Kilang Bahan Binaan Dikompaun Punca Insiden Pencemaran Sisa Minyak Di Sungai Selangor


SHAH ALAM, 27 Mac (Bernama) — Sebuah kilang bahan binaan di Bestari Jaya, dekat sini dikompaun Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) selepas dikenal pasti menjadi punca insiden pencemaran sisa minyak di Sungai Selangor hari ini.
Pencemaran sisa minyak itu menyebabkan tiga Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor iaitu LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) dihenti tugas pada pukul 9.40 pagi tadi namun beroperasi semula kira-kira dua jam kemudian.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa siasatan menyeluruh mendapati kilang berkenaan gagal melaksanakan penstoran sisa minyak dengan baik apabila lapan tong yang menyimpan bahan itu masing-masing berkapasiti 205 liter ditemui di luar stor.
“Dua daripada lapan tong berkenaan pula dibiar terdedah tanpa penutup malah terdapat kesan kebocoran menyebabkan sisa minyak di dalamnya mengalir ke takungan longkang seterusnya ke alur sungai berhampiran.
Sisa minyak berkenaan kemudiannya mengalir ke Sungai Selangor yang terletak pada jarak kira-kira satu kilometer daripada lokasi pencemaran,” kata kenyataan itu, malam ini.
Menurut kenyataan itu, pihaknya memasang “oil boom” di kawasan alur terlibat untuk mengelakkan baki aliran minyak terus mengalir ke dalam Sungai Selangor selain meletakkan arang yang diaktifkan berhampiran kilang terbabit untuk mengawal pencemaran.
LUAS menyatakan, surat arahan untuk pembersihan segera dikeluarkan ke atas pemilik kilang berkenaan mengikut Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 manakala kompaun oleh JAS pula melibatkan kesalahan pengurusan Buangan Terjadual tertakluk kepada Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
“MDKS mengeluarkan kompaun dan notis kesalahan kepada kilang berkenaan selain memasang ‘condone tape’ di sekitar kawasan premis,” kata kenyataan itu.
Pada masa sama, LUAS menyatakan pihaknya menjalankan pemantauan 24 jam bermula esok ke atas lembangan sungai utama di Selangor susulan insiden pencemaran yang berlaku iaitu pada 17 Mac lepas dan hari ini bagi mengelakkan gangguan bekalan air sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
LUAS dan kerajaan negeri menyeru kepada orang ramai supaya prihatin dengan kawasan sensitif sumber air terutamanya sungai serta melaporkan jika mengetahui sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi menyebabkan berlakunya pencemaran.
— BERNAMA
The post Kilang Bahan Binaan Dikompaun, Punca Insiden Pencemaran Sisa Minyak Di Sungai Selangor appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/27/kilang-bahan-binaan-dikompaun-punca-insiden-pencemaran-sisa-minyak-di-sungai-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sisa Minyak Kilang Bahan Binaan Punca Loji Rawatan Henti Tugas

Sisa Minyak Kilang Bahan Binaan Punca Loji Rawatan Henti Tugas

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 255 hits
SHAH ALAM 27 MAC Sisa minyak dari sebuah kilang bahan binaan dikesan punca tiga Loji Rawatan Air Sungai Selangor dihenti tugas pagi tadi kata Lembaga Urus Air Selangor Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan sisa daripada beberapa tong berka...
Kilang Punca Gangguan Air Disita

Kilang Punca Gangguan Air Disita

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 282 hits
SHAH ALAM 19 MAC Majlis Perbandaran Selayang menyita sebuah kilang menyelenggara mesin dan jentera kerana menjadi punca pencemaran bau di Sungai Selangor sehingga menyebabkan operasi empat Loji Rawatan Air dihenti tugas Selasa lalu Lembaga ...
4 Loji Air Di Selangor Ditutup Akibat Pencemaran Bau

4 Loji Air Di Selangor Ditutup Akibat Pencemaran Bau

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 257 hits
PETALING JAYA Operasi 4 loji rawatan air di Selangor terpaksa dihentikan 7 malam tadi akibat pencemaran bau yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berkata bacaan pencemaran bau di tahap 2 ton ...
Selangor Salur Barangan Makanan Kepada Penduduk Sungai Lui Mulai Malam Ini

Selangor Salur Barangan Makanan Kepada Penduduk Sungai Lui Mulai Malam Ini

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 201 hits
Shah Alam Mulai malam ini Kerajaan Negeri Selangor akan membekalkan barangan makanan kepada semua isi rumah di kawasan Sungai Lui Hulu Langat yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudi...
Bekalan Bahan Api Selangor Cukup Kpdnhep

Bekalan Bahan Api Selangor Cukup Kpdnhep

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 265 hits
SHAH ALAM 16 MAC Bekalan bahan api di negeri ini mencukupi demikian jaminan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata pemeriksaan bekalan petrol dan diesel secara s...
Mb Sembilan Lokasi Pasar Agro Selangor Atasi Bahan Segar Tidak Terjual

Mb Sembilan Lokasi Pasar Agro Selangor Atasi Bahan Segar Tidak Terjual

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 335 hits
SHAH ALAM 26 MAC Kerajaan Negeri melancarkan Pasar Agro Selangor di sembilan lokasi bermula esok bagi mengatasi masalah lambakan bahan segar yang tidak terjual Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata program yang bakal memanfaat...
Sungai Cidurian Meluap Sdn Songgom Jaya Serang Terendam Banjir

Sungai Cidurian Meluap Sdn Songgom Jaya Serang Terendam Banjir

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 112 hits
Pada hari Rabu 18 Maret 2020 sampai saat ini total seluruh gedung terendam air dengan ketinggian 50 70 sentimeter ujarnya
Part 3 Patumwan House Bangkok Di Tepi Sungai

Part 3 Patumwan House Bangkok Di Tepi Sungai

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 257 hits
assalamualaikum salam sejahtera ada skit masa ni boleh kot nak up citer Bangkok hari ni bakal bekerja sampai mlm ada program di ofis selama 2 hari rest kejap relax kan diri sementara tunggu azan Zuhur berkumandang nak la kongsi hotel yg say...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi