Wanita Tidak Ambil Vaksin Hilang Kedua Dua Kaki Tangan Akibat Covid 19
Wanita tidak ambil vaksin hilang kedua-dua kaki, tangan akibat Covid-19
PENNSYLVANIA – Seorang wanita yang dimasukkan untuk rawatan akibat positif Covid-19 di hospital di Philadelphia terpaksa mengharungi saat menyedihkan dalam kehidupanya.
Ini kerana, wanita itu terpaksa dipotong kedua-dua tangan dan kakinya selepas berlaku pembekuan darah agak kritikal dalam badannya akibat Covid-19.
Candice Davis, 30, telah dikejarkan ke hospital di selatan Philadelphia beberapa hari selepas dikesan positif Covid-19 pada 17 Ogos lalu.
Wanita itu telah dirawat untuk Covid-19 selama tiga minggu di wad hospital dengan sokongan alat bantuan pernafasan walaupun tidak mempunyai sebarang sejarah dan latar belakang penyakit kronik.
Keadaan kesihatan Davis bertambah kritikal apabila mengalami komplikasi jantung dan pembekuan darah di seluruh badannya.
Doktor kemudian memindahkan pesakit itu ke mesin ECMO (extracorporeal membrane oxygenation), yang digunakan untuk mengepam oksigen terus ke dalam darah.
Walaupun, pada satu ketika pesakit itu dapat bangun, kekurangan peredaran darah pada kedua-dua tangan dan kakinya meletakkan nyawanya dalam risiko.
Emaknya Paige yang menerima berita itu membenarkan doktor untuk memotong kedua-dua tangannya di bawah sesiku dan kedua-dua kaki dari paras bawah lutut.
Keadaan Candice selepas pembedahan pada kedua-dua tangan dan kakinya dialihkan oleh doktor.Foto Kredit:Newsflash
“Sangat mengejutkan dan menakutkan melihat nasib anak saya begini.
Saya kerja di hospital dan terpaksa membiarkan anak saya mengharungi keadaan menyedihkan..saya hanya mampu mendoakan kesihatannya kembali pulih,” kata Paige.
Katanya, setelah melihat nasib Candice, keluarga itu memulakan kempen kesedaran mengenai pentingnya megambil suntikan vaksinasi Covid-19.
Sebelum ini, katanya, Candice merancang untuk mengambil vaksin namun kesibukan jadual kerja padat telah mengekangnya.
“Dia memang mahu mendapatkan suntikan vaksin tetapi tidak sempat.
“Nasihat saya kepada mereka yang sedang berfikir panjang untuk mengambil vaksin, segera dapatkan suntikan jika tidak mahu kehilangan anggota badan seperti Candice,” keluh Paige. MG
Wanita tidak ambil vaksin hilang kedua-dua kaki, tangan akibat Covid-19
Baca Artikel Menarik :
‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200
Uqasha: Buat umrah bukan untuk berseronok
Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob
Bayar saman trafik di mesin ATM
Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu
Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
Najib dikelilingi ‘Yes-men’ sorok kebenaran sehingga BN tumbang
PRU 2018: Sabotaj di war room; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi
Sedap Memang Sedap! Awas Punca Makanan Ini Mungkin Anda Hidapi Penyakit Berbahaya Seperti Kanser
Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan
Goreng ayam guna Ron97?
Layari Laman Facebook MYKMU</a
MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)
Nora Danish kena kecam main buih
The post Wanita tidak ambil vaksin hilang kedua-dua kaki, tangan akibat Covid-19 appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/12/14/wanita-tidak-ambil-vaksin-hilang-kedua-dua-kaki-tangan-akibat-covid-19/