Pandangan yang melibatkan malaikat dalam perpolitikan pemakai gelaran ulama yang bernama Mokhtar Senik itu telah tular di media sosial
MOKHTAR SENIK6. Namun, kebelakangan ini ada pula ‘pandangan’ ganjil dan pelik yang dikeluarkan oleh seorang pemakai gelaran ‘ulama’, pandangan yang melibatkan malaikat dalam perpolitikan pemakai gelaran ulama yang bernama Mokhtar Senik itu telah tular di media sosial. Saya pasti YB Dr pun dah tahu dan baca pandangan itu.7. Tapi, sayangnya masyarakat masih belum mendengar pandangan YB Dr selaku Menteri Agama yang dilantik oleh TSMY tentang dakwaan Mukhtar Senik tersebut. Mungkin YB Dr masih sibuk, namun pandangan YB Dr amat diharapkan supaya ‘kekeliruan’ itu dapat dihilangkan dari masyarakat. Mana tahu, mungkin dakwaan itu ada benarnya.8. Semoga isu ‘dakwaan’ malaikat terlibat meraikan penubuhan Muafakat Nasional ini dipandang lebih tinggi dari isu tongkat khutbah raya. Kita tidak mahu tongkat khutbah dijadikan bahan lawak sebagaimana kita juga tidak mahu ‘keliru’ berkaitan penglibatan malaikat dalam perpolitikan di Malaysia hari ini.9. Mungkin YB Dr rasakan bahawa ini adalah isu politik dan biarlah orang Politik yang jawab. Sebenarnya apabila YB Dr bersetuju untuk dilantik sebagai Menteri melalui permainan politik di luar Norma demokrasi, maka itu telah menjadi isyarat bahawa YB Dr bersedia untuk berada di gelanggang politik.10. Semoga ada responnya, dan semoga kita semua diberikan kekuatan untuk ‘menzahirkan’ Al Haq – InsyaAllah.Rakyat Malaysia.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |