Menteri Ag Wakil Kementerian Bomba Peranan Peguam Tak Perlu


Alyaa Alhadjri | Diterbitkan Hari ini 6:55 petang 

Peranan peguam Syazlin Mansor tidak perlu kerana peguam negara telah bertindak bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat disebabkan beliau mewakili kerajaan, menurut Zuraida Kamaruddin.

"Kami perlu mengambil maklum AG mewakili kerajaan - termasuklah kedua-dua kementerian dan boma.

"Justeru, peranan Syazlin dalam mewakili Bomba sudah menjadi tidak perlu. Jadi beliau perlu menarik diri," kata Zuraida dalam pesanan khidmat ringkas kepada Malaysiakini petang ini.

Menteri itu ditanya mengenai laporan Syazlin menarik diri daripada inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim berdasarkan surat yang diterimanya.

Bagimanapun, Zuraida enggan mengulas lanjut sama ada surat yang dikatakan itu ada atau tidak.

Syazlin, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat, mengumumkan penarikan dirinya di Mahkamah Koroner, Shah Alam pagi ini.

Peguam itu memberitahu Malaysiakini beliau berbuat demikian kerana ada perkembangan baru tetapi enggan mendedahkan butiran terperinci.
Syazlin (gambar) juga enggan mengulas laporan Sinar Harian yang mengaitkan keputusannya dipercayai ada kaitan dengan sepucuk surat diterimanya.

"Saya tidak berhasrat untuk memberi maklum balas. Sila rujuk kepada Zuraida," katanya kepada Malaysiakini.

Difahamkan surat tersebut dikeluarkan oleh pegawai kanan kerajaan yang berkuasa dalam undang-undang.

Memetik sumber, surat itu terkandung arahan terhadap Syazlin dan pihak kementerian agar menarik diri dan tidak lagi mengendalikan kes yang menjadi tumpuan itu.

Sinar Harian mendakwa terdapat pihak yang tercabar dengan kredibiliti Syazlin yang begitu tegas dan agresif mencari kebenaran serta keadilan buat Muhammad Adib.

Katanya lagi, kandungan surat tersebut antaranya menyebut Syazlin telah memalukan pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Syazlin berkata dengan penarikan dirinya, beliau percaya tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, akan terbatal.

Dr Shahrom sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Adib mengalami kecederaan selepas ditarik keluar dari kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan dipukul pada 27 November lalu semasa rusuhan di kuil Seafield.

Keterangannya itu bertentangan dengan kenyataan dua pakar lain, yang memberitahu mahkamah bahawa Adib terjatuh dari kenderaan tersebut dan kecederaannya adalah akibat terkena rempuhan dalam usaha cuba melarikan diri.

Adib, 24, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara selepas 21 hari bertarung nyawa.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/menteri-ag-wakil-kementerian-bomba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fam Jemput Wakil Perdana Menteri Sertai Rombongan Ke Jepun

Fam Jemput Wakil Perdana Menteri Sertai Rombongan Ke Jepun

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 287 hits
Semalam Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Dato Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Bangunan Perdana Putra Putrajaya Beliau diiringi oleh Setiausaha A...
Inkues Adib Mengapa Peguam Negara Dan Perdana Menteri Menggunakan Alasan Konflik Kepentingan Ini

Inkues Adib Mengapa Peguam Negara Dan Perdana Menteri Menggunakan Alasan Konflik Kepentingan Ini

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 392 hits
oleh Ab Jalil Backer Menurut alasan terbaharu kerajaan PH Syazlin diarahkan menarik diri dari menjadi peguam pemerhati KPKT kerana beliau juga mewakili keluarga Adib Perdana Menteri dilaporkan berkata peguam itu mewakili dua pihak yang bert...
Saya Tiada Komen Tanya Yb Menteri Peguam Adib Enggan Dedah Punca Tarik Diri

Saya Tiada Komen Tanya Yb Menteri Peguam Adib Enggan Dedah Punca Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 489 hits
SHAH ALAM Peguam yang menarik diri sebagai wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendedahkan beliau membuat keputusan itu pada saat akhir Syazlin Mansor ketika ditemui pemberita enggan mengulas l...
Kementerian Saya Tak Arah Media Kata Menteri

Kementerian Saya Tak Arah Media Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 255 hits
Kementerian saya tak arah media kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 May 2019 11 00AM
Kes Adib Kenapa Peguam Bomba Tarik Diri

Kes Adib Kenapa Peguam Bomba Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 414 hits
Kerajaan PH mesti menjelaskan kenapa peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Bomba tiba tiba menarik diri disaat terakhir Peguam diupah kerajaan PH tarik diri tanpa memberi sebarang sebab Beliau hanya suruh wart...
Tinggal Beberapa Hari Inkues Ag Baru Nak Arah Peguam Bomba Berundur

Tinggal Beberapa Hari Inkues Ag Baru Nak Arah Peguam Bomba Berundur

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 396 hits
Selepas Saksi Di Ugut Peguam Pula Terima TekananApakah keputusan terhadap inkues menentukan punca kematian Allahyarham Mohd Adib sudah di tentukan Ada asasnya kenapa admin bertanya soalan begitu Tentu kita masih ingat lagi bagaimana rakyat ...
Dari Mindef Mat Sabu Lebih Sesuai Untuk Kementerian Makan Yang Menteri Seorang Badut

Dari Mindef Mat Sabu Lebih Sesuai Untuk Kementerian Makan Yang Menteri Seorang Badut

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 961 hits
Untuk iklan promosi SawitKu Atau ceramah politik Atau masak memasak setakat itu saja gunanya Mat Sabu Sebagai Menteri Pertahanan dia hanya menjadi bahan lawak dan kemaluan pada negara Demikian ketika dia bercakap di Apa punya Menteri fakta ...
Peguam Jabatan Bomba Tarik Diri Najib Dedah Apa Yang Akan Berlaku Jika Peguam Ini Tarik Diri

Peguam Jabatan Bomba Tarik Diri Najib Dedah Apa Yang Akan Berlaku Jika Peguam Ini Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 386 hits
INKUES ADIB l Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menarik diri daripada prosiding inkues keematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Peguam Jabata...
Kementerian Kewangan Tuntut Pinjaman Nfcorp Lebih Rm253 Juta

Kementerian Kewangan Tuntut Pinjaman Nfcorp Lebih Rm253 Juta

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 339 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kewangan akan menuntut sepenuhnya jumlah pinjaman daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd bernilai lebih RM253 juta Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perkara ini telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara ...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap Simple Mudah

Moving House Where My Bank Account Goes To Die

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Tidak Dapat Akses Misteri Di Sebalik Halangan Digital

Myolie Wu 45 Jadi Ibu Kepada Pelakon Cina Berusia 38 Tahun Dalam Drama Terbaru

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik