Menteri Bersatu Kata Gerakan Angkat Ismail Sabri Jadi Pm Positif



Menteri Bersatu kata gerakan angkat Ismail Sabri jadi PM ‘positif’. Seorang menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui gerakan UMNO untuk mengangkat Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri interim, mungkin satu langkah positif daripada parti itu.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berpandangan semua ahli Parlimen UMNO, termasuk Ismail Sabri yang baharu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, akan terus menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada saat negara bergelut mendepani krisis pandemik Covid-19 ketika ini.
Jelas beliau, perkara paling penting difikirkan semua pihak ketika ini adalah usaha memperkasakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan memastikan inisiatif memerangi Covid-19 berjaya.
“Lebih menarik, saya difahamkan dalam satu perjumpaan tidak rasmi ahli-ahli Parlimen UMNO bersama kerajaan PN baru-baru ini, maklum balas diberikan mereka adalah positif dengan kumpulan itu mahu bekerjasama atas dasar penyatuan bagi memperkasakan kepimpinan negara.
“Gerakan mengangkat Naib Presiden UMNO (Ismail Sabri) sebagai Perdana Menteri baharu mungkin langkah positif, tetapi adakah sesuai beliau mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan pada waktu sekarang?
Memandangkan UMNO menyedari tiada pemimpin lebih layak memegang teraju kerajaan PN selain Tan Sri Muhyiddin buat masa ini, saya yakin sebarang teori gerakan politik menggunakan Ismail Sabri hanya sekadar spekulasi,
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pemimpin UMNO termasuk Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang berpandangan Ismail Sabri merupakan calon terbaik diangkat sebagai Perdana Menteri interim sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan dalam masa terdekat.
Cadangan Mohamad Khaled itu mengundang spekulasi pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu pada Selasa, sebagai satu strategi politik UMNO untuk mengambil alih pentadbiran negara secara senyap-senyap.
Hal ini susulan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mesyuarat MKT parti memutuskan untuk memuktamadkan keputusan keluar daripada kerajaan PN berkuat kuasa serta-merta serta menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Rabu malam.
Ahmad Zahid turut menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan Perdana Menteri serta-merta bagi membolehkan seorang Perdana Menteri interim dilantik bagi menguruskan sementara krisis Covid-19 sehingga negara mencapai tahap imuniti berkelompok.
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu melihat sebarang gerakan politik yang bakal dicetuskan UMNO bagi menumbangkan kerajaan PN pada masa hadapan, berkemungkinan hanya digerakkan segelintir pemimpin ‘warlord’ parti itu yang kurang jati diri.
Jelas beliau, meskipun jumlah ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) lebih banyak daripada Bersatu, senario itu bukan jaminan mereka mampu memimpin negara lebih baik berbanding Muhyiddin sendiri.
Sementara itu, seorang lagi ahli MPT Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman mencabar ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk membuat laporan polis sebagai bukti penafian kenyataan beliau sewaktu mesyuarat MKT diadakan Selasa malam.
Jelas beliau, cabaran itu dibuat susulan bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu menafikan rakaman suaranya yang tular mengajak ahli-ahli MKT mengambil kesempatan menjatuhkan Perdana Menteri sebelum negara sempat pulih daripada krisis Covid-19.
“Saya cabar Abdul Rahman lapor polis untuk nafikan rakaman suaranya yang tular ketika mesyuarat MKT UMNO lalu (Selasa malam).
“Dalam mesyuarat MKT UMNO, Abdul Rahman didakwa mahu partinya mengambil kesempatan menjatuhkan PM (Perdana Menteri) sebelum negara sempat pulih dari Covid-19,” katanya.
Menteri Bersatu kata gerakan angkat Ismail Sabri jadi PM ‘positif’ Baca Artikel Menarik :
Perlu ambil masa untuk lihat kesan laksana PKPD di Selangor Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah Kebun haram Musang King, siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus Cik B dan Dr. Vida dua orang yang berlainan Resepi Istimewa Gulai talang masin bersama terung tumis darat Layari Laman Facebook MYKMU
Keabsahan Muhyiddin sebagai PM akan ditentukan minggu hadapan

The post Menteri Bersatu kata gerakan angkat Ismail Sabri jadi PM ‘positif’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/11/menteri-bersatu-kata-gerakan-angkat-ismail-sabri-jadi-pm-positif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Kini Tpm Hishammuddin Hussein Dilantik Menteri Kanan Luar Negeri

Ismail Sabri Kini Tpm Hishammuddin Hussein Dilantik Menteri Kanan Luar Negeri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 223 hits
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri bagi membantu tugas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun kedudukan Ismail Sabri s...
Layak Atau Tak Ismail Sabri Jadi Pm Muhyiddin Sudah Layakkan Kata Veteran Umno

Layak Atau Tak Ismail Sabri Jadi Pm Muhyiddin Sudah Layakkan Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 381 hits
freemalaysiatoday com July 18 2021 10 00 AMSeorang veteran Umno percaya jika Muhyiddin Yassin meletak jawatan Ismail Sabri Yaakob boleh menjadi perdana menteri dalam tempoh singkat iaitu seminggu atau paling lama sehingga Parlimen bersidang...
Panas Zahid Guna Ismail Sabri Untuk Cuba Jatuhkan Muhyiddin Kata Tokoh Wartawan

Panas Zahid Guna Ismail Sabri Untuk Cuba Jatuhkan Muhyiddin Kata Tokoh Wartawan

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 289 hits
July 9 2021 Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu A Kadir Jasin mendakwa Umno jelas mahu merampas kerajaan Perikatan Nasional menerusi naib presidennya Ismail Sabri Yaakob Kadir berkata ia dapat dilihat setelah Umno selepas keputusan...
Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 249 hits
Kuala Lumpur Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa serta merta
Ismail Sabri Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Fb Lokman Adam

Ismail Sabri Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Fb Lokman Adam

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 355 hits
Setiausaha Politik Menteri Kanan Keselamatan Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad membuat laporan polis berhubung kenyataan pemilik akaun Facebook bernama Lokman Adam berhubung tuduhan fitnah terhadap Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ism...
Ismail Sabri S Pol Sec Lodges Police Report Over Alleged Defamatory Video

Ismail Sabri S Pol Sec Lodges Police Report Over Alleged Defamatory Video

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 308 hits
The political secretary to Ismail Sabri Yaakob has lodged a police report against the owner of the Facebook account using the name Lokman Adam following the dissemination of a video allegedly defaming the senior minister Syed Mohd Fazmi Say...
Keputusan Mt Umno Tak Gugat Kedudukan Pm Dan Jemaah Menteri Kata Ag

Keputusan Mt Umno Tak Gugat Kedudukan Pm Dan Jemaah Menteri Kata Ag

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 294 hits
AGENDA DAILY Pejabat Perdana Menteri Malaysia Pejabat Peguam Negara menjelaskan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional tidak mengugat k...
Ismail Sabri Reiterates All Items Can Be Sold As Some Stores Still Worry About Fines

Ismail Sabri Reiterates All Items Can Be Sold As Some Stores Still Worry About Fines

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 354 hits
Defence Minister Ismail Sabri Yaakob today reiterated that convenience stores can sell all items on their premises and there was no need to withhold the sale of items deemed non essential This was after some outlets continued to cordon off ...
Tanah Diceroboh Ketika Muhyiddin Menteri Pertanian Najib Kata

Tanah Diceroboh Ketika Muhyiddin Menteri Pertanian Najib Kata

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 323 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa isu penerokaan tanah secara haram di Pahang bermula sejak tahun 1970 an lagi Kata Najib perkara itu berlaku apabila kerajaan melaksanakan Rancangan Buku Hijau untuk menggal...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia