Menjual Kekayaan Negara


SEBAHAGIAN rakyat tahu negara akan mengalami masalah kewangan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan pemansuhan GST. Masalah lebih besar bila pemansuhan tersebut turut memberi “tax holiday” selama tiga bulan. Ini mengakibatkan negara kehilangan sekitar RM14 bilion ringgit.
GST dibenci oleh perniagaan kerana ia mengurangkan keuntungan mereka dan diperguna oleh ahli politik untuk mendapat kuasa. Inilah punca “kematian GST”. Di banyak negara yang parti politik menang dengan janji menghapuskan GST, mereka akhirnya melaksanakan semula setelah beberapa tahun memerintah.
Ketika seronok mendengar pemansuhan GST, negara mula berhadapan dengan keadaan kewangan yang tidak menentu. Kutipan cukai jualan masih tidak seperti yang diharapkan. Harga minyak yang tidak menentu telah menyebabkan keadaan kewangan negara makin tidak stabil.
Kerajaan membentangkan Bajet 2019 berdasarkan anggaran harga minyak mentah dunia sekitar USD70 setong. Walaupun ia merupakan anggaran kebanyakan penganalisis pasaran, namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab harus mengambil kira ketidaktentuan pasaran minyak mentah dunia.
Belum masuk 2019 harga minyak sudah jatuh ke sekitar USD51 setong. Malaysia hanya mampu berharap Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan mengurangkan pengeluaran minyak bagi meningkatkan kembali harga petrol ke sekitar USD70 setong.
Kekurangan  sumber kewangan akan memberi masalah kepada pembangunan dan pengurusan negara. Kerajaan mula bercakap soal menjual dan mengapungkan aset bagi meraih tunai berbilion ringgit. Kerajaan akan menjual bon samurai bagi meraih sekitar RM9 bilion ringgit. Kerajaan memberi isyarat bahawa akan menjual aset-aset syarikat berkaitan kerajaan bagi meraih tunai yang banyak.
Antaranya ialah cadangan penubuhan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang (REIT) ini sebagai penggadaian dan penjualan aset kerajaan. Bekas Menteri Kewangan, Datuk Sri Mohd Najib Razak menempelak cadangan sebagai penjualan dan penggadaian aset negara.
Pada masa ini syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mempunyai perjanjian konsesi dengan kerajaan Malaysia iaitu perlu membayar sewa RM400 juta setahun. Sebahagian besar saham MAHB adalah milik Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Justeru selain mengutip pajakan, kerajaan turut membuat untung melalui saham Khazanah Nasional dan rakyat mendapat faedah melalui dividen KWSP.
Menurut Mohd Najib, melalui REIT nanti  kerajaan akan menjual 30% saham kepada pelabur dan memegang baki 70%. Ini akan membolehkan kerajaan mendapat sekitar RM4 bilion. Kebimbangan Mohd Najib ialah pada masa hadapan jika kerajaan perlu wang lagi maka boleh jual lagi sebahagian REIT yang dipegang. Akhirnya suatu hari nanti semua lapangan terbang dalam negara milik orang lain.
REIT juga akan meningkat kos pengurusan lapangan terbang kerana syarikat perlu membayar nilai dividen yang tinggi kepada pelabur, dianggarkan sekitar 6.25%. Ini akan mendorong pihak pengurusan lapangan terbang menaikkan cukai lapangan terbang, kos sewaan, dan perkhidmatan lain.
Kerajaan juga dilaporkan akan melaksanakan REIT ke atas fasiliti lain seperti hospital dan keretapi. Dalam keadaan biasa REIT adalah satu cara cepat mendapat aliran tunai bagi melabur semula dalam pembangunan dan pengurusan sesebuah aset untuk keuntungan optimum.
Namun melaksanakan REIT pada aset kerajaan menimbulkan pelbagai persoalan lain kerana wang yang diperolehi tidak dilabur semula bagi mengoptimumkan hasil aset. Sebaliknya RM4 bilion masuk ke kantung kerajaan bagi tujuan lain. Justeru pengguna akan dikenakan kos lebih tinggi kerana syarikat perlu membayar dividen yang tinggi kepada pelabur.
Selain cadangan REIT dan penjualan bon, kerajaan juga telah menjual aset Khazanah Nasional. Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengumumkan penjualan 16 peratus kepentingan atau 1.40 bilion saham dalam IHH Healthcare Bhd (IHH) kepada Mitsui & Co Ltd. Ini membabit pertimbangan tunai RM8.42 bilion atau RM6 sesaham. Penjualan ini bukan sahaja dilakukan cara rundingan terus tanpa tender malah akan mengurangkan pendapatan Khazanah Nasional dalam jangka masa panjang.
Dari tahun 2008-2017 Khazanah Nasional telah mencatatkan keuntungan hampir RM100 bilion. Asetnya telah berkembang dan meningkat dari RM33.7 bilion kepada RM115.7 bilion pada akhir  2017, iaitu keuntungan RM82 bilion.
Kekhuatiran kita ialah tindakan-tindakan mendapat tunai singkat ini akan menjerumus negara kepada krisis pada masa depan.  Jika arah aliran (trend) penjualan saham-saham premium Khazanah dan GLC lain berterusan tidak mustahil pendapatan kerajaan pada masa hadapan akan menyusut dengan teruk.
* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan nasionalis (Akar)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/12/11/menjual-kekayaan-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sandi Bangsa Ini Kaya Buat Apa Impor Pertanian Dari Negara Lain

Sandi Bangsa Ini Kaya Buat Apa Impor Pertanian Dari Negara Lain

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 220 hits
Menurut Sandi infrastruktur bukan hanya tentang jalan tol maupun gedung gedung tinggi Melainkan irigasi dan infrastruktur yang bisa menyerap tenaga kerja anak negeri
Kbs Sedia Ikut Saranan Ketua Audit Negara Syed Saddiq Rileksmedia

Kbs Sedia Ikut Saranan Ketua Audit Negara Syed Saddiq Rileksmedia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Belia dan Sukan bersedia melaksanakan saranan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad supaya Jawatankuasa Kira kira Negara menyiasat isu punitif yang membabitkan kementerian itu Menterinya Syed Saddiq Syed Abd...
Bn Tak Rompak Duit Gst Najib Ucap Terimakasih Jabatan Audit Negara

Bn Tak Rompak Duit Gst Najib Ucap Terimakasih Jabatan Audit Negara

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 461 hits
Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini membuktikan dakwaan yang mengatakan kerajaan BN sebelum ini merompak RM19 2 bilion wang tuntutan balik GST adalah tidak benar Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ...
Pembunuhan Di Papua Fahri Hamzah Pertanyakan Komitmen Perlindungan Dari Negara

Pembunuhan Di Papua Fahri Hamzah Pertanyakan Komitmen Perlindungan Dari Negara

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 182 hits
Wakil Ketua DPR menuntut ketegasan pemerintah memberikan perlindungan kepada pekerja di tengah gencarnya pembangunan infrastruktur saat ini
Surat Terbuka Untuk Dr Maszlee Malik Sejarah Negara Sebenar Yang Patut Diberi Penekanan

Surat Terbuka Untuk Dr Maszlee Malik Sejarah Negara Sebenar Yang Patut Diberi Penekanan

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 340 hits
Kehadapan menteri pendidikan negara iaitu Dr Maszlee Malik yang ini gempar seluruh Malaysia kerana mencadangkan supaya kes 1MDB diletakkan di dalam buku teks sejarah Sebenarnya kami di The Patriots menentang cadangan tersebut kerana masih l...
Singapura Tergeser Ini Negara Dengan Paspor Terkuat Di Dunia

Singapura Tergeser Ini Negara Dengan Paspor Terkuat Di Dunia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 257 hits
Singapura kini tak lagi menjadi negara pemilik paspor terkuat di dunia
4 Negara Yang Sangat Anti Islam

4 Negara Yang Sangat Anti Islam

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 249 hits
Walaupun Malaysia meletakkan Islam sebagai agama rasmi tidak ada banyak sekatan ke atas penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka kecuali beberapa perkara seperti dilarang menyebarkan agama mereka kepada orang Islam atau dilarang m...
Ini Kunci Ekonomi Ri Lebih Stabil Dibandingkan Negara G20 Lain

Ini Kunci Ekonomi Ri Lebih Stabil Dibandingkan Negara G20 Lain

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 240 hits
Direktur Jenderal Anggaran Kemenkeu Askolani mengatakan Indonesia memiliki kunci yang tidak dimiliki oleh negara negara anggota G20 lain dalam meningkatkan perekonomian Salah satunya konsumsi rumah tangga di Indonesia mampu tumbuh stabil di...
Sri Mulyani Korupsi Musuh Utama Pengelolaan Uang Negara

Sri Mulyani Korupsi Musuh Utama Pengelolaan Uang Negara

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 216 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan korupsi adalah musuh utama dalam pengelolaan keuangan negara Korupsi bukan hanya musuh bagi pengelolaan keuangan di pemerintahan pusat tapi juga daerah bahkan desa
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian