Menjawab Tulisan Dsai Perlu Mengalah Demi Sahabat Kata Amanah



Tulisan Dr. Mazlan Ali yg mahukan DSAI mengalah demi sahabat dan komentar terhadap tulisan beliau. 1) Saya mengambil maklum teguran Pemuda Amanah supaya penyokong Tun M dan DSAI berhenti menulis di SocMed membicarakan soal siapa lebih KUAT dan LAYAK dengan alasan ia akan mengganggu proses rundingan kedua-dua belah pihak. Agak mengejutkan adakah kedua-dua pemimpin atau Top 5 ini membaca kesemua tulisan netizen? Tapi dalam masa yang sama mereka tidak mampu menyekat orang-orang berpangkat "DOKTOR FALSAFAH" terus menulis menyebelahi Tun M dan meminta DSAI beralah.
2) Bagi penyokong PH yg kuat mendokong DSAI sebagai calon PM, perbuatan mengizinkan Tun M menjadi PM buat kali yg ke 3.5 kali adalah sesuatu yg perlu dielakkan kerana ia akan membawa kepada tragedi permasalahan yg akan berulang. Saya tidak membicarakan soal siapa yang kuat tapi hakikat KEBENARAN yand seolah-olah "dibutakan" dan tidak mahu dibicarakan.
3) Untuk apa DSAI mahu mengalah dan dikorbankan lagi kononnya demi sahabat beliau dari Amanah dan DAP? Tak mungkin Dr. Mazlan mahu melihat sekali lagi DSAI dan PKR dibuli oleh Tun M seperti sebelum ini? Apa jaminan Tun akan serahkan jawatan pada DSAI selepas 6 bulan? Sedangkan Perjanjian bertulis pun sanggup Tun M langgar dan enggan beri tarikh peralihan kuasa meskipun menghampiri 2 tahun yg dimintanya.
4) Berapa banyak DSAI perlu mengalah atau beralah sedangkan sehingga saat akhir pun DSAI bersetuju membenarkan Tun M menentukan sendiri tarikh beliau mahu bersara selepas APEC 2020. Kita semua mendengar sendiri Tun M dalam Sidang Media itu berkata suka hati dia bila mahu letak jawatan walau mungkin sehari sebelum PRU15. Sesungguhnya tidak akan ada jaminan keikhlasan Tun M untuk menyokong DSAI menjadi PM kerana bila kita amati sikap beliau SEOLAH-OLAH tujuan paling utama hidup beliau skrg ialah UTK MENGHALANG DSAI DARI MENJADI PERDANA MENTERI AT ALL COST.
5) YA. Mungkin ramai yang akan guna ayat "Cliche" kononnya kami yg mahukan DSAI menerajui negara ini taksub kepada DSAI. Gunalah ayat tu semahunya tetapi hakikatnya ialah makhluk-makhluk yg menggunakan perkataan sedemikian adalah mereka yg BANGKRAP hujah, sekadar melepaskan geram kerana KETAKSUBAN mereka sendiri ke atas batang tubuh bekas PM berusia 95 tahun itu. Bila ditanya siapa CALON PM yang paling layak selain Tun M dan DSAI dari sudut pengalaman, karismatik, kepimpinan, kontak antarabangsa, ketegasan dan daya tahan dalam memimpin sebuah negara yang berada dalam kekalutan Ekonomi dan Politik? Mereka terdiam dan membungkam seribu bahasa.
6) Tun M mengalami sindrom #TRUST_DEFICIT yang diciptanya sendiri. Beliau telah diberikan peluang 22 bulan tapi tidak pernah berminat untuk membuktikan keikhlasan beliau menyerahkan jawatan kepada DSAI, kenapa kali ini perlu percaya beliau akan ikhlas? Selama ini macam-macam dailh yang dicarinya untuk menidakkan konsensus PH yg dimeterai itu. Sehingga selepas PH jatuh pun Tun M beri alasan kononnya meletakkan jawatan kerana hilang majoriti sekaligus untuk beri peluang DSAI membuktikan beliau punya majoriti di Parlimen utk menjadi PM. Yang menyebabkan saya bertambah musykil dengan sikap Tun M apabila langsung tiada teguran atau kritikan dari beliau terhadap kumpulan Azmin dan Zuaraidah kepala Kartel yang mengkhianati PKR dan PH.
7) Kenapa sewaktu menjadi PM4 Tun M tidak meletakkan jawatan untuk Parlimen menentukan sokongan MP kepada Pak Lah dan Tun M jangan sekali-kali menyatakan sokongan kepada Pak Lah sebagai penggantinya? Jangan bagi alasan janggal konon sbb BN "melantik" Pak Lah dan BN mempunyai majoriti 2/3. Sebenarnya Pak Lah "enjoy" sokongan itu melalui "RESTU" Tun M sendiri ke atas penggantinya sebelum beliau selaku Pengerusi BN mencadangkannya kepada YDPA.
8) Hakikatnya ialah DSAI telah dibuli. 102 MP dari PKR+Amanah+DAP ketika itu (termasuk Kartel PKR) yg sepatutnya di belakang DSAI telah dipergunakan oleh Tun M untuk menyokong beliau. Bakinya adalah dari Bersatu+Warisan+UPKO dan PSB menjadikan maksima 138 MP. Bermakna yg betul-betul di belakang Tun M termasuk "katak-katak" dari UMNO hanyalah 36 org MP. FAKTAnya ialah Tun M telah menggunakan satu galah (meminjam analogi Dr. Maszlee Malik) yang sepanjang 102 MP, yang telah dibina, disambung-sambung oleh DSAI bersama rakan-rakan beliau termasuk AUFN dan ATGNA selama lebih 20 tahun dengan galah sependek dan sekontot 36 MP termasuk "katak-katak" yang di belakang atau dimiliki sokonganya oleh Tun M. Ini dipanggil "LEVERAGE". Tun M sangat bijak dalam soal ini.
9) Manakala bila tiba giliran untuk menyerahkan kuasa kepada DSAI, pelbagai pihak di sebelah Tun M berdalih untuk tidak menunaikan perjanjian dan konsensus PH dengan pelbagai alasan tak masuk akal. Tun pula tidak mahu atau enggan membenarkan DSAI menggunakan galah pendek atau kontot (36 MP) tadi utk "LEVERAGE" sebaliknya DSAI disuruh mencari sendiri galah lain untuk menjadikan ia cukup panjang. Tidakkah kita melihat di sini TIADA TIMBAL BALIK dalam kerjasama antara mereka? NON RECIPROCAL..!! Sbb itu saya sebut DSAI telah dibuli dan dipergunakan.
10) INI HAKIKAT PEDIH yang perlu saya nyatakan. Ramai yang akan kata ini adalah tindakan mengapi-apikan kebencian sesama PH setiap kali saya mendedahkan sikap sebenar Tun M dan mengkritik segelintir individu dari parti rakan dalam PH. Jujurnya mereka ini TAKUT dan berada dalam "DENIAL SYNDROME", berJIWA KERDIL dan enggan mendengar kritikan yang menampakkan kesilapan Tun M dan mereka sendiri. Sedangkan ia sebenarnya adalah KEBENARAN yg PAHIT untuk ditelan tapi perlu ditegakkan bukan sebab mahu menyerang mereka sebaliknya mereka perlu berlapang dada menerima kritikan, muhasabah, berubah dan membetulkannya. Jangan jadi "ARROGANT of POWER" lalu terus berada dalam "Denial Syndrome".
10) Itulah yg berlaku kepada pimpinan Amanah tertentu. Bila berhujah dengan saya, beliau cuba menggambarkan kononnya saya mengungkit-ngungkit kesalahan Tun M dan ini tidak menyelesaikan masalah. Katanya, DSAI dan penyokong-penyokongnya perlu berusaha memujuk MP-MP dari GPS dan Warisan bagi menyokong beliau menjadi PM dan TIDAK memerlukan RESTU Tun M. Bila saya bangkitkan persoalan NON RECIPROCAL tadi dan adakah selesai masalah JIKA mereka sendiri (Amanah) menyokong Tun M dan tidak SOLID di belakang DSAI, beliau terdiam, terkedu tidak boleh menjawap sebaliknya ajak "Move On" dan jangan salahkan parti rakan. Saya kata ok, "Let's Move Forward" tapi tanpa Tun M. Biar beliau DATANG kepada PH jika ingin bekerjasama bukan anggota PH terhegeh-hegeh pergi kepadanya sehingga akhirnya tidak menyokong DSAI jadi PM.
11) Di manakah keadilan? Semasa di penjara DSAI diminta meRESTUi Tun M mengetuai PH sebagai wadah beliau melawan Najib (Tun M sering sebut dia nak jatuhkan Najib bukan dia sebut nak jatuhkan UMNO BN), DSAI melalui sokongan 102 MP asal PH membantu Tun M jadi PM tapi Tun M pula tidak perlu membantu DSAI jadi PM melalui 36 MP yang menyokongnya? Cuba beri peluang DSAI dilantik dengan angka asas majoriti yang diusahakan seperti yang dinikmati Tun M pada saat awal perlantikan beliau, maka akan bertambahlah yg akan datang mengadap lalu "menjilat tapak kaki" DSAI. Begitulah LUMRAH dan PERUMPAMAANnya bagi KEBANYAKAN orang politik di Malaysia dan serata Dunia Ketiga. Ia berlaku kepada Tun M selepas dilantik baharu lah berbelas-belas MP UMNO BN melutut kepada beliau. Jika tidak mereka hanya anggap beliau umpama seorang tua yang baling kaca pun tak pecah. Kata org kampung saya...."Asslicking". Itu fakta yang tidak boleh dinafikan.
12) Apa yang cuba saya beritahu atau sampaikan ialah jika sejak awal kerjasama Tun-DSAI adalah berat sebelah dan tidak adil apa yang membuatkan Dr. Mazlan Ali merasakan kerjasama KALI INI akan berjaya? Apa boleh dilakukan jika perkara lalu diulang semula oleh Tun M dengan cara menarik masa 6 bulan jadi 1 tahun dan seterusnya memiikirkan Plot baru untuk menidakkan peralihan kuasa itu? Ingat, bekas PM berusia 95 tahun ini sentiasa berfikir kerana tidak mahu membenarkan dirinya nyanyuk walau dah banyak kedengaran rungutan yang mengatakan banyak kali Tun hadapi masalah lupa apa yg dia telah cakap. Kita boleh lihat dengan jelas dalam Sidang Akhbar bila mana orang-orang sekelilingnya terpaksa membantu mengingatkan beliau.
13) Sesungguhnya tiada perjanjian yang boleh mengikat Tun M sekurang-kurangnya begitu lah yg saya percaya. Oleh itu, jika berlaku lagi perkara lama, proses REFORM menjadi perlahan, perlantikan Ketua Agensi yang melanggar prinsip PH, Reform Institusi yang berlaku separuh-separuh, Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang tidak diperkasakan melalui undang-undang, kebebasan bersuara tanpa had, fitnah yang tidak ditangani, janji Manifesto yang diabaikan, apa yg PH boleh buat? Pengalaman lalu menunjukkan tiada apa yang dibuat oleh Amanah dan DAP untuk menghentikannya meskipun beberapa MP dari DAP dan PKR ada buat bising di media. Malah bila berlaku pertelingkahan antara pimpinan Bersatu yang menyokong Tun dengan pimpinan PKR yang menyokong DSAI apa yang mampu PH terutamanya Amanah dan DAP lakukan?? Sekarang Dr, Mazlan Ali kata DSAI jangan berkeras dan pentingkan diri, perlu berkorban untuk sahabat-sahabat beliau dalam Amanah dan DAP? Tidak cukupkah DSAI TELAH berkorban sehingga ke penjara dan sahabat-sahabat beliau beroleh jawatan serta "ghanimah" sepanjang lebih 20 tahun ini? Itu masih tidak cukup besarkah bagi Dr. Mazlan Ali atau mahu DSAI berundur terus?
14) Ini terbukti dengan kata-kata Khalid Samad pada awal April 2020 seperti berikut...
"𝑲𝒆𝒔𝒊𝒍𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒊𝒕𝒖 𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝒔𝒐𝒂𝒍 𝒎𝒆𝒍𝒆𝒕𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑻𝒖𝒏 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒔𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒔𝒆𝒃𝒂𝒓 𝒃𝒆𝒃𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒊𝒏𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂, 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒕𝒂𝒎𝒂 𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 𝒌𝒆𝒅𝒖𝒂-𝒅𝒖𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒎𝒑𝒊𝒏 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒆𝒍𝒖𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒌𝒖𝒌𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂".
Adakah mereka sedang membina kepercayaan antara kedua-dua pemimpin itu? JIKA BENAR seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight kononnya mereka menyokong Tun M menjadi PM. Apa jaminannya yang Tun M akan menterjemahkan prinsip-prinsip REFORM apabila beliau menjadi PM buat kali yang ke 3.5 sedangkan beliau pernah maklumkan LGE yg beliau menolak memenuhi janji Manifesto PH?? Link berita : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/253281…
dan : https://www.bharian.com.my/…/dr-mahathir-tolak-penuhi-manif…
15) Dengan apa yang TELAH dilakukan oleh Tun M saya langsung tidak nampak keikhlasan beliau dalam kerjasama dengan DSAI. TIDAK ADA LANGSUNG. Tiada apa-apa "assurance" dari pimpinan Amanah dan DAP bahawa mereka akan memastikan Agenda REFORM itu berjalan lancar, terpelihara dan peralihan kuasa akan berlaku dengan teratur demi mencapai konsensus PH sejak sebelum PRU14 lagi.
16) AKHIR KALAM....JIKA ditakdirkan PH Plus bersetuju mencalonkan Tun M sebagai PM kali ke 3.5, saya tiada pilihan lain melainkan "AKUR SECARA PAKSA RELA" tapi sekurang-kurangnya saya telah menyatakan rasa Skeptikal ini dalam pelbagai tulisan di wall ini. JANGKAAN saya (sambil berharap ia tidak akan berlaku) andai Tun M melakukan perangai lama semula, sebaik menjadi PM, maka ketika itu kita akan dengar ayat-ayat "cliche" seperti beri ruang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberi tumpuan kepada permasalahan ekonomi, memastikan perlaksanaan Norma-norma Baharu pasca COVID-19, jangan berpolitik, beri tumpuan kepada perpaduan, beri kerjasama, lupakan soal transisi jawatan PM, tiada janji bertulis, bla bla bla bla.....demi mengelakkan peralihan kuasa berlaku. Akhirnya DSAI akan jadi PM tepi dan tunggul mati. Negara kita tidak akan pernah menikmati REFORM TOTAL sehingga lah ke PRU yg akan datang. Terima kasih Dr. Mazlan Ali kerana mencadangkan DSAI kompromi sekali lagi demi rakan-rakan Amanah dan DAP. 😁
Wallahualam.
- Zus Din
14 Jun 2020


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/menjawab-tulisan-dsai-perlu-mengalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2020 Tahun Dsai Jangan Mengalah

2020 Tahun Dsai Jangan Mengalah

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 399 hits
SARIDAH SH ABDULLAHKerajaan korup kurap berterusan atau dihentikan berada di tangan DSAI dengan syarat jauhi dan jangan mengalah dengan TM So DSAI PM tepi bakal PM sehingga akhir hayat nanti so what Sejarah takkan menipu apabila generasi ma...
Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 410 hits
KENYATAAN MEDIA Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa khususnya mengena...
Anwar Perlu Kompromi Sekali Lagi Demi Kepentingan Sahabat Beliau

Anwar Perlu Kompromi Sekali Lagi Demi Kepentingan Sahabat Beliau

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 388 hits
MALAYSIA DATELINE Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadangkan berkompromi dengan memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sekali lagi dalam jangka masa yang jelas manakala beliau sendiri menjadi Timbalan Perdana Mente...
Adik Zahid Beli 2 Banglo Rm5 9 Juta Guna Cek Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi Kata Saksi

Adik Zahid Beli 2 Banglo Rm5 9 Juta Guna Cek Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi Kata Saksi

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 425 hits
Bernama KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu adik Ahmad Zahid Hamidi Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi membeli 2 banglo di Country Heights Kajang bernilai RM5 9 juta menerusi cek Tetuan Lewis Co pemegang amanah Yayasan Akalbu...
Pilihan Anwar Jadi Pm Dah Gagal Kata Dap Dan Amanah

Pilihan Anwar Jadi Pm Dah Gagal Kata Dap Dan Amanah

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 401 hits
DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama mereka untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak berjaya mendapat sokongan diperlukan bagi membentuk kerajaan Justeru ia menyebabkan pilihan kedua iaitu Dr Mahahir Mohamad sebag...
293 033 Permohonan Program Subsidi Upah Dilulus Setakat Ini Kata Perkeso

293 033 Permohonan Program Subsidi Upah Dilulus Setakat Ini Kata Perkeso

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 486 hits
Di bawah inisiatif Penjana Perkeso bertanggungjawab melaksanakan program insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan perlindungan sosial dan latihan bagi pekerja ekonomi gig dan insentif pengaturan kerja fleksibel KUALA LUMPUR Sebanyak...
Alasan Song Ji Hyo Lebih Memilih Single Hingga Usia 40 Tahun Kata Siapa Syarat Bahagia Itu Nikah

Alasan Song Ji Hyo Lebih Memilih Single Hingga Usia 40 Tahun Kata Siapa Syarat Bahagia Itu Nikah

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 422 hits
Menikah atau nggak sekarang atau nanti itu mutlak pilihanmu sendiri jadi harusnya nggak ada yang berhak menghakimi Toh kamu kan yang nanti menjalani
Jangan Caj Rm10 Bagi Barangan Rm3 80 Kata Menteri

Jangan Caj Rm10 Bagi Barangan Rm3 80 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 455 hits
Kerajaan membenarkan kedai gunting rambut dan salun kecantikan beroperasisemula mulai 10 Jun ini dengan pematuhan SOP ketat PUTRAJAYA Kadar baru harga gunting rambut mestilah sejajar kos tambahan yang terpaksa ditanggung pekedai dan bukanny...
Pukau Moden Boleh Angkat Pencuri Jadi Hero Kata Dr Mahathir

Pukau Moden Boleh Angkat Pencuri Jadi Hero Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 308 hits
Pukau moden boleh angkat pencuri jadi hero kata Dr Mahathir Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Jun 2020 2 42
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint