Menteri Cadangan Ngeh Letak Wakil Bukan Islam Tidak Berasas



(Malaysiakini) – Saranan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Khoo Ham untuk melantik wakil bukan Islam dalam jawatankuasa khas undang-undang Syariah adalah “tidak berasas”, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.
Mohd Na’im (gambar judul) berkata Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam itu dianggotai para pakar Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sivil dan undang-undang Syariah.
“(Mereka) berkelayakan untuk membuat kajian, memberikan pandangan dan sumbang saran bagi memastikan jalan penyelesaian yang terbaik dan harmoni dapat dibuat bagi menyelesaikan semua isu yang berbangkit dalam perkara ini demi memartabatkan dan memperkasa perundangan Syariah dan sistem kehakiman Syariah di negara ini,” katanya pada satu kenyataan hari ini.
Jawatankuasa Khas ini, jelas Mohd Na’im ditubuhkan bertujuan mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Dia berkata hasil kajian, pandangan dan syor yang dicadangkan oleh jawatankuasa khas ini akan dibentangkan dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja.
“Oleh yang demikian cadangan berkaitan pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas seperti yang dikemukakan oleh YB Ahli Parlimen Beruas adalah tidak berasas sama sekali,” kata Mohd Na’im.
Menteri agama juga menyeru semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh “mengundang kegelisahan awam.”
“Semua pihak perlu memberikan sepenuh keyakinan serta ruang kepada jawatankuasa khas untuk menjalankan peranannya dengan penuh profesional dan berkesan,” katanya lagi.
Jawatankuasa 11 anggota itu yang diketuai bekas ketua hakim negara Zaki Azmi (gambar, atas) itu kali pertama bermesyuarat pada 5 Disember lalu.
Anggota lain ialah bekas hakim mahkamah persekutuan Mohd Zawawi Salleh, ahli majlis Islam Selangor Salehuddin Saidin, Ketua Hakim Syarie Melaka Nadzri Abdul Rahman, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang Jabatan Peguam Negara (AGC) Anas Ahmad Zakie, timbalan ketua bahagian sivil Shamsul Bolhassan dan ketua unit penyelidikan perlembagaan Azirul Liza Abdullah.
Turut menganggotai dekan perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Farid Sufian Shuaib dan Wan Ahmad Fauzi Hashim, presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang dan peguam syariah Zulqarnain Lukman.
Ngeh, seorang peguam kanan dan penggubal undang-undang meminta Putrajaya mempertimbangkan penyertaan wakil bukan Islam dan Majlis Peguam kerana jawatankuasa itu akan cuba menyelaraskan undang-undang syariah dengan Perlembagaan Persekutuan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/12/29/menteri-cadangan-ngeh-letak-wakil-bukan-islam-tidak-berasas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Lantik Pakar Bukan Islam Pihak Berkuasa Perlu Siasat Ngeh Kata Tuan Ibrahim

Cadangan Lantik Pakar Bukan Islam Pihak Berkuasa Perlu Siasat Ngeh Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 139 hits
Timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Jawatankuasa DAP Pusat PETALING JAYA Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pemimpin DAP yang dilihat acap ka...
Yang Ko Sibuk Dengan Undang Islam Dah Kenapa Ngeh Rujukan Korang Atas Dasar Apa

Yang Ko Sibuk Dengan Undang Islam Dah Kenapa Ngeh Rujukan Korang Atas Dasar Apa

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 259 hits
Nak gubalnya perundangan islam yang membabitkam orang islam dan semestinya dirujuk berlandaslan al quran dan hadis melalui pelbagai majlis fatwa islam Tiba tiba Ngeh muncul dengan idea Lantik Pakar Bukan Islam Bantu Nak bantu dari segi apa ...
Menteri Kesihatan Perancis Letak Jawatan

Menteri Kesihatan Perancis Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 156 hits
MENTERI Kesihatan Perancis Aurelien Rousseau telah mengemukakan peletakan jawatannya berikutan kelulusan undang undang imigresen yang kontroversi di Parlimen lapor media Perancis pada Selasa nbsp Akhbar Le Figaro dan Le Parisien melaporkan ...
Tarikh Tarikh Penting Islam 2024

Tarikh Tarikh Penting Islam 2024

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 360 hits
Alhamdulillah Selamat tahun baru semua Moga tahun ini menjadikan kita semua lebih baik lagi Insya Allah Berikut merupakan Takwim Islam 2024 dan tarikh penting Islam 2024 Sumber Muat Turun
Wakil Ketua Kpk Alexander Marwata Tolak Jadi Saksi Meringankan Firli Bahuri

Wakil Ketua Kpk Alexander Marwata Tolak Jadi Saksi Meringankan Firli Bahuri

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 158 hits
Alexander sempat hadir sebagai saksi meringankan saat sidang prapradilan Firli Bahuri
Anak Ramai Mama Tak Sempat Berhias Cantikkan Dalaman Dengan Petua Awet Muda Cara Islam

Anak Ramai Mama Tak Sempat Berhias Cantikkan Dalaman Dengan Petua Awet Muda Cara Islam

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 361 hits
Menguruskan anak yang ramai di ketika mereka sedang membesar bukan satu tugas yang mudah Adakalanya ibu langsung tiada masa untuk tampil cantik berhias seperti dulu Tak perlu keterlaluan namun cukup ibu pandai menjaga penampilan dan menjaga...
Sultan Selangor Minta Orang Politik Tak Campuri Urusan Hal Ehwal Agama Islam

Sultan Selangor Minta Orang Politik Tak Campuri Urusan Hal Ehwal Agama Islam

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 175 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sultan Selangor minta orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak mencampuri urusan hal ehwal agama Islam Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas Ngeh...
Usah Lantik Wakil Badan Peguam Dalam Jawatankuasa Berkait Undang Undang Syariah Kata Pemimpin Umno

Usah Lantik Wakil Badan Peguam Dalam Jawatankuasa Berkait Undang Undang Syariah Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 218 hits
Puad Zarkashi berkata kerajaan tidak perlu melayan saranan Ngeh Koo Ham untuk membabitkan Badan Peguam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang Undang Islam PETALING JAYA Pemimpin Umno Puad Zarkashi menolak cad...
Islam And Suicide An Academic Study Journal Article

Islam And Suicide An Academic Study Journal Article

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 169 hits
Norman Fernandez sent me this really long journal article about suicide terrorism involving Muslims It is an academic study I have read it and edited it down to be bloggable here ANNOUNCEMENT Let it be known that I Syed Akbar Ali have found...
Huawei Unveils Matepad Pro 12 2 A Premium Pc Level Experience Tablet For Work Play And Creativity

Ringgit Firmer Against Us Dollar At Opening

Pelaburan Dividen Bulanan Senarai Saham Strategi Khas Untuk Rakyat Malaysia

Air Asia S 50 One Off Discount For Media Practitioners To Visit Asean

Resipi Daging Goreng Belengas

12 Gelanggang Pickleball Yang Menarik Di Selangor

Late Dinner Di Fiqri Tomyam Seafood Pasar Chow Kit

Malaysia Mustn T Blindly Support Iran Which Has Committed Numerous Atrocities Against Muslims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Huawei Freebuds 6

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Nak Aura Cantik Kena Hindari Keramaian

Aiskrim Kelapa

Ibu Gadis Veil Beri Penjelasan Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding