Menteri Hentam Mufti Wilayah Tentang Fatwa Kerja Bank Tak Halal



(Berita Harian) – Institusi mufti disaran supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan hukum terutama berkaitan isu sensitif yang boleh menimbulkan kegusaran dan polemik dalam kalangan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya sentiasa menghormati penjelasan hukum dikeluarkan mufti, namun ia mestilah disertakan dengan hujah yang konkrit bersama jalan penyelesaian.
“Saya ingat isu ini boleh dijadikan satu pengajaran. Saya mengharapkan sudah tentu dalam isu persoalan hukum, mufti diberi kuasa dan ada kelayakan untuk mengeluarkan pandangan.
“Mengenai isu ini (hukum bekerja di bank konvensional), ia tak dirujuk kepada menteri dan dikeluarkan begitu sahaja. Saya harapkan sahibus samahah, walaupun pandangan mereka dihormati, tetapi dalam masa sama perlu lebih berhati-hati.
“Kedua, bila keluarkan satu-satu pandangan, biar habis, jangan tergantung begitu sahaja. Jadi saya harapkan mana mana mufti, dengan kuasa dan tanggungjawab diberikan, bila mana satu pandangan dikeluarkan, janganlah sampai menimbulkan kegusaran awam dan perlu bagi solusi mengenai kedudukan isu itu,” katanya pada Majlis Konvokesyen ke-16 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.
Yang turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd Nizam Yahya dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd, Dr Yusri Mohamad.
Beliau diminta mengulas jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah dalam ruangan ‘Irsyad Al-Fatwa ke-823’ di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diterbitkan pada 18 Januari lalu.
Dalam jawapan mengenai hukum bekerja di bank konvensional, beliau berkata, kakitangan institusi perbankan terbabit disarankan mencari pekerjaan halal lain kerana sektor itu terbabit dengan riba.
Mengulas lanjut, katanya, galakan untuk mufti mengemukakan pandangan amat diraikan, namun ia mestilah bersifat tuntas dan tidak menimbulkan kecelaruan atau pertikaian lanjut.
“Bila kita cakap orang Islam tidak boleh bekerja di bank konvensional, alternatif (penyelesaiannya) pula bagaimana. Biarlah pandangan dikeluarkan itu mengambil kira semua keadaan. Selain itu diharapkan pandangan terbabit (mengemukakan) solusi sehingga ke penghujungnya, sehingga tidaklah kita pun tertanya-tanya apakah bentuk penyelesaian yang di sarankan,” katanya.
Tambahnya, walaupun sesuatu pandangan itu bersifat nasihat, golongan mufti perlu sedar apa sahaja yang dikeluarkan itu akan dirujuk.
“Pandangannya itu mungkin tidaklah sampai ke tahap fatwa, ia lebih kepada pandangan atau nasihat. Tetapi golongan mufti ini apabila mereka keluarkan sesuatu pandangan, orang akan ingat perkara itu sebagai satu fatwa. Ini yang selalu terjadi,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/01/20/menteri-hentam-mufti-wilayah-tentang-fatwa-kerja-bank-tak-halal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fatwa Mesir Harus Bertalfiq Dalam Muamalah Di Bank Hari Ini

Fatwa Mesir Harus Bertalfiq Dalam Muamalah Di Bank Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 140 hits
SoalanSeorang penanya berkata Saya mengamati fatwa fatwa yang membenarkan pelbagai transaksi dengan bank Salah seorang kawan saya memberitahu saya bahawa mereka yang mengatakan harus berurusan dengan bank sedang membenarkan transaksi bank d...
Perlu Ke Basuh Tuala Wanita Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

Perlu Ke Basuh Tuala Wanita Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 292 hits
Hari ni macam ternampak nampak posting blogger Diana rashid tentang isu basuh ke tidak pad yang ada kesan darah kotor Ada yang bersetuju dengan kak diana dan ada yang tidak Macam biasa la masing masing dengan pendapat mereka Aku pun tak ter...
Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Ppim 08 01 2024

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Ppim 08 01 2024

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 247 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi hari ini menghadiri perjumpaan bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan di Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur Perjumpaan membincangkan isu isu semasa dan kerjasama yang dapat dilak...
Hiburan Perlu Berusaha Sehabis Baik Untuk Keluar Jika Bekerja Dalam Sektor Bank Konvensional Mufti

Hiburan Perlu Berusaha Sehabis Baik Untuk Keluar Jika Bekerja Dalam Sektor Bank Konvensional Mufti

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 164 hits
Baru baru ini Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah ada mengeluarkan kenyataan saranan kepada para pekerja yang berada dalam dunia pekerjaan bank berstatus konvensional untuk berusaha sehabis baik agar mencari pekerjaan halal yang lain ...
Bertemu Xanana Gusmao Pemprov Bali Tawarkan Kerja Sama Bidang Pendidikan Kesehatan

Bertemu Xanana Gusmao Pemprov Bali Tawarkan Kerja Sama Bidang Pendidikan Kesehatan

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 190 hits
Indonesia dan Timor Leste memiliki kedekatan hubungan budaya dan historis secara emosional
Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 240 hits
Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu 8 Menjadi penjawat awam merupakan impian sebahagian orang ramai kerana kelebihan bila kerja kerajaan Ramai mereka yang menginginkan pekerjaan tetap dan stabi...
Suami Hantar Pergi Kerja Hari Ini

Suami Hantar Pergi Kerja Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 255 hits
Assalamualaikum Hari ni SA merasa suami hantar pergi kerja impian SA setelah sekian lama kebetulan suami ada urusan peribadi kat Subang so suami cakap nak hantar ke tempat kerja Insha Allah balik nanti pun dengan dia urusannya ambil masa sa...
Anies Cari Kerja Sulit Pas Ada Kesempatan Masuknya Bayar Adil Atau Tidak

Anies Cari Kerja Sulit Pas Ada Kesempatan Masuknya Bayar Adil Atau Tidak

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 164 hits
Menurut Anies persoalan persoalan tersebut bukan hal yang sulit untuk diatasi
Foto Pekerja Sektor Informal Masih Mendominasi Tenaga Kerja Di Indonesia

Foto Pekerja Sektor Informal Masih Mendominasi Tenaga Kerja Di Indonesia

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 165 hits
Berdasarkan data Badan Pusat Statistik pada Agustus 2023 ada 82 67 juta orang yang bekerja di sektor informal
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025