Menonton Pertandingan Tarik Tali Di Tasik Layang Layang Pasir Gudang
Menonton Pertandingan Tarik Tali di Tasik Layang-Layang, Pasir Gudang || Sukan Permainan Tarik Tali merupakan salah satu permainan yang mencabar walaupun nampak ringkas peralatannya. Hanya seutas tapi Tali bukan sebarang Tali. Tali panjang, tebal, agak berat Dan tidak mudah putus! Ini cerita 31 Ogos haritu. Seronok betul kitaorang menonton pertandingan Tarik Tali di Tasik Layang Layang, Pasir Gudang ni 🤩 Rindu! Tak tahu pun ada acara perlawanan tarik Tali. Terus aku, adik Dan emak duduk berejam menonton perlawanan ni. Al maklumlah, lama tak tengok orang lawan tarik Tali. Dulu abah kami pernah main game ni Dan jadi juara. Seronok tapi mencabar bagi pemain!
Aku pun pernah jadi juara dulu, lawan time 'Family Day' event company 😁 Kejung ya perut! Sebab guna sepenuh tenaga Dari tangan, perut, Dan kaki. Terus lapar semula lepas habis game 😂 Actually, sekejap je tempoh untuk satu game tu habis cuma banyak team Dan pusingan. Memula satu team, kedudukannya di Tali belah kanan, lepastu bertukar pulak kedudukan.
Syarat Bermain Permainan Tarik Tali 1. Mesti ada Lima orang pemain atau lebih dalam satu kumpulan
2. Setiap kumpulan Perlu meregangkan Tali sebelum bermula permainan.
Bagaimana Bermain Permainan Tarik TaliPertandingan Tarik tali melibatkan dua team berbeza yang mempunyai sekurang kurangnya lima ahli ataupun lebih dalam setiap kumpulan. Dua team tersebut perlu berdiri mengambil posisi masing masing Dan saling berpandangan antara Team A Dan Team B (Rujuk Video). Kesemua peserta memegang erat seutas tali. Di tengah-tengah terdapat garisan. Kemudian, setiap team perlu menarik tali sekuat kuat mungkin sehinggakan paras tali pihak lawan melepasi lebih daripada garisan yang ditetapkan. Contoh, semasa dalam perlawanan, team A banyak menarik Tali sehinggakan team B maju kedepan Dan melepasi Tali yang dihadkan, Maka team A lah pemenangnya ✅
Berada di posisi masing masing
Syok tengok semangat pasukan memasing. Ada yang pakai sama warna baju, lepastu saling bersorak semangat sebelum start game. Ada kumpulan yang pasang strategi ambil masa bertahan dulu, ada yang terus serentak tarik Dan tarik dalam Pergerakan yang sekata... Wow! Ternampak beberapa peserta memakai Tali pinggang tebal kat perut. Untuk menahan perut Dan pinggang rasanya tu..
Taktik Permainan Tarik Tali Taktiknya terletak pada penempatan pemain, kekuatan tarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Kebiasaannya, pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali, untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak kuat tali pada saat penarikan.
Sebabtu, orang paling belakang selalu dapat nama kalau menang..Hahahaa.. Tapi kerjasama pun penting!! Kalau Salah sorang tu tersilap langkah, game pun boleh tersasar nanti. Semua orang perlu bekerjasama Dan bersungguh sungguh menarik Tali tersebut untuk mendapat kemenangan ✅
Nah, share sikit video pendek, abaikan suara lalang ye.. Hahaa
Video Pertandingan Tarik Tali
Apa apa pun, semua Sukan Dan permainan tetap ada bahayanya. Cabaran tersendiri. Jadi semua pemain harus berhati hati Dan enjoy the game! Hehe..
Notahati: Tarik Tali dalam Sukan Dan permainan takpa, jangan main tarik tali dalam hal hal perasaan. Tibberrr!
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/09/menonton-pertandingan-tarik-tali-di.html