Menteri Cadang Pusat Mediasi Selesai Pertikaian Islam Bukan Islam


 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Mohd Na’im Mokhtar, berkata pusat mediasi itu dicadang ditubuhkan bagi mengelak perseteruan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan orang Islam dan bukan Islam.
Beliau berkata, proses mediasi itu adalah berbentuk tidak formal dan memerlukan satu platform bersesuaian untuk dilaksanakan bagi membantu pihak yang terlibat selain daripada konteks mahkamah.
“Hal ini kerana melibatkan pertikaian antara orang Islam dan bukan Islam iaitu bapa yang bukan Islam dan ibu serta anak beragama Islam, tanpa memprejudiskan mana-mana pihak…selain membabitkan dua mahkamah berbeza iaitu sivil dan syariah.
Ads by Kiosked“Kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil peluang ini hingga menyebabkan berlaku perseteruan serta ketidaktenteraman. Kita mahu lahirkan masyarakat bersatu padu dan saling memahami,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan al-Quran terbaharu terbitan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-40.
Beliau berkata demikian mengulas kes perebutan hak penjagaan anak selepas video rakaman tular di media sosial baru-baru ini memaparkan seorang ibu dan anak berusia sembilan tahun terpaksa berpisah selepas Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan hak penjagaan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya.
Difahamkan kanak-kanak itu merupakan anak kepada pasangan Orang Asli yang bercerai dan dijaga ibunya yang memeluk Islam namun menjadi mangsa perebutan hak jagaan.
Mahkamah Tinggi Kuantan pada Khamis lalu memerintahkan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya yang bukan beragama Islam menerusi perintah habeas corpus.
Na’im bagaimanapun berkata, penubuhan pusat mediasi itu masih memerlukan kajian lanjut oleh pihak berwajib agar ia boleh dilaksanakan sama ada di bawah mahkamah sivil atau sebaliknya.
“Apa yang paling penting pengantara yang dilantik dalam proses mediasi itu mestilah terdiri daripada gabungan pakar undang-undang syariah, pakar undang-undang sivil dan pakar kanak-kanak. Saya yakin dengan cara informal ini dapat menyelesaikan masalah secara adil serta kepentingan kanak-kanak tersebut dijaga,” katanya.
Ads by KioskedAjaran sesat
Sementara itu, mengulas mengenai video ajaran sesat didakwa melibatkan sebuah sekolah pondok atau pesantren di negara jiran yang tular di media sosial, Na’im berkata satu jawatankuasa pakar syariah akan dibentuk secepat mungkin oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) untuk mengkaji pesantren itu.
“Kajian ini akan dibawa kepada jawatankuasa muzakarah dan seterusnya jawatankuasa ini akan bersidang dan membuat keputusan. Satu cadangan akan diserahkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk memutuskannya,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan satu majlis agama berunsurkan ajaran sesat di sebuah pesantren di negara jiran yang menyanjung Israel dan didakwa turut disertai ramai rakyat Malaysia sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warganet. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/menteri-cadang-pusat-mediasi-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anthony Loke Kalimah Allah Jemaah Menteri Dr M Putus Selesai Kes Luar Mahkamah

Anthony Loke Kalimah Allah Jemaah Menteri Dr M Putus Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 179 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menegaskan penyelesaian kes kalimah Allah di luar mahkamah berdasarkan keputusan Jemaah Menteri ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dan bukan atas permintaan part...
Hyundai Kia Selesai Saman Cabaran Curi Kereta Di Tiktok

Hyundai Kia Selesai Saman Cabaran Curi Kereta Di Tiktok

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 114 hits
Hyundai Kia selesai saman cabaran curi kereta di TikTok Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 May 2023 12 05
Fahmi Minta Skmm Selesai Isu Menara Telekomunikasi Tak Berfungsi Di Sarawak

Fahmi Minta Skmm Selesai Isu Menara Telekomunikasi Tak Berfungsi Di Sarawak

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 107 hits
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau juga mahu masalah panggilan terputus di kawasan yang mempunyai isyarat lemah di Sarawak diatasi segera KUCHING Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diminta memanggil semua syarikat...
Selalu Kita Dengar Pasal Artis Masuk Islam Ini Senarai Artis Yang Keluar Islam Kerana Cinta

Selalu Kita Dengar Pasal Artis Masuk Islam Ini Senarai Artis Yang Keluar Islam Kerana Cinta

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 99 hits
Selalu kita dengar pasal artis masuk Islam ini senarai artis yang keluar islam kerana cinta Mungkin ramai yang keliru dengan isu tukar agama di Indonesia Namun ini bukan perkara luar biasa di negara jiran malah ramai je artis terkenal di In...
Hanya Jadi Alat Tunggangan Ahli Politik Terpaling Islam Malakat Mall Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung

Hanya Jadi Alat Tunggangan Ahli Politik Terpaling Islam Malakat Mall Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 190 hits
Hanya jadi alat tunggangan ahli politik terpaling 8216 islam 8217 Malakat Mall sunyi sepi tanpa pengunjung Sebut mengenai pasar raya pastinya orang ramai dapat membayangkan suasana yang dipenuhi pengunjung beserta lambakan kedai yang dibuka...
Hadi Awang Safety Of Non Muslims Will Be In Jeopardy If They Take Extreme Stance Against Islam

Hadi Awang Safety Of Non Muslims Will Be In Jeopardy If They Take Extreme Stance Against Islam

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 165 hits
In the meantime the victory of the Islamic party in a democratic manner is prevented by all means ONE wonders if PAS president Tan Sri Hadi Awang is threatening non Muslims when he headlined his latest social media rant in his Minda Preside...
Surat Gembira Penderitaan Islam Bukan Pada Slogan Tapi Pengamalan

Surat Gembira Penderitaan Islam Bukan Pada Slogan Tapi Pengamalan

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 126 hits
Norman Radzuan Kita mahu Islam dan kemajuanBila melihat surat pekeliling satu khabar gembira dan satu lagi khabar derita hati saya benar2 geram Dlm keadaan anak2 yg sdg mencari ilmu demi masa depan mereka terpaksa belajar secara online kera...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura

Kangen Band Setengah Mati Mengejar Dia Chord

Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls