Menteri Agama Bawa Sinar Baru Kepada Sbjk



CATATAN
Dr Mohd Na'im MokhtarBERHAMPIRAN menara MAIWP bersenggang kira-kira 400 meter terletak sebuah bangunan empat tingkat, Lorong Haji Hussein 2, yang mungkin tidak disedari ramai apakah kegunaan bangunan itu. Di sebelahannya pula sedang berjalan proses pembinaan bangunan baru menyebabkan keadaan sekitar kurang selesa, menjadikan ia agak tersorot.   
Bangunan itu agak sedikit terasing menjadikan ramai tidak menyedari akan kewujudannya dan apakah aktivitinya disitu. Ia tumbuh di tengah-tengah bangunan lama kebanyakan dijadikan hotel budjet dan kedai kopi yang sudah hilang identiti. Menara MAIWP yang berdiri cukup gah berdekatannya semacam menaunginya.
Itulah bangunan Sekolah Bimbangan Jalinan Kasih (SBJK)yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikn Malsyai (KPM) yang mula beroperasi tanggal 19 Ogos 2013. Beberapa hari lagi genap 11 tahun kewujudan SBJK ini.
Baru tahu.

Yusri, Mohd Nizam, Roslan dan Zainuddin.Saya juga baru tahu akan kewujudan sekolah ini setelah secara kebetulan dua minggu lepas apabila sdr Yusri Maimun membawa saya ke sekolah itu. Sekolah ini merupakan sekolah khas untuk membimbang anak-anak malang jalanan yang terabai disebabkan berberapa faktor atau masalah sosial untuk mendapat bimbang dan pendidikan. Kewujudannya atas nawaitu menyediakan pendidikan kepada mereka sama seperti kanak-kanak lain diarus perdana.Boleh dikatakan kanak-kanak yang berada disini sebahagian besar, kanak-kanak jalan, terbiar, ketiadaan ibubapa, ataupun ibubapa bermasalah dengan dadah, berada dalam penjara dan sebagainya. Setengahnya juga anak yatim piatu yang berdaftar dengan Jabantan Kebajikan Masyaraat(JKM).


Objektif pewujudan sekolah ini oleh KPM sangat baik, perlu disokong kerana untuk memastikan kanak-kanak malang ini mendapat pendidikan dan bimbangan sama seperti kanak-kanak lain dalam sebuah negara merdeka. Ia adalah usaha murni kerajaan yang merupakan tanggungjawab pemerintah kepada sesiapa yang bermukim di negara ini. 
Kepedulian kerajaan Madani kepada sekolah ini menyambung kerja kerajaan terdahulu membuktikan bahawa kerajaan Madani bukan saja obses kepada pembangunan manterial, tetapi pembangunan manusia juga penting. Tanggungjawab ini termasuk dalam rukun Madani, kelestarian insani.

Kecaknaan kerajaan ini tebukti apabila sebuah bangunan di sebelah sekolah ini untuk dijadikan asrama para pelajarnya sedang dalam pembinaan. Buat masa ini, murid yang belajar disini tinggal berselerakan di rumah-rumah tumpangan keluarga angkat dan berulang alik ke sekolah. Dengan siap dan dimanfatnya bangunan asrama itu nanti mereka akan dimukimkan disuatu tempat, memberi siatusi lebih kondusif buat mereka.
Sehingga hari ini terdapat 140 orang murid yang mengikut pendidikan dan bimbingan disini, dari peringkat pra sekolah, rendah dan menengah yang rata-rata berusia di antara 5 hingga 19 tahun. 
Menurut penegetua SKJM Zamzuri Abdullah, kanak-kanak disini mempunyai tahap kecerdasan nilai IQ sama dengan murid di sekolah biasa. Ini terbukti apabila empat orang pelajarnya berjaya memasuki ke Pusat Pengajian Tinggi (IPTA) dan seorang ke kolej vokesional. 

Pengetua Zamzuri (Tengah).Memahami kewujudan sekolah ini, menyedarkan betapa kerajaan mengambil tanggungjawab peting dalam pendidikan dan penjagaan kanak-kanak tanpa mengira status. Tanggungjawab dan kepedulian kerajaan juga menunjukan kesedaran kerajaan dalam memberi ilmu kepada mereka. Sekolah ini lebih kepada usaha menyelamat kanak-kanak malang ini dan melengkapkan mereka dengan ilmu untuk membahterai kehidupan masa depan.
Kunjungan Mentega.
Siang tadi, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Na'im Mokhtar mengadakan kunjungan ringkas ke sekolah ini. Dalam kunjungan itu mengenalkan Dr. Na'im dengan lebih dekat lagi perjalanan dan pemasalahan dihadapi sekolah tersebut. Kunjungan itu untuk beramak mesra dengan anak-anak SBJK dan  mahabbah sebagai seorang menteri yang pernah tinggal dan bermain berdekatan sekolah berkenaan. Dr. Na'im anak kampung Baru cukup mengenali kawasan sekolah itu. 
Kunjungan Dr. Na'im itu sangat meruja dan membanggakan warga SBJK terutama pengetuanya kerana menerima kedatangan seorang bertaraf menteri. Apa lagi kunjungan itu diiringi sama oleh Pemangaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWIP, Datuk Mohd Nizam Yahya, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Haji Roslan Abu Bakar,  Timalan Pengarah Pendidikan Wilayah, Zainuddin Mohamad, Timbalan Penolong Pengarah Kanan SPI Mohamad Nor Salleh dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Prihatin Insan KL Selangor (Pekerti), Yusri Maimun.
Sebelum ini Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq juga pernah sampai ke sekolah ini. Bagi warga SBJK dari warga guru dan murid-muridnya, kunjungan Dr Na'im tadi membawa satu sinar dan harapan baru buat mereka, dan tentunya ia sangat bererti apabila mereka disantuni sama seperti mereka di sekolah lain. Apa diharap kenkangan mereka hadapi dapat diatasi.
Ada beberapa masalah dan kenkangan dihadapi sekolah berkenaan. Paling utama menurut pengetuanya ialah masalah ketiadaan dokumen seperti sijil nikah ibubapa, sijil kelahiran dan kad pengenaan kepada pelajar. Masalah ini berangkai apabila dokumen utama ibubapa (sijil nikah) tidak ada menyebabkan proses mendapatkan kad pengenaan terbantut. 
Masalah ini sangat menghantui mereka dan mengharap ia diatasi segera untuk tidak mengencatkan pembelajaran murid. Menurut Zamzuri untuk kemasukan ke sekolah, tidak ada masalah kerana ada kelonggaran, tetapi apabila mereka meningkat ke peringkat lebih tinggi, misalnya untuk ke IPTA mereka memerlukan dokumen lengkap.

Dr Na'im menyantuni anak SBJK.Tanpa doumen (kad pengenalan atau sijil warganegara) mereka sukar untuk diterima masuk ke IPTA ataupun mendapat apa-apa kemudahan yang layak diterima oleh seseorang warganegara. Sesuatu yang malang dan menyedihkan hal ini kerana ketiadaan dokumen bukan salah mereka, tetapi salah dan onar ibubapa atau orang melahirkan mereka. Paling merumitkan setengah aripada mereka tidak ketahuan dimana ibubapa mereka berada.
Menurut Zamzuri lagi tanpa dokumen seperti kad pengenalan juga menyebabkan mereka tidak mendapat lain-lain kemudahan insuran atau keistimewaan dari hospital dan jika mahu mendapatkan rawatan mereka dikenakan bayaran maksimum tanpa ada diskaun.
Selain itu keperluan melengkap atau menyediakan mereka dengan dokumen juga bagi  kemudahan mereka menjalani kehidupan, mendapat perkerajaan, berniaga atau apa-apa bantuan kerajaan seperti mana diperolehi oleh warga negara ini. 
Itulah dua perkara dikemukakan kepada menteri untuk dibantu dan diatasi. Dr. Na'im sangat memahami dan simati lalu diberikan jaminan untuk membantunya. Selaku menteri yang mempunyai beberapa agensi di bawahnya Dr. Na'im memberi jaminan akan membantu mengatasi masalah awal untuk mendapat dokumen itu dengan cara mencari punca utamnya dan diatasi bersama. 
Warga SBJK bergambar kenangan dengan
Menteri Agama.Bagaimana pun katanya pihak atau agensi lain juga terutamanya yang berada di bawah KDN perlu ikut sama membantu, kerana masalah pendafatran di bawah KDN. Menurutnya pihaknya hanya boleh  berusaha menyediakan dokumen awal seperti sijil nikah ibubapa, atau bantun kebajikan serta panel nasihat untuk urusan itu.
Kesepakatan atau tugasan ini perlu membabitkan KDN dan pihaknya serta pihak KPM yang mengusahakan sekolah tersebut perlu duduk sama bagi mengatasi masalah anak-anak di SBJK.
Penjelasan dan jaminan diberikan Dr. Na'im itu menggembirakan warga SBJK dan ia seakan membawa sinar baru lebih menyakinkan untuk sebahagian daripada 140 anak-anak di SBJK khasnya yang tiada memiliki apa-apa dokumen kenegaraan waktu ini.
Sempena kunjungan itu juga Dr. Na'im mengumumkan sumangan sebanyak RM100,000 dan turut menyampaikan sumbangan berupa beg dan barangan persekolah dan wang saku yang disediakan oleh Pekerti. [wm.kl. 8:58 pm 13/-08/2024]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/08/menteri-agama-bawa-sinar-baru-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Barisan Artis Mantap Konsert Jiwa Merdeka 2024 Bawa Muka Lama Baru Dalam Industri Tempatan

Barisan Artis Mantap Konsert Jiwa Merdeka 2024 Bawa Muka Lama Baru Dalam Industri Tempatan

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 142 hits
Selalu artis Korea kan Kali ni kami nak kongsikan tentang Konsert Jiwa Merdeka 2024 yang dianjurkan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang disambut pada Ogos dan September Selain daripada pengisian patriotik hiburan sihat sepe...
Kejaksaan Terima Spdp Kasus Penganiayaan Balita Di Daycare Wensen Kuasa Hukum Bawa Bukti Baru

Kejaksaan Terima Spdp Kasus Penganiayaan Balita Di Daycare Wensen Kuasa Hukum Bawa Bukti Baru

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 105 hits
Tersangka dalam kasus ini adalah Meita Irianty alias Tata yang merupakan pemilik sekaligus pengasuh di daycare tersebut Dia menganiaya dua balita
Pan Siapkan Posisi Baru Untuk Bima Arya Calon Menteri Prabowo Atau Cawagub Dedi Mulyadi

Pan Siapkan Posisi Baru Untuk Bima Arya Calon Menteri Prabowo Atau Cawagub Dedi Mulyadi

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 125 hits
PAN mencari posisi yang pas untuk kadernya Bima Arya Sugiarto usai mundur dari pencalonan di Pilkada Jawa Barat
Jelang Pelantikan Presiden Terpilih Sandiaga Sudah Siapkan Dokumen Untuk Menteri Parekraf Baru

Jelang Pelantikan Presiden Terpilih Sandiaga Sudah Siapkan Dokumen Untuk Menteri Parekraf Baru

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 74 hits
Dalam kunjungannya di Kota Batam Sandi sempat berpamitan kepada pelaku usaha dan masyarakat yang hadir
Video Pesan Kuat Prabowo Buat 3 Menteri 1 Wamen Baru Dilantik Jokowi Meski Dua Bulan Menjabat

Video Pesan Kuat Prabowo Buat 3 Menteri 1 Wamen Baru Dilantik Jokowi Meski Dua Bulan Menjabat

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 112 hits
Presiden Jokowi melakukan reshuffle atau perombakan kabinet Indonesia Maju Senin 19 Agustus 2024
Dah 38 Tahun Penonton Kritik Byun Yohan Masih Bawa Watak Pelajar Sekolah Dalam Drama Baru

Dah 38 Tahun Penonton Kritik Byun Yohan Masih Bawa Watak Pelajar Sekolah Dalam Drama Baru

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 200 hits
Selepas Uncle Samsik Byun Yo han kembali menemui penonton dengan drama baru iaitu Black Out Snow White Must Die Artikel Berkaitan Bagi yang belum tahu drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki muda yang disabitkan dengan pembunuhan dua w...
Tak Hadiri Pelantikan 3 Menteri Baru Ke Mana Prabowo

Tak Hadiri Pelantikan 3 Menteri Baru Ke Mana Prabowo

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 82 hits
Tiga menteri baru adalah Menteri Hukum dan HAM Menteri Investasi Menteri Energi Sumber Daya Mineral
Bergandingan Dengan Pelakon Vietnam Lee Kwangsoo Bawa Watak Asia Prince Dalam Filem Baru

Bergandingan Dengan Pelakon Vietnam Lee Kwangsoo Bawa Watak Asia Prince Dalam Filem Baru

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 122 hits
Nampaknya Lee Kwang soo sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti lakonan sekarang Artikel Berkaitan Terbaru Lee Kwang soo telah disahkan bakal terajui filem romantik komedi baru berjudul Dreams of You bergandingan dengan pelakon Vietnam Hoang ...
Resmi Dilantik Jokowi Ini Daftar Tiga Menteri Dan Satu Wakil Menteri Baru

Resmi Dilantik Jokowi Ini Daftar Tiga Menteri Dan Satu Wakil Menteri Baru

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 151 hits
Usai disumpah tiga menteri dan satu wakil menteri langsung menandatangani surat pelantikan
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law