Menjelang 2022 Kesan Besar Yang Tak Akan Hilang Akibat Dari Covid 19




Dah nak habis tahun 2021 dah. Dah nak masuk tahun ke-3 pulak kita berhadapan dengan Pandemik Covid 19. 
Adakah dunia akan kembali seperti biasa?
Itu merupakan soalan yang bermain dalam kepala semenjak tahun lepas lagi.
Untuk jawab persoalan itu, saya buat carian maklumat yang ditulis oleh pakar dari berbagai portal berita di internet.
Bila taip soalan tersebut kat Google, rupanya dah ada banyak tulisan dan pendapat diutarakan sejak tahun lepas lagi. Anda boleh buat carian sama kalau berminat.
Hasil dari semua pembacaan, saya dapat hanya satu rumusan sahaja.
Dunia sudah berbeza. Keadaan tak akan kembali normal seperti mana sebelum berlakunya pandemik covid 19.
Pandemik covid-19: Kesan besarAda 2 sebab penting.
Pertamanya, kesan ekonomi yang menimpa banyak entiti perniagaan. Banyak yang mati. Tahun lepas saja, arus pandemik sudah sapu bersih banyak kegiatan perniagaan dan syarikat.
Yang masih ada saki baki simpanan dan sumber, cuba bertahan sampai masuk tahun 2021.
Bila keadaan tak jadi lebih elok. Malah jauh lebih teruk. Arus kedua pandemik tahun 2021 pula datang sapu bersih lebih banyak lagi entiti perniagaan.
Bisnes mati. Kedai tutup. Punca pendapatan hilang.
Kalau perniagaan besar pun tumbang, apatah lagi perniagaan kecil yang selama ini cukup makan saja.
Sebab kedua, yang lebih penting, kenapa keadaan tak akan kembali seperti biasa adalah kematian.
Bukan saja bisnes mati. Manusia juga ramai yang mati.
Samada secara terus akibat dijangkiti wabak. Atau secara tidak terus akibat bunuh diri. Berlaku sebab kemudahan atau akses mendapatkan rawatan yang tersekat, bersaing dengan keperluan menangani wabak dan lain-lain seumpamanya.
Setakat 26 Dec 2021, seramai 31,334 orang meninggal dunia akibat covid 19. Kes aktif ada sebanyak 44,815 dan jumlah yang dah kena jangkitan sehingga kini adalah seramai 2,741,179 orang!.
Semua angka masih berterusan naik. Kejap tinggi kejap rendah. Yang pastinya masih tak reda lagi.
Semua angka itu sudah cukup untuk berikan gambaran keadaan sudah tidak normal lagi.
Paling sedih adalah kes kematian.
Untuk setiap kematian, wajib berikan kesan kepada sekurangnya 10 orang terdekat si mati. 
Ia mampu berikan kesan trauma yang besar kepada sekurangnya, lebih dari 300 ribu orang yang masih hidup sekarang ini. Dan angka itu masih berterusan meningkat.
Berita sedih kematian kawanKesan itu dapat saya rasakan sendiri bila dapat berita sedih kematian seorang kawan sebelum ini.
Sampai hari ini, saya masih terkenangkan dia. Terbayang mukanya. Nampak jelas senyumannya. Terdengar girang ketawanya. Tergambar keunikan bahasa tubuhnya. Terngiang-ngiang bahasa percakapannya ..
Dia orang yang pertama tumpangkan saya tempat tinggal masa mula datang ke Lembah Kelang dulu.
Kali pertama ke sini mencari peluang untuk bertapak. Saya tinggal di rumah teres 2 tingkatnya di Sri Damansara.
Itu tempat mula saya menginap beberapa bulan. Dia bujang. Kerja bagus dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa. Ada kereta syarikat dan tak ada masalah duit.
Setiap malam kami keluar makan di kawasan Sri Damansara tu. Teringat lagi dengan Abang yang jual Nasi Ayam berempah kat gerai di situ yang jadi tempat paling kerap kami makan.
Waktu pagi biasanya saya akan bersiap dahulu. Keluar beli sarapan nasi lemak di sekitar taman tu. Bancuh Nescafe satu jar dan kami makan sekali. Macam itulah rutin selama tinggal dengan dia.
Kat rumah dia juga saya jatuh cinta dengan cerita hindustan Kuch Kuch Hota Hai lakonan Kajol dan Shah Rukh Khan. Sebelum itu memang tak layan tv atau video. Tak suka pun cerita bollywood.
Tapi tergerak nak buka video cerita tu pada satu hari minggu. Terus suka. Habis saya rasuk kawan-kawan lain yang datang untuk nonton sama. Membuatkan saya tonton cerita lebih dari 7 kali. Mungkin zaman bujang membuatkan saya tertarik dengan kisah ceritanya .. itu kenangan yang mengusik jiwa.
Bekerja dengan syarkat minyak besar yang ada stesen di seluruh negara membuatkan dia kerap keluar kawasan. Bila pergi keluar kawasan, dia bawa saya sekali kalau saya free.
Paling kerap kami ke Melaka. Ramai usahawan kat sana yang dia perkenalkan pada saya. Semuanya kontraktor besar. Banyak yang saya belajar dari mereka.
Bila balik kampung, kami balik sekali. Kat kampung dia perkenalkan pada ramai lagi kawan-kawan berniaga di sana. Macam-macam jenis perniagaan. Macam-macam ragam cara berniaga.
Selepas dia kahwin, dapat anak, dia ajak saya temankan mereka sekeluarga jalan bercuti ke pantai timur. Dia nak ada kawan memandu sebelah katanya. Semua kos dia tanggung asalkan saya mahu ikut.
Saya yang masih bujang ketika itu ikut tanpa banyak soal.
Betullah kata orang tua-tua. Anda kenal orang lebih baik bila banyak kembara berjalan sekali.
Selepas itu, saya masih kekal di sini dan dia balik kampung bertugas di sana pulak. Perhubungan kekal sehinggalah saya berkahwin. Kerap juga pergi ziarah bawa isteri ke rumah mereka setiap kali balik kampung.
Bila duduk berjauhan, makin kurang bertemu, tapi tak pernah berhenti berhubung buat laporan perkembangan masing-masing. Dia berhenti kerja syarikat minyak. Sertai pulak SPRM.
Itu memang tindakan mengejutkan. Macam mana dia boleh masuk kerja kerajaan saya tak tahu. Bila tanya, dia jawab memang dah lama dia mengidam nak kerja yang boleh ada pistol. Jadi bila ada peluang, dia ambil terus tanpa banyak fikir.
Itulah perangai Man Shell. Nama yang saya selalu panggil padanya. Saya rasa dia satu contoh kawan yang jalani kehidupan yang penuh. Buat apa yang dirasakan betul dan berani mencuba selagi nyawa di kandung badan.
Dia bukan jenis nak ikut apa yang masyarakat mahu. Dia hanya buat apa yang dia sendiri mahu.
Pindah ke PutrajayaSetelah lama bertugas di utara, dia dipindahkan pula ke Putrajaya. Baru 2 atau 3 tahun dia pindah. Sejak itu kami asyik bercadang nak berjumpa minum dan sembang. Tapi tak pernah ada kesempatan.
Asyik wasap atau telefon saja. Payah sungguh nak berjumpa.
Bila covid 19 melanda, lagilah sukar nak jumpa. Masih kekal berhubung samada mesej atau telefon.
Sehinggalah saya dapat berita dia kena serangan jantung. Terus wasap tanya khabar. Dia kata boleh cakap, terus kami berbual melalui video call. Dia macam biasa juga. Tetap periang, suka melawak seperti selalu.
Lama kami berbual. Dia bersyukur sebab masih hidup selepas kena serangan jantung tersebut. Sementara menunggu rawatan lanjut di IJN, dia tunggu sebentar kat rumah untuk temujanji.
Kemudian ambil swab test sebelum mendapatkan rawatan di sana.
Malang sekali, dia satu keluarga didapati positif covid-19 pulak. Terpaksa kuarantin tunggu lega dahulu sebelum dapat teruskan rawatan di IJN.
Akhir sekali saya wasap tanya khabar, dia minta saya doakan agar dia dan keluarga disembuhkan segera dari covid-19. Saya terus berdoa untuknya sekeluarga sebaik saja dapat mesej itu.
“Covid ni buat aku demam, hilang deria rasa, deria bau, cirit. Allahuakbar! Besaq ujian Allah untuk aku .. !”
Itu mesej terakhir yang saya dapat darinya.
Pagi semalam dapat berita dia koma. Saya telefon adiknya di kampung tanya keadaan. Selepas dengar cerita dari adiknya, saya pesan untuk update jika ada perkembangan terbaru.
Tak sampai beberapa saat, adik dia telefon semula. “Man dah tiada !”
Dari pagi semalam, sampai sekarang, saya hanya teringatkan dia. Moga Allah hapuskan segala dosa kawan ku itu, merahmati rohnya dan tempatkan dia bersama dengan mereka yang soleh.
Entah bila datangnya giliran saya pula, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Yang pasti, masanya akan tiba juga.
Kesan besar takkan hilangItu sekadar catitan pengalaman yang saya sendiri lalui hasil dari kesan covid 19 ini. Macam mana pulak berlaku kepada keluarga rapay kawan saya itu, tak dapat saya bayangkan.
Tentu jauh lebih berat dari apa yang saya alami. Ibu dan bapa beliau, isterinya, anak-anaknya, adik-adiknya dan lain-lain.
Semua itu akan terpahat di jiwa sampai bila-bila.
Apa pula yang sedang menunggu di tahun 2022 entahlah. Ni datang pulak versi Omicron yang membuatkan segala perancangan aktiviti semua negara berubah.
Selepas Omicron, entah apa pulak ..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/08/pandemik-covid-19-kesan-besar-yang-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Tidak Ambil Vaksin Hilang Kedua Dua Kaki Tangan Akibat Covid 19

Wanita Tidak Ambil Vaksin Hilang Kedua Dua Kaki Tangan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 237 hits
Wanita tidak ambil vaksin hilang kedua dua kaki tangan akibat Covid 19 PENNSYLVANIA Seorang wanita yang dimasukkan untuk rawatan akibat positif Covid 19 di hospital di Philadelphia terpaksa mengharungi saat menyedihkan dalam kehidupanya Ini...
Banjir Timbunan Kayu Pokok Besar Tumbang Memenuhi Halaman Rumah Akibat Arus Deras

Banjir Timbunan Kayu Pokok Besar Tumbang Memenuhi Halaman Rumah Akibat Arus Deras

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 297 hits
SEREMBAN Keluarga Mohd Yusof Hanafi diuji dugaan berat apabila rumah mereka dipenuhi timbunan kayu dan pokok besar yang tumbang akibat dihanyutkan arus deras banjir di Batu 7 Kampung Pantai di sini pada Sabtu malam Menceritakan detik cemas ...
Lelaki Psikik Dakwa Ramal Kejadian Besar 2022

Lelaki Psikik Dakwa Ramal Kejadian Besar 2022

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 186 hits
LONDON Seorang lelaki psikik yang pernah meramal berlakunya pandemik Covid 19 dan temu ramah sensasi antara Meghan Markle serta Oprah Winfrey telah mendedahkan ramalan baharunya untuk 2022 termasuk penguasaan China di seluruh dunia lapor ak...
1 Januari 2022 Vaksinasi Covid 19 Dosis 1 Di Ri Capai 77 74 Persen

1 Januari 2022 Vaksinasi Covid 19 Dosis 1 Di Ri Capai 77 74 Persen

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 259 hits
Data ini dilaporkan Kementerian Kesehatan melalui kemkes go id Sabtu Indonesia menjalankan dua program untuk mencapai target vaksinasi
Sebaran Kasus Positif Covid 19 Di 34 Provinsi 1 Januari 2022

Sebaran Kasus Positif Covid 19 Di 34 Provinsi 1 Januari 2022

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 236 hits
Tiga provinsi mencatat penambahan kasus Covid 19 tertinggi yakni DKI Jakarta 118 Kepulauan Riau 52 dan Jawa Barat 18
Rumah Orang Lumpur Masuk Orang Bersihkan Rumah Saya Masuk Dalam Lumpur Ebby Yus Reda Rumah Hilang Akibat Banjir

Rumah Orang Lumpur Masuk Orang Bersihkan Rumah Saya Masuk Dalam Lumpur Ebby Yus Reda Rumah Hilang Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 270 hits
Rumah orang lumpur masuk orang bersihkan rumah saya masuk dalam lumpur Begitulah luahan pelawak terkenal Ebby Yus apabila rumah hasil titik peluh selama 20 tahun dirinya di dalam industri hiburan telah musnah gara gara banjir Lebih terkilan...
Puluhan Orang Hilang Akibat Tanah Longsor Di Tambang Giok Myanmar

Puluhan Orang Hilang Akibat Tanah Longsor Di Tambang Giok Myanmar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 288 hits
Puluhan Orang Hilang Akibat Tanah Longsor di Tambang Giok Myanmar Sedikitnya satu orang tewas dan 70 orang lainnya dilaporkan hilang akibat insiden tanah longsor yang melanda tambang batu giok di Hpakant
Komnas Kipi Belum Ada Kasus Meninggal Akibat Vaksinasi Covid 19

Komnas Kipi Belum Ada Kasus Meninggal Akibat Vaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 219 hits
Juru Bicara Vaksinasi Kementerian Kesehatan Siti Nadia Tarmizi mengatakan antisipasi terjadinya KIPI merupakan salah satu fokus perhatian pemerintah
Adun Perak Tawar Rm1 000 Untuk Kesan 4 Ahli Parlimen Hilang

Adun Perak Tawar Rm1 000 Untuk Kesan 4 Ahli Parlimen Hilang

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 291 hits
Malaysiakini Seorang pemimpin PKR menawarkan ganjaran RM1 000 kepada sesiapa yang dapat mengesan keberadaan tiga anggota kabinet dan seorang timbalan menteri yang didakwanya masih hilang ketika orang ramai masih bergelut untuk pulih daripad...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas