Menjawab Tulisan Mahathir Tentang Kedaulatan Undang Undang


Firdaus Muhammad      
ULASAN | Sudah banyak spekulasi berkeliaran berkenaan isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan pelantikan YDPA yang baru.

Macam-macam teori yang dikongsi oleh netizen, lebih-lebih lagi berkenaan tindakan Mahathir Mohamad untuk mencampuri urusan Majlis Raja-Raja dalam memilih YDPA yang baru.

Mahathir telah berkongsi satu peringatan kepada raja-raja bahawa mereka tidak akan terkecuali daripada pelaksanaan undang-undang melalui blog bertajuk “rule of law” yang secara jelas, berat dengan ugutan terhadap raja-raja.

Prinsip ‘rule of law’ memang wajar ditegakkan tanpa pengecualian. Namun dalam konteks sekarang, prinsip ini bagaikan diguna hanya untuk tujuan politik dan tidaklah ikhlas untuk menegakkan undang-undang.

Di mana prinsip 'rule of law?'
Contohnya, di manakah prinsip ‘rule of law’ dalam kes rasuah Lim Guan Eng? Kes yang ternyata jelas wujud elemen salah laku telah digugurkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas yang dipilih oleh Mahathir.

Kes tersebut sepatutnya diteruskan agar Lim Guan Eng dapat bersihkan nama beliau jika tidak bersalah bukan diselamatkan dengan cara mudah melalui pengguguran kes.

Di manakah juga prinsip ‘rule of law’ dalam kes kematian anggota bomba arwah Adib? Rusuhan kuil yang telah bertukar menjadi rusuhan perkauman kerana diapi-apikan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah mengorbankan nyawa seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.
Hingga hari ini, masih tiada berita keadilan akan ditegakkan. Dalam kes yang sama, prinsip ‘rule of law’ turut dibelakangkan apabila keputusan mahkamah dengan sesuka hati telah dihiraukan oleh kerajaan apabila kuil tersebut ingkar untuk berpindah walaupun wang pampasan telah diambil.

Begitu juga dengan peristiwa berdarah Memali. Di manakah prinsip ‘rule of law’? Sehingga kini ramai masih tertanya-tanya kenapa begitu ramai anggota keselamatan dikerah untuk menangkap seorang Ibrahim Libya?

Pemimpin Pakatan Harapan yang dahulu memperjuangkan pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk mencari kebenaran sekarang diam membisu apabila sudah berkuasa.

Dr M, PH amat hipokrit
Apa sebenarnya nilai prinsip ‘rule of law’ bagi Kerajaan Pakatan Harapan? Bukti-bukti yang disenaraikan secara terang menunjukkan bahawa Mahathir dan kerajaannya amat hipokrit dalam menegakkan dan serta menghormati undang-undang. Mereka bukanlah malaikat seperti yang mereka ingin tonjolkan.

Lebih penting lagi, perkongsian blog bertajuk ‘rule of Law’ ini adalah satu permulaan rasmi kempen media memburukkan raja-raja oleh Mahathir walaupun sebelum ini penasihat kanan beliau A Kadir Jasin telah pun secara tidak rasmi memulakan kempen memburukkan YDPA.
Ini bukanlah perkara baru tetapi satu modus operandi yang sama digunakan oleh Mahathir ketika krisis Perlembagaan untuk mengekang kuasa raja-raja pada tahun 1992-1993.

Ketika itu, akhbar-akhbar yang dikawal Mahathir telah menerbitkan pelbagai cerita yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap institusi diraja.

Kisah prebet Adam
Terdapat juga fitnah-fitnah yang telah disuap kepada rakyat supaya dapat memberi justifikasi kepada tindakan Mahathir ketika itu.

Contohnya kisah Prebet Adam yang memberi gambaran bahawa raja zalim harus ditentang.

Baca: Adik prebet Adam bela keluarga diraja Johor
Sejarah mengajar kita untuk tidak mudah terpedaya. Jika dulu kita bergantung kepada maklumat daripada akhbar utama yang dikawal kerajaan, kini kita mempunyai alternatif untuk mengesahkan maklumat tersebut melalui internet yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan

Mahathir bagaikan tidak belajar daripada protes Icerd. Orang Melayu telah bersatu apabila beliau mengumumkan Malaysia akan ratifikasi Icerd di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Keputusan beliau bagaikan menjolok sarang tebuan dan sekarang sekali lagi beliau mahu mengganggu-gugat banteng pertahanan terakhir orang Melayu dan Islam melalui kempen negatif terhadap institusi diraja.

Insaflah Mahathir.

*FIRDAUS MUHAMMAD ialah seorang pembaca Malaysiakini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/menjawab-tulisan-mahathir-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekilas Tentang Surga

Sekilas Tentang Surga

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 387 hits
Sekilas Tentang Surga Keberadaan Surga Keberadaan surga ditunjukkan dengan dalil dari al Qur an dan as Sunnah Dari al Qur an di antaranya adalah firman Allah subhanahu wata ala artinya Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu pada...
Mantan Menteri Soeharto Menulis Buku Tentang Perjalanan Indonesia

Mantan Menteri Soeharto Menulis Buku Tentang Perjalanan Indonesia

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 229 hits
Buku autobiografi mengisahkan tentang perjalanan hidup Abdul Gofur Dia adalah tokoh aktifis angkatan 66 juga mantan perwira tinggi Angkatan Udara Republik Indonesia Sejak SMP di Ternate Gafur aktif berorganisasi
Apa Kata Al Qur An Tentang Usia

Apa Kata Al Qur An Tentang Usia

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 281 hits
a salam1 Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam karena Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia 2 Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita karena Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat ...
Al Quran Mendahului Capaian Akal Fikiran Manusia Tentang Segala Galanya Aamiin 9021

Al Quran Mendahului Capaian Akal Fikiran Manusia Tentang Segala Galanya Aamiin 9021

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 465 hits
NABI DULUAN MENGETAHUI DARIPADA NASA Ustad Abdul Somad Lc MAI M SINTESADisyorkan untuk andaUdah Lama Kuliah Tapi Masih Belum Lulus Juga Baca Saran Berikut Semoga Membantu credit unsplash comApa agan atau sista lagi di posisi stuck karena sk...
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina Ydpa Sebelum Ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina Ydpa Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 425 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina YDPA Sebelum IniKetua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina YDPA Sebelum Ini
Anak Umur 2 Tahun Dah Boleh Pakai Ubat Gigi Berflourida Tapi Dengan Syarat Doktor Gigi Kongsi Tentang Ubat Gigi

Anak Umur 2 Tahun Dah Boleh Pakai Ubat Gigi Berflourida Tapi Dengan Syarat Doktor Gigi Kongsi Tentang Ubat Gigi

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 445 hits
Pemilihan ubat gigi penting untuk anak anda terutama yang berumur 4 tahun ke bawah Tidak semua ubat gigi sesuai untuk anak kecil Ikuti saranan doktor tentang ubat gigi berflorida dan bilakah sesuai digunakan oleh anak anda Doktor anak saya ...
Mengenal Tentang Operasi Bariatrik Yang Bantu Arya Menurunkan Berat Badan Hingga 100 Kg

Mengenal Tentang Operasi Bariatrik Yang Bantu Arya Menurunkan Berat Badan Hingga 100 Kg

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 518 hits
Masih ingat Arya Permana bocah yang dulu menderita obesitas hingga 192 kg di usianya yang baru 10 tahun Baru baru ini Ayah dari Arya Ade Soemantri Kusumah mengunggah perubahan bentuk tubuh Arya dan bersyukur atas pencapaian yang anaknya lak...
Jangan Risau Kit Siang Tidak Akan Jadi Pm Tun Mahathir

Jangan Risau Kit Siang Tidak Akan Jadi Pm Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 373 hits
Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak mungkin dipilih menjadi perdana menteri bila Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum ke 14 Itu jaminan diberi Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pada PRU...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan