Menjelang Kes Mahkamah Esok Zahid Kongsi Lirik Lagu Biarku Menjadi Lilin


AGENDA DAILY Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkongsi sajak bertajuk 'Biarku Menjadi Lilin'.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bakal bersambung perbicaraan kes rasuahnya esok berkongsi sebuah lirik lagu dalam akaun Facebooknya, ia selepas menerima kritikan teruk warganet kerana beberapa kali sudah kes mahkamahnya ditangguh.
Presiden UMNO itu berkongsi lirik bertajuk ‘Biarku Menjadi Lilin’ hasil nukilan Kumpulan Pelangi yang berkisar sebuah kisah jatuh bangun seseorang dalam kehidupannya dan sebagai rekod, perbicaraan kes mahkamahnya akan tetap diteruskan esok.
Rangkap dua terakhir agak menarik untuk dihayati mengenai maksud sebenar sajak tersebut dikongsi oleh Zahid yang berdepan puluhan pendakwaan di mahkamah.
“Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian
saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
“Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri”
Untuk rekod, Zahid dimasukkan hospital bagi merawat sakit belakangnya dan tidak dapat menghadiri perbicaraan kes mahkamahnya pada 25 Ogos lalu; beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Bagaimanapun, Zahid selang beberapa hari kemudiaan dilihat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 27 Ogos sebaik pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Susulan itu, orang ramai mengkritik hebat Zahid yang didakwa menghina mahkamah kerana seakan-akan sengaja tidak hadir kes perbicaraannya tetapi boleh pula menghadiri aktiviti program politik.
Mahkamah Tinggi juga memanggil Pakar Perunding Sakit Intervensi, Hospital Pakar Avisena Shah Alam, Dr Mohd Shahir Anuar untuk memberi keterangan saksi berhubung rawatan sakit belakang yang sedang dijalani Zahid.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran turut mempersoalkan kehadiran Zahid ke Istana Negara pada 19 Ogos dan 21 Ogos lalu, iaitu sehari sebelum dia dimasukkan ke hospital.
Dalam soalannya kepada Dr Mohd Shahir, dia mendakwa kesakitan tertuduh tidak menghalangnya untuk hadir ke Istana Negara pada dua hari berkenaan.
Prosiding perbicaraan melibatkan Zahid berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dijadualkan pada 6 September (esok) akan diteruskan seperti biasa.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah menetapkan keputusan itu selepas doktor yang merawat Zahid menyatakan pesakitnya boleh menghadiri prosiding berkenaan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram.
Ia melibatkan puluhan juta ringgit dana milik yayasan itu ditangguh beberapa kali termasuk terbaharu tiga minggu lalu selepas pejabat seorang daripada peguamnya terdedah dengan jangkitan Covid-19.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/menjelang-kes-mahkamah-esok-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Mahkamah Zahid Hamidi Najib Cabaran Utama Menanti Ismail Sabri

Kes Mahkamah Zahid Hamidi Najib Cabaran Utama Menanti Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 248 hits
Sebaik mula memasuki pejabat Perdana Menteri hari ini beberapa cabaran telah pun siap terhidang untuk membuatkan Ismail Sabri Yaakob mula pening kepala memikirkannya Selain menguruskan pandemik Covid19 yang diharapkan rakyat pendekatannya b...
Kes Bapa Ayam 2 Individu Dihadapkan Ke Mahkamah Esok

Kes Bapa Ayam 2 Individu Dihadapkan Ke Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 318 hits
Amran Mohd Ghani berkata selebriti yang sebelum ini dipanggil membantu siasatan hanya akan menjadi saksi dalam kes itu PETALING JAYA Seorang lelaki dan wanita yang dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi ...
Sprm Terkejut Mahkamah Gugurkan Kes Lim Guan Eng

Sprm Terkejut Mahkamah Gugurkan Kes Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 270 hits
Lim dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika meluluskan satu urus niaga tanah dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran GEORGE TOWN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia amat terkejut...
Elok Tubuhkan Src Samada Zahid Berbohong Kepada Mahkamah

Elok Tubuhkan Src Samada Zahid Berbohong Kepada Mahkamah

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 222 hits
Ekkkk Zahid Komidi dah ada kat Yan Baru 2 hari lalu dia terbaring kat apital dgn pendakap leher Nampak macam dah nazak saya pun dah bersedia nak sedekah Alfateha rupa rupanya KOMIDI Aduhhh Tipah tertipu dgn lakinan Zahid Sebijik Anwar Ibrah...
Kes Ke Mahkamah Tahniah Dan Syabas

Kes Ke Mahkamah Tahniah Dan Syabas

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 237 hits
Sokong dan setuju kes dirujuk ke mahkamah Ada 1001 penyelesaian yang bijak boleh digunapakai pihak tentera seolah muflis fikiran untuk TANGANI kes seorang anggotanya hingga ke tahap pecat Begitu banyak Masa dan wang rakyat digunakan untuk m...
Lirik Lagu Zynakal Dayang Nurfaizah Sayang Aku Tanya Apa Khabar

Lirik Lagu Zynakal Dayang Nurfaizah Sayang Aku Tanya Apa Khabar

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 439 hits
Lirik Lagu Zynakal Dayang Nurfaizah Sayang Aku Tanya Apa Khabar Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu baru dari Zynakal dan Dayang Nurfaizah yang berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar Lag...
Hakim Tegur Anak Zahid Komen Kes Bapanya Di Media Sosial

Hakim Tegur Anak Zahid Komen Kes Bapanya Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 173 hits
September 8 2021 Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...
Sarjan Tentera Dipecat Kerana Enggan Divaksin Akan Bawa Kes Ke Mahkamah

Sarjan Tentera Dipecat Kerana Enggan Divaksin Akan Bawa Kes Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 160 hits
Wan Ramly Wan Seman berkata beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk mengulas samannya terhadap pasukan tentera PETALING JAYA Seorang sarjan tentera yang diberhentikan dan kehilangan pencennya kerana enggan mengambil vaksin Covid 19 akan m...
Kes Rekaan Untuk Nampakkan Najib Korup Tewas Di Mahkamah Tinggi Dan Rayuan

Kes Rekaan Untuk Nampakkan Najib Korup Tewas Di Mahkamah Tinggi Dan Rayuan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 254 hits
umusannya mudah sahaja jika tiada bukti tidak bolehlah dijatuh hukum Jika mahkamah atau hakim tidak diganggu memang itu keputusannya Peguam Datuk Seri Najib Tan Sri Shafie sudah perjelaskan pada awal kes dibicarakan kata nya jika mahkamah a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah