Menteri Beri Amaran Keras Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai



PETALING JAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air hari ini memberi amaran keras kepada mana-mana kilang supaya memastikan sisa kilang tidak dibuang secara terbuka sehingga membawa kepada pencemaran.

Menterinya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mana-mana individu yang tampil memberi makluman, jika berlaku aktiviti pencemaran secara terbuka termasuk dari pihak pengilang.

“Saya ingin memberi amaran keras kepada semua kilang yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memastikan semua alat kawalan pencemaran berfungsi dengan baik dan pengurusan buangan terjadual dilaksanakan dengan sempurna bagi mencegah berlakunya pencemaran yang berpotensi memberi risiko kepada alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.

“JAS juga akan memberikan ganjaran sehingga RM5,000.00 kepada individu yang menyalurkan maklumat berhubung pencemaran alam sekitar sehingga tertangkapnya pihak-pihak yang terbukti bersalah dan identiti pemberi maklumat berkenaan juga akan dilindungi seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyusul selepas satu video tular apabila seorang pemancing yang hanya dikenali sebagai “Asri Janggut” merakam gambar Sungai Meru bertukar warna dan berbuih disyaki berpunca daripada pelepasan kilang sarung tangan getah yang terletak di Kawasan Perindustrian Taman Meru, Jelapang, Ipoh.

Tuan Ibrahim berkata, hasil siasatan pihak JAS yang diarahkan turun ke kawasan terbabit hari ini mendapati pencemaran sungai Meru berpunca daripada pelepasan bahan mentah sintetik latex dari kilang membuat sarung tangan.

“JAS negeri Perak menjalankan persampelan dari dalam kilang dan longkang awam berhampiran kilang untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia.

“Dalam pada itu, sampel ikan mati dari beberapa lokasi di Sungai Meru juga diambil dan dihantar ke Jabatan Perikanan Negeri Perak untuk dianalisis. Pemantauan dron dilakukan untuk memastikan keadaan sungai di hilir lokasi kejadian.

“Pihak kilang juga diarahkan untuk menjalankan pembersihan di longkang awam dan sungai sehingga selesai.

“JAS Negeri Perak mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Exco Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata air Sungai Meru bertukar warna putih dan berbuih disebabkan susu getah yang mengalir ke sungai itu semalam.

Beliau berkata, pencemaran itu berpunca daripada kecuaian 2 pekerja di sebuah kilang sarung tangan getah yang terlupa menutup satu injap tangki simpanan.

Terdahulu FMT pemancing terbabit mendakwa perkara itu berlaku selama 20 tahun tanpa tindakan daripada pihak berkuasa. Malah kejadian seumpama itu berlaku setahun 2 kali.



MR :  Jangan bagi muka kepada kilang yang tak ada 'sivik' dan kilang haram


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/menteri-beri-amaran-keras-kilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilang Bahan Binaan Dikompaun Punca Insiden Pencemaran Sisa Minyak Di Sungai Selangor

Kilang Bahan Binaan Dikompaun Punca Insiden Pencemaran Sisa Minyak Di Sungai Selangor

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 185 hits
SHAH ALAM 27 Mac Sebuah kilang bahan binaan di Bestari Jaya dekat sini dikompaun Majlis Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Alam Sekitar selepas dikenal pasti menjadi punca insiden pencemaran sisa minyak di Sungai Selangor hari ini Pencemaran...
Kilang Sebabkan Sg Meru Tercemar Diambil Tindakan

Kilang Sebabkan Sg Meru Tercemar Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 256 hits
SAYA ingin memaklumkan bahawa pejabat saya telah menerima aduan menerusi media sosial tentang pencemaran Sungai Meru yang berlaku pada 9 April 2020 telah menyebabkan ratusan ikan dan hidupan air mati dalam jarak 1 5 kilometer Menurut aduan ...
Polis Dalam Mod Keras Laksana Pkp Fasa Dua Kata Menteri

Polis Dalam Mod Keras Laksana Pkp Fasa Dua Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Polis kini dalam mod keras bagi melaksanakan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memastikan r...
Dendam Projek Rm200 Juta Mantan Ksu Kpdnhep Luluskan Operasi Kilang Arak Untuk Sabotaj Menteri

Dendam Projek Rm200 Juta Mantan Ksu Kpdnhep Luluskan Operasi Kilang Arak Untuk Sabotaj Menteri

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 402 hits
Ketika rakyat dan Kerajaan Malaysia berhempas pulas menangani wabak Covid 19 tiba tiba kita dikejutkan dengan 2 keping surat kelulusan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang dikata membenarkan kilang arak Hein...
Lepas Nama Kena Petik Oleh Perdana Menteri Mi Kolok Haji Salleh Laku Keras

Lepas Nama Kena Petik Oleh Perdana Menteri Mi Kolok Haji Salleh Laku Keras

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 245 hits
KUCHING Tidak menang tangan pemilik dan pekerja Mi Kolok Haji Salleh pada Selasa Permintaan Mi Kolok dari Restoran Sepinang Sari di Kuching sejak 1995 itu hari ini sungguh luar biasa Mana tidak selepas nama Mi Kolok Haji Salleh dipetik Perd...
Pkp Kedua Pihak Polis Dalam Mod Keras Kata Menteri Kanan Keselamatan

Pkp Kedua Pihak Polis Dalam Mod Keras Kata Menteri Kanan Keselamatan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 338 hits
Dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID 19 pihak polis kini dalam mod keras bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua yang sedang dilaksanakan kata Menteri Kanan Keselama...
Amaran Keras Buat Jemaah Himpunan Tabligh Ingkar Lakukan Saringan Covid 19 Hamzah

Amaran Keras Buat Jemaah Himpunan Tabligh Ingkar Lakukan Saringan Covid 19 Hamzah

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 303 hits
Astro Awani Hamzah Zainudin memberitahu tindakan tegas juga akan diambil terhadap ahli keluarga yang menyorok maklumat mengenai individu yang menyertai perhimpunan tabligh tetapi tidak melakukan saringan Foto Facebook Polis Diraja Malaysia ...
Kebenaran Kilang Arak Beroperasi Semasa Pkp Dibatalkan Menteri Wilayah

Kebenaran Kilang Arak Beroperasi Semasa Pkp Dibatalkan Menteri Wilayah

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 719 hits
KUALA LUMPUR Kebenaran beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diberikan kepada sebuah kilang minuman keras sudah pun dibatalkan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitter...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord