Menteri Besar Kedah Ahli Politik Pemberani



Agak teruk juga nampaknya Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor, dihadapkan dengan selaran dalam isu perobohan kuil di Kuala Kedah.

Paling saya bersimpati ialah bila Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Muhammad Sanusi harus diganti sebagai Menteri Besar Kedah kerana tidak layak dan tidak sesuai untuk memegang jawatan tinggi dalam masyarakat majmuk

Simpati saya ini adalah kerana saya juga pernah menjadi mangsa modus operandi sama yang digunakan oleh Lim Kit Siang yang mempersoalkan kelayakan dan kesesuaian saya untuk menjadi pensyarah di universiti awam dalam masyarakat majmuk

Modal holier-than-thou beginilah yang lazimnya beliau akan gunakan, bukan dengan menumpukan kepada hujah tetapi kepada menyerang batang tubuh individu

Lim Kit Siang patut fokus kepada soalan beliau sama ada pimpinan PAS kini tidak lagi mampu untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, di antara perkara yang adil dan zalim

Ini kerana kebenaran dan keadilan dalam isu perobohan kuil atau perobohan mana-mana rumah ibadat lain di mana-mana sahaja sebenarnya sangat mudah: Ia ialah isu undang-undang

Isu ini telah pernah dinyatakan dengan jelas oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang menyebut begini:
(1) “Orang-orang yang membina dan memiliki kuil di atas tanah kerajaan secara haram adalah penceroboh. Mereka tidak mempunyai apa-apa hak di sisi undang-undang. Kerajaan berhak meroboh kuil itu bila-bila masa.”
(2) “Kerajaan perlu bertindak tegas: Semua rumah ibadat, tidak kira kuil, tokong, gurdwara, gereja, masjid dan surau atau apa juga, yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan atau tanpa mematuhi undang-undang hendaklah diroboh, tanpa diberi tanah gantian dan/atau pampasan.”
(3) “Sesiapa yang menyokong dan menggalakkan pelanggaran undang-undang dan mengapi-apikan semangat rasis pihak yang melanggar undang-undang sambil menuduh pihak yang hendak melaksanakan undang-undang dengan sah, rasis dan tidak adil, hendaklah dibawa ke muka pengadilan.”
Dan ayat-ayat inilah juga yang dinyatakan oleh YAB Muhammad Sanusi yang menyebut begini:
(1) “Isu perobohan struktur atas tanah yang digazetkan sebagai kawasan lapang di Taman Bersatu Kuala Kedah ialah isu undang-undang, bukan isu perkauman, agama atau diskriminasi.”
(2) “Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil hindu, tokong atau rumah ibadat. Ia berkuatkuasa ke atas semua struktur, binaan dan hadangan yang tidak diluluskan.”
(3) “Jika ada sesiapa dari kalangan pemimpin politik, kaum dan agama cuba mengapi-apikan permusuhan, menghalang undang-undang ditegakkan, menuduh dan memfitnah di luar kebenaran, memutar belit isu undang-undang dengan mengheret kepada isu kaum dan agama, mereka tidak patut dibiarkan berwewenang.”
Bukan tidak ada pun masjid dan surau yang dirobohkan kerana dibina di atas tanah kerajaan di negara ini tetapi ia tidak dijadikan isu perkauman, agama atau diskriminasi, jadi mengapa pula bila yang dirobohkan adalah rumah ibadat bukan Islam ia cuba dijadikan isu besar

Walaupun YAB Muhammad Sanusi mungkin pernah tersasul di mana-mana sedikit sebanyak, beliau sebenarnya adalah ahli politik pemberani yang bukan sahaja perlu disokong malah perlu dijadikan ikutan dalam melaksanakan undang-undang tanpa mengira populariti

Semoga lebih ramai klon ahli politik pemberani begini akan muncul di negara ini.
Kamarul Yusoff



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/menteri-besar-kedah-ahli-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Samakan Kedah Dengan Wakanda Selepas Menteri Besar Umum Temui Mineral Bernilai Rm62 Bilion

Netizen Samakan Kedah Dengan Wakanda Selepas Menteri Besar Umum Temui Mineral Bernilai Rm62 Bilion

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 360 hits
Mineral jenis rare earth elements yang dianggarkan bernilai RM62 bilion telah ditemui di Kedah dan bakal diterokai oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md...
Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan Sd Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri

Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan Sd Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 458 hits
nbsp KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah menafikan ada menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ahli Parlimen UMNO Paya Besar itu menegaskan beliau sen...
Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan Rakan Strategik Tambah Peruntukan Rm50k

Menteri Besar Johor Anggap Pakatan Harapan Rakan Strategik Tambah Peruntukan Rm50k

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 185 hits
JOHOR BAHRU Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dilihat mengambil pendekatan berbaik baik dengan pembangkang dengan menyebut Pakatan Harapan di negeri itu sebagai rakan strategik Dalam ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di DUN Johor h...
Bermula Sebagai Pendidik Kini Menteri Besar Ini Kisah Ringkas Perjalanan Hidup Saarani Mohamad

Bermula Sebagai Pendidik Kini Menteri Besar Ini Kisah Ringkas Perjalanan Hidup Saarani Mohamad

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 407 hits
518 total views 417 views today IPOH Teka teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan Menteri Besar Perak ke 14 setelah jawatan itu kosong sejak Sabtu lalu terjawab hari ini apabila Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan kepada...
Menteri Besar Parti Menang Satu Kerusi Hadapi Ujian Getir

Menteri Besar Parti Menang Satu Kerusi Hadapi Ujian Getir

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 206 hits
Beliau berpendapat usul undi percaya itu menunjukkan bahawa saluran biasa di dalam kerajaan tidak lagi efektif untuk UMNO bersuara sehingga mereka terpaksa berbuat demikian Dahulu mereka kutuk PAKATAN HARAPAN dan saya sendiri dituduh menjat...
Datuk Saarani Mohamad Di Jadualkan Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Perak Esok

Datuk Saarani Mohamad Di Jadualkan Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Perak Esok

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 373 hits
IPOH Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu esok Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Kolonel Datuk Abd Rahim Mohamad Nor dalam satu k...
Saarani To Be Sworn In As New Perak Menteri Besar

Saarani To Be Sworn In As New Perak Menteri Besar

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 393 hits
Umno s Kota Tampan assemblyperson Saarani Mohamad will finally be sworn in as the new Perak menteri besar Comptroller of the Perak Royal Household Abd Rahim Mohamad Nor in a statement said Perak Sultan Nazrin Shah is now satisfied that Saar...
Bukan Kerja Agong Atau Sultan Untuk Selesaikan Masalah Yang Dibuat Oleh Ahli Politik

Bukan Kerja Agong Atau Sultan Untuk Selesaikan Masalah Yang Dibuat Oleh Ahli Politik

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 317 hits
IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menggesa parti politik di negeri Perak untuk mencari formula terbaik dalam menyelesaikan krisis politik di negeri itu Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Annuar Zaini berkata bukan tanggungjawa...
Dun Perak Bergegar Lagi Perubahan Kerajaan Negeri Akan Berlaku Menteri Besar Perak Hilang Sokongan

Dun Perak Bergegar Lagi Perubahan Kerajaan Negeri Akan Berlaku Menteri Besar Perak Hilang Sokongan

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 306 hits
loading Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan majoriti selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


What Are The Chances That Anwar Will Honour His Promise To Raise The Salary Of Civil Servants

Is The Government Getting Paranoid About The Media

Bila Rakyat Kurang Faham Jangan Kata Lantaklah Ka Siong

Liverpool Memporak Perandakan Harapan Spurs Untuk Empat Teratas Sementara Villa Membidik Liga Juara Juara

Vivo X100 Ultra X100s Akan Dilancarkan Pada 13 Mei

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing