Menjawab Tuduhan 30 Dalil Zahid Hamidi Perlu Berundur


 
Tuduhan 1: Kes Mahkamah
Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat.
Jawapan:
Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi diarahkan membubarkan UMNO dan semua ahli diserap dalam Bersatu. Kalau Zahid bersetuju, sudah tentu beliau terlepas dari dakwaan di mahkamah. Dengan semangat juang yang kental, beliau sanggup menghadapi dugaan dan berkorban demi parti keramat UMNO. Kalau orang lain ketika itu belum tentu UMNO masih wujud hingga sekarang. Pemimpin seperti Zahid adalah antara sebab mengapa UMNO masih berpengaruh.
Tuduhan 2: LIABILITI KEPADA UMNO
( ZAHID Dicabar Calonkon Diri Sebagai Calon PM UMNO Untuk PR 15 Jika Dia Yakin Diri Sendiri Bukan Liabiliti )
Jawapan:
Zahid Hamidi bukanlah pemimpin gila jawatan. Dengan asas ugama yang ada pada dirinya, beliau tahu bahawa kita tidak perlu terlalu meminta minta jawatan (hard up) untuk jadi Perdana Menteri. Berserah kepada qada dan qadar kerana semua itu ketentuan Allah.
Tuduhan 3: 60% AHLI UMNO TIDAK MENYOKONG ZAHID DALAM PEMILIHAN UMNO
Jawapan:
Ketika Zahid Hamidi tidak mempunyai apa-apa kuasa setelah UMNO kalah dalam PRU 14, beliau menang dalam pertandingan 5 penjuru. Mengalahkan tokoh hebat seperti Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaluddin.
Sehebat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pun hampir kalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah ketika pemilihan Presiden UMNO 1987.
Ini menunjukkan Zahid Hamidi mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.
Tuduhan 4: REKOD KALAH DALAM PILIHAN RAYA KECIL 4 KALI SEBELUM DIAMBIL ALIH OLEH TOK MAT
Jawapan:
Ketika PH baru memerintah, rakyat masih menunggu janji ‘bulan bintang’ untuk ditunaikan. Lagipun 4 kawasan PRK tersebut adalah kubu kuat PH seperti Sg Kandis dan Seri Setia. Balakong dan Sandakan adalah kawasan majoriti pengundi Cina.
Selepas Zahid mengambil alih jawatan Presiden dari Tok Mat, UMNO menang bergaya di Kimanis, Chini dan Slim.
Tuduhan 5: MEMBAWA KEMBALI SIFAT BONGKAK , ANGKUH & SOMBONG YANG DIBENCI RAKYAT & AKAR UMBI UMNO
Jawapan:
Zahid dituduh bersikap sombong dan ‘Abang Besar’ namun apa yang pasti adalah sebaliknya. Ketika Dr Mahathir meletakkan jawatan PM7, untuk memilih PM8, beliau menyokong TSMY sebagai PM, sedangkan Zahid adalah Presiden kepada parti yang terbesar dalam gabungan yang akan membentuk kerajaan.
Krisis politik Perak juga menunjukkan sikap merendah diri beliau apabila sanggup memohon maaf kepada PAS dan PPBM walaupun kedua dua parti tersebut lambat hadir ketika dipanggil mengadap oleh Sultan Perak.
Tuduhan 6: ZAHID PUNCA BERBELAS AHLI PARLIMEN UMNO BERHIJRAH KE PPBM
Jawapan:
Bukan mudah menjadi pembangkang ketika Dr Mahathir berkuasa. Dengan strategi pecah dan perintah Mahathir ketika itu, ramai yang tewas dalam perjuangan. Orang yang mempunyai jiwa yang kental saja sanggup bertahan.
Ada hikmah disebalik itu, sebenarnya UMNO beruntung kerana kita mengetahui yang mana pemimpin yang ikhlas dan mana pemimpin yang hanya berpura-pura dalam perjuangan ini.
Tuduhan 7: KHIANAT AUTONOMI POLITIK UMNO SABAH
( Membuat Keputusan Peribadi Tanpa Berbincang Dengan Ketua – Ketua Bahagian UMNO Sabah )
Jawapan:
Bung Mokhtar Raden adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah selayaknya diberi kepercayaan untuk mengetuai kempen pilihanraya tersebut. Semasa itu Bung Moktar dilihat seorang pemimpin yang mampu menambat hati rakyat Sabah disebabkan kelantangannya berhujah di Parlimen.
Malangnya ketika kempen tersebut, UMNO telah disabotaj oleh parti sekutu dan lebih malang apabila ada pemimpin tertinggi UMNO Pusat yang bersungguh sungguh mahukan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.


Tuduhan 8: KRISIS DI PERAK PETANDA UMNO PERLUKAN KEPIMPINAN BAHARU
Jawapan:
Krisis politik Perak menunjukkan kebijaksanaan Zahid Hamidi dalam misi menukar MB yang bermasalah. Menguji kesetian kawan juga menguji pengaruh dengan parti lawan. Keberhasilan sesuatu matlamat tanpa menimbulkan persengketaan antara UMNO dan PN serta UMNO dan PH. Tidak ramai pemimpin yang mempunyai ‘skill’ sebegitu rupa dalam persada politik tanahair,
Tuduhan 9: PRESIDEN UMNO YANG PALING LEMAH DALAM SEJARAH UMNO
( Hanya Mahu Selamatkan Diri Sendiri & Bukan Demi Parti , Rakyat Dan Negara )
Jawapan:
Zahid Hamidi mengambil alih kepimpinan tertinggi UMNO ketika baharu sahaja kalah dalam PRU 14. Dengan pemdakwaan terpilih kerajaan PH terhadap pemimpin UMNO dan diteruskan oleh kepimpinan Muhyiddin, beliau mampu mengemudi parti keramat UMNO dengan jayanya. Zahid satu satunya Presiden UMNO yang menerajui Parti ketika UMNO hilang kuasa. Akaun UMNO dibekukan oleh kerajaan pimpinan Mahathir dan diteruskan oleh kepimpinan Muhyiddin walau mahkamah mendapatiianya tiada kaitan dengan 1 MDB. Bukan mudah menguruskan parti dalam kekurangan dana namun Zahid mampu melakukannya.
Tuduhan 10: TIDAK HORMAT INSTITUSI RAJA
( Keputusan dan Tandatangan Peribadi Dengan Menggunakan Nama UMNO Tanpa Berbincang Dengan Biro Politik , Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian Umno dalam sokongan kepada Anwar Ibrahim )
Jawapan:
Najib Razak menafikan dan SUA PKR Saifuddin Nasution juga mendakwa tidak mengetahui sokongan tersebut.
Sekiranya surat sokongan tersebut tulin, sudah tentu YD Agong akan memanggil mengadap Zahid dan Najib untuk pengesahan. Selepas Anwar Ibrahim mengadap YD Agong, tiada apapun yang berlaku dan Anwar masih ketua pembangkang dan Muhyiddin masih PM.
Tuduhan 11: KHIANAT SEMANGAT PERLEMBAGAAN & MAJLIS DEWAN TERTINGGI BARISAN NASIONAL ( MCA & MIC )
( Menggantikan jawatan SUA BN dengan melantik Ahmad Maslan)
Jawapan:
Melantik SUA BN adalah prerogatif Pengerusi BN. Seorang Setiausaha Agong adalah sebagai jurucakap Pengerusi dan Parti yang mana sepatutnya Pengerusi selesa untuk melaksanakan tugas.
Sudah menjadi tradisi bahawa SUA UMNO juga SUA BN. Melantik dan mengganti SUA sudah berlaku berpuluh puluh kali dalam sejarah UMNO BN tanpa menimbulkan sebarang masalah.
Tuduhan 12: KHIANAT MUAFAKAT NASIONAL
( Keputusan Peribadi Tidak Daftar MN Tanpa Merujuk Kepada Majlis Tertinggi UMNO )
Jawapan:
Annuar Musa mendakwa Zahid enggan mendaftar MN, Nik Amar pula mendakwa MN tidak boleh didaftarkan disebabkan telah ada pihak lain yang telah mendaftarkan perkara yang sama.
Sekiranya MN boleh didaftarkan sepatutnya SUA UMNO dan SUA PAS berusaha kearah itu.
Tuduhan 13: KHIANAT PAS (PAS juga dikhianati dan kerajaan PAS bersama PN dijatuhkan di negeri Perak).
Jawapan:
Kerajaan PN di Perak tidak diganti kerana kerajaan PN masih berkuasa. Yang ditukar hanya MB yang bermasalah.
Tindakan pimpinan UMNO seharusnya dipuji kerana dapat mengembalikan kepercayaan rakyat negeri Perak terhadap kerajaan Negeri.
ADUN PAS pun dapat jawatan exco dan tidak timbul sebarang perasaan tidak puas hati dari mereka. Yang peliknya ada pemimpin tertinggi UMNO yang masih terkilan walau krisis tersebut telah dapat ditangani dengan baik.
Tuduhan 14: KHIANAT PERJUANGAN UMNO
( Perjuangan UMNO ‘No Anwar No DAP’ juga sudah dikhianati beberapa kali).
Jawapan:
Kalaulah benar dakwaan tersebut, semasa krisis politik Perak adalah peluang terbaik untuk membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP, tapi Zahid masih utamakan permuafakatan bersama PAS dan Bersatu. Sanggup memohon maaf walaupun wakil mereka lambat hadir mengadap Sultan. Mengekalkan prinsip perjuangannya dlm tindakan.
Tuduhan15: KHIANAT KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI UMNO
Keputusan Majlis Tertinggi UMNO sudah banyak kali tiada kerjasama dengan Anwar dan DAP.
Jawapan:
Tuduhan yang tidak ada asasnya. Walaupun sudah dinafikan oleh Najib dan Lim Guan Eng tetapi tuduhan Annuar masih berkisar tentang perkara yang sama.
Tuduhan 16: KHIANAT PERJUANGAN MELAYU DENGAN SOKONG ANWAR & DAP.
(Annuar Musa mendedahkan terdapat sokongan hitam putih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai BN).
Jawapan:
Sekiranya benar dakwaan dakwaan tersebut, ianya hanya bersifat strategi politik. Politik dan peperangan mempunyai beberapa persamaan.
Untuk memenangi sesuatu peperangan, kita dibolehkan menggunakan muslihat tanpa mengabaikan prinsip asas perjuangan.
Masalahnya bila ada anggota pasukan yang mendedahkan rahsia taktik peperangan kepada pihak musuh.
Tuduhan 17: PERCUBAAN & PERUNDINGAN MEMBABITKAN DAP YANG DIISTILAHKAN PEMBENTUKAN JAJARAN BARU POLITIK
Annuar berkata, selain itu, wujud percubaan dan perundingan Zahid Hamidi membabitkan DAP yang diistilahkan Pembentukan Jajaran Baru Politik.
Jawapan:
Kerajaan hanya mempunyai majoriti tipis dan rapuh. Keadaan politik ini tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi negara. Sepatutnya kerajaan pimpinan Muhyiddin mencari jalan untuk menguatkan jumlah majoriti tersebut.
Muhyiddin boleh berunding dengan Mahathir dan Shafie Apdal untuk membuat jajaran politik baru demi kestabilan politik negara, tetapi hal ini tidak berlaku.
Sesuatu mestilah dilakukan sekiranya pembubaran parlimen dan pilihannya tidak boleh dilakukan dalam masa terdekat.
18.0 : KHIANAT RAKYAT MALAYSIA
Ketika rakyat sedang susah dan negara sedang berdepan dengan Covid -19. Front Liner kita juga risikokan nyawa mereka untuk berperang dengan virus ini. Zahid Hamidi bersama dengan Najib cuba berunding dengan DAP dan Anwar untuk gagalkan budget 2021. Percubaan ini juga sah tidak menghormati amanat Agong supaya budget tidak dipolitikkan.
Jawapan:
Belanjawan 2021 telahpun diluluskan dengan sokongan Zahid dan Najib. Sokongan itu dengan syarat kebajikan rakyat dipelihara iaitu pengeluaran wang KWSP sebanyak RM 10 ribu dan moratorium 6 bulan.
Pada rundingan pra kelulusan bajet, kerajaan bersetuju syarat tersebut namun memungkiri setelah mendapat sokongan kelulusan.
19.0 : KHIANAT KESELAMATAN , KESIHATAN , NYAWA RAKYAT & NEGARA MALAYSIA
Semasa negara sedang berhadpaan dengan angka lebih daripada 2000 Covid setiap hari dan dijangka akan mencecah 5000 sehari Zahid Hamidi pula membuat gerakan hendak membuat PR 15 pada masa ini. Adakah demi menyelamatkan diri daripada kes mahkamah lebih penting daripada kesejahteraan rakyat dan negara.
Jawapan:
Politik negara tidak stabil dan rapuh disebabkan oleh majoriti tipis yang diperolehi kerajaan sekarang.
Kerajaan yang tidak stabil menyebabkan ekonomi juga tidak stabil. Tiada langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi yang merundum, sebaliknya meneruskan dasar PH menjual aset negara dan menghentikan pembangunan.
Penangguhan HSR dengan denda yang dijangka hampir RM 800 juta amat merugikan. Disamping itu projek prasarana lain seperti Pan Borneo, CSR, LRT 2-3 dan MRT 2-3 begitu perlahan kemajuannya.
Sesuatu mestilah dilakukan untuk memulihkan ekonomi negara yang hampir nazak.
Tuduhan 20: BERKALI – KALI BONGKAK , ANGKUH DAN SOMBONG MEMBUAT KEPUTUSAN PERIBADI TANPA PERBINCANGAN DENGAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO , KOMPONEN PARTI LAIN DALAM BN , PAS DAN PELBAGAI PIHAK
Setiap tindakan peribadi yang bersifat ditaktor tanpa berunding , berbincang dan menghormati orang lain adalah satu sifat kepimpinan yang seharusnya ditolak oleh pelbagai pihak.
Jawapan:
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO paling kerap diadakan sejak Zahid menerajui kepimpinan parti.
Walaupun UMNO jadi pembangkang dan sebahagian kecil kerajaan PN, Ibu Pejabat UMNO sentiasa meriah dengan mesyuarat dan perjumpaan berbanding dahulu.
Zahid juga dilihat sentiasa mendengar pandangan akar umbi. Sebagai contohnya adalah usul dari Persidangan Bahagian baru baru ini.

Tuduhan 21: PUNCA PEPECAHAN UMNO
UMNO dibawah kepimpinan Zahid Hamidi tidak konsisten , sentiasa Flip-Flop dan tiada halu tuju. UMNO kini berpuak – puak dan memiliki pelbagai kelompok kerana Zahid sebagai Presiden yang seharusnya menjadi agen penyatuan pula menjadi agen pepecahan.
Jawapan:
Dalam sejarah UMNO sejak dari penubuhan telah mengalami beberapa siri perpecahan sehingga tertubuhnya parti parti serpihan. PAS, Semangat 46, PKR adalah parti yang ditubuhkan akibat perpecahan dalaman UMNO.
UMNO dibawah kepimpinan Zahid tidak menghadapi perpecahan yang teruk sebagaimana dahulu.
Tuduhan 22: PUNCA PEPECAHAN UMMAH , MELAYU & ISLAMIC
Kerjasama erat antara UMNO , PAS dan PPBM untuk menyatukan UMMAH , Melayu dan Islam pada mulanya sudah tercapai. Namun begitu , demi menyelamatkan diri Zahid berpolitik sehingga menyebabkan pepecahan yang kini begitu ketara.
Jawapan:
Terdapat laporan dari akar umbi UMNO bahawa terdapat percubaan agen PPBM untuk memancing ketua cawangan dan ahli-ahli UMNO menyertai parti itu. Mereka ditawarkan wang sehingga berjumlah RM 20 ribu. Hal ini sudah tentulah membimbangkan kerana perbuatan khianat rakan sekutu dalam gabungan.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana jika tiada tindakan, ianya akan melemahkan parti.
Tuduhan 23: KHIANAT PERIKATAN NASIONAL
(Zahid sendiri meminta supaya kuatkan Perikatan Nasional. Zahid sendiri keluar daripada Perikatan Nasional. Zahid sendiri kembali kepada Perikatan Nasional. Zahid sendiri pertimbang semula sokongan kepada Perikatan Nasional. Zahid sendiri meminta supaya gencatan politik terhadap Perikatan Nasional).
Jawapan:
Zahid bukan pemimpin diktator. Beliau sentiasa mendengar pandangan akar umbi UMNO. Oleh sebab itu Zahid disenangi oleh majoriti ahli UMNO, bukan seperti sesetengah pemimpin tertinggi UMNO yang sentiasa melawan arus.
Persidangan UMNO Bahagian yang berlangsung pada 1-3 Jan 2021 majoritinya membawa usul supaya UMNO memutuskan hubungan dengan PPBM. Selain itu akar umbi UMNO mahukan supaya PRU 15 diadakan dalam suku pertama tahun ini.
24.0 : UMUM GENCATAN POLITIK DEMI COVID 19 TETAPI KINI TIKAM DARI BELAKANG.
(Bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan).
Jawapan:
UMNO dibawah Zahid sentiasa memperjuangkan nasib rakyat. Walaupun tiada kuasa, beliau tetap memperjuangkan pengeluaran KWSP tanpa syarat dan moratorium 6 bulan yang gagal dipenuhi oleh kerajaan. Rakyat memang mengharapkan wang KWSP untuk menyelesaikan banyak masalah diwaktu yang mencabar ini.
Tuduhan 25: PEMBOHONGAN ISU TPM
Zahid sendiri yang kata tidak mahu jawatan TPM dan sebarang lantikan.
Jawapan:
Walaupun tidak mengharapkan jawatan TPM, sekurang-kurangnya pelawalah, kerana UMNO merupakan parti terbesar yang menyokong parti kecil untuk jawatan PM.
Sehingga sekarang tiada perlantikan TPM dari pemimpin UMNO. Perlantikan menteri dikalangan pemimpin UMNO pula tidak mengikut hierarki parti. Pemimpin UMNO pula tidak diberikan jawatan penting seperti Kewangan dan ekonomi.
26.0 : RESTU ANWAR JADI PM
(Zahid dakwa sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja).
Jawapan:
Perlantikan Muhyiddin sebagai PM adalah hanya sokongan ahli ahli parlimen UMNO tanpa parti membuat keputusan.
Tuduhan merestui Anwar menjadi PM adalah perkara yang kurang tepat. Sebetulnya Annuar Musa yang merestui Anwar Ibrahim sebagai PM. Jika dilihat dari posting Facebook Annuar Musa pada 12 Ogos 2018 sebaik Anwar memenangi PRK PD, Annuar Musa telah memuji Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang berkarisma. Jangan pandang remeh kelicikan Mahathir kerana dikhuatiri akan diperdaya sekali lagi.
27.0 : BN TUKAR 4 SETIAUSAHA DALAM 2 TAHUN SEMASA ZAHID JADI PRESIDEN UMNO
Jawapan:
Berapa banyak kali pun pertukaran SUA tidak jadi masalah kerana itu prerogatif Pengerusi/Presiden.
Pertukaran dan penggantian SUA sebelum ini tidak menjadi isu. Tiada sidang media selepas penggantian SUA kecuali Annuar Musa.
28.0 : KEGAGALAN UMNO MENJADI KETUA MENTERI SABAH DISEBABKAN ZAHID SENDIRI TIDAK MAHU MENAMAKAN CALON KM SABAH
ISU KETUA MENTERI UMNO DI SABAH
Zahid sendiri yang tidak mahu menamakan Ketua Menteri Sabah.
Jawapan:
Itulah yang dinamakan kuasa autonomi. Biarlah UMNO Sabah membuat keputusan tanpa gangguan. UMNO pusat hanya membantu dalam hal hal lain. Malang bagi UMNO Sabah kerana ada talibarut parti Bersatu yang terlibat dalam kempen tersebut.
29.0 : KEPIMPINAN YANG SENANTIASA FLIP-FLOP DAN TIDAK KONSISTEN.
Jawapan:
Politik adalah sesuatu yang anjal (flexible) dan bukanlah rigid. Ianya juga merupakan seni segala kemungkinan. Tiada musuh dan kawan yang kekal dalam berpolitik. Namun segala keputusan seharusnya tanpa meninggalkan prinsip dan tradisi parti. Disamping mengekalkan prinsip dan tradisi, UMNO semestinya menuju kearah yang lebih progresif.
30.0 : PERCUBAAN BERKALI – KALI MENGGUGAT KESTABILAN POLITIK & EKONOMI NEGARA
Jawapan:
Politik dan ekonomi negara memang tidak stabil. Ketika baru membentuk kerajaan PN, sokongan pertukaran Speaker hanya mendapat 113 undi. Ketika pembentangan bajet tambahan menangani covid, sokongan hanya 112 undi. Kelulusan bajet 2021 hanya mendapat 111 undi. Politik yang tidak stabil menghilangkan keyakinan pelaburan antarabangsa. Banyak pelabur telah memindahkan pejabat operasi mereka keluar dari Malaysia. Yang terbaru adalah Hyundai memindahkan Ibu Pejabat Asia Tenggara mereka ke Indonesia. Hal ini disebabkan oleh negara tersebut menyediakan prasarana yang lebih baik berbanding negara kita.
KESIMPULAN
UMNO sebuah parti yang mengamalkan kebebasan bersuara. Namun begitu tidak perlu untuk menyerang sesama sendiri. Raikan perbezaan pendapat dengan harmoni kerana parti punyai banyak saluran untuk menyatakan pendapat masing-masing.
Jangan perlekeh suara akar umbi UMNO kerana UMNO masih berpengaruh pun disebabkan akar umbi.
Pemimpin dan ahli-ahli UMNO diingatkan supaya bersatu dalam keadaan sukar seperti sekarang.
Pejuang Kebenaran
Kuala Lumpur
10/1/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/menjawab-tuduhan-30-dalil-zahid-hamidi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Umno Cabang Gesa Zahid Hamidi Berehat Daripada Memimpin Parti Itu Dan Kelompoknya

Ketua Pemuda Umno Cabang Gesa Zahid Hamidi Berehat Daripada Memimpin Parti Itu Dan Kelompoknya

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 293 hits
JOHOR BAHRU Konflik politik yang berlaku hari ini bukan disebabkan pertembungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi berpunca daripada kuasa dan kluster besar iaitu beberapa pemimpin lama dalam UMNO yang enggan berundur
Ketua Pemuda Umno Pontian Minta Zahid Berundur

Ketua Pemuda Umno Pontian Minta Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 255 hits
malaysiakini comDiterbitkan 15 Jan 2021 12 09 pm Dengan rasa hormat Ketua Pemuda Umno bahagian Pontian Mohd Helmi Buang menyarankan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berehat daripada memimpin parti ituMohd Helmi Buang berkata pendekatan pemi...
Annuar Musa Saran Zahid Hamidi Pimpin Umno Hingga Tamat Penggal

Annuar Musa Saran Zahid Hamidi Pimpin Umno Hingga Tamat Penggal

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 238 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO sehingga tempoh penggal berakhir pada 2021 Meskipun ada pandangan yang mahukan Ahmad Zahid berehat bekas Setiausaha Agung UMNO dan Barisan N...
Darurat Muhyiddin Yang Membuatkan Zahid Hamidi Dan Mahathir Kesal Tak Sudah Dibuatnya

Darurat Muhyiddin Yang Membuatkan Zahid Hamidi Dan Mahathir Kesal Tak Sudah Dibuatnya

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 249 hits
Sebagaimana disebut Nazri Aziz dalam sidang medianya ketika mengumumkan penarikan sokongannya kepada Muhyiddin Yassin bahawa darurat yang dikuatkuasakan ini adalah darurat politik sebenarnya majoriti rakyat juga percaya dengan hakikat terse...
Zahid Diminta Berundur

Zahid Diminta Berundur

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 328 hits
Berbalik kepada NASIHAT MAHATHIR minta Najib berundur sebelum PRU14 Masa ITU Mahathir MASIH ahli umno Sekarang kedengaran dari dalam umno terutama golongan pemuda minta Zahid berundur sebelum PRU15 Pandangan ITU ada asas pandangan ITU tidak...
Zahid Akan Dipuji Oleh Ahli Umno Jika Berundur Dan Memberi Ruang Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor

Zahid Akan Dipuji Oleh Ahli Umno Jika Berundur Dan Memberi Ruang Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 253 hits
Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang Ia juga dibuat ...
Desak Zahid Berundur Tak Ubah Seperti Pembangkang Jamal

Desak Zahid Berundur Tak Ubah Seperti Pembangkang Jamal

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 219 hits
Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian Mohd Helmi Buang mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Presiden UMNO tidak ubah seperti kenyataan daripada pembangkang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Dat...
Kenyataan Tan Sri Annuar Musa Apa Kesan Dari Serang Beliau Terhadap Zahid Hamidi

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa Apa Kesan Dari Serang Beliau Terhadap Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 239 hits
Hamdan Taha1 Kenyataan annuar musa hari ini membuktikan dengan jelas kerajaan PN telah hilang mejoriti MP apabila beliau menyebut zahid dan beberapa mp umno telah tanda tangan SD menyokong Anwar Ibrahim 2 Terbukti apa yang di nyatakan oleh ...
Fokus Asyraf Wajdi Beritahu Ahli Umno Di Sebalik Seruan Gesa Zahid Berundur

Fokus Asyraf Wajdi Beritahu Ahli Umno Di Sebalik Seruan Gesa Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 254 hits
PETALING JAYA Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki meminta ahli partinya supaya fokus kepada membela rakyat di sebalik seruan menggesa Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan presiden Di tengah tengah krisis pandemik dan keperitan rak...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025