penoreh Belajar Dari Google

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR 28 Nov 8211 Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia Isham Jalil membidas tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang memotong banyak bantuan kepada rakyat terutama golongan B40 Namun apa yang menghairanka
Teresa Kok Ada Kaitan Dengan Pemaju One City

Teresa Kok Ada Kaitan Dengan Pemaju One City

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMPUR Menteri Industri Utama Teresa Kok digesa untuk membuat laporan polis mengenai dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pemaju One City Development Sdn Bhd yang terbabit dalam penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Sub...
Teresa Kok Condemns Iceland S Anti Palm Oil Campaign

Teresa Kok Condemns Iceland S Anti Palm Oil Campaign

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 485 hits
The primary industries ministry has labelled a British supermarket chain s anti palm oil video campaign as unfair calling it biased political propaganda Which is why the ministry in a statement said it welcomed the decision by Clearcast the...
Semoga Membantu Penoreh Kerajaan Tambat Harga Lantai Getah Rm2 20

Semoga Membantu Penoreh Kerajaan Tambat Harga Lantai Getah Rm2 20

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 417 hits
Kementerian Industri Utama sedang mengambil perhatian tentang nasib penoreh getah berdasarkan kedudukan harga getah sekarang Menteri berkenaan Teresa Kok berkata kementerian telah membawa perkara itu ke Kabinet untuk penelitian Jemaah Mente...
Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

Arjun S O Vyjayanti Filem Tamil Aksi Korang Mesti Layan Punya

Bagaimana Malaysia Boleh Dapat Pemain Berpengkalan Di Amerika Latin Dan Eropah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah