Menjawab Kenyataan Ketua Penerangan Armada Bersatu Nasional Berkaitan Isu Dato Seri Anwar Dan Istana




Bagi menjawab kenyataan Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Nasional saudara Ashraf Mustaqim Badrul Munir, pertama saya ingin meminta beliau untuk memahami dahulu prosedur atau proses yang perlu dilakukan oleh seseorang yang telah mendapat majoriti sokongan Ahli-Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baru.
Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak mengheret institusi DiRaja kerana itu adalah proses yang beliau perlu lakukan bagi mempersembahkan bukti bahawa beliau telah mempunyai sokongan majoriti. Bahkan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong juga telah memperkenan untuk menerima Dato' Seri Anwar untuk mengadap baginda. Di sini jelas Dato' Seri Anwar mengikut prosedur yang sebenar.
Pihak yang mengheret institusi DiRaja adalah mereka yang tidak berpuas hati dengan Dato' Seri Anwar serta cuba menjadi jurucakap tidak rasmi kepada Istana walaupun pihak Istana telah memperkenan Dato' Seri Anwar untuk mengadap Baginda Yang Dipertuan Agong.
Kedua, punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dahulu adalah kerana Muhyiddin bersekongkol dengan beberapa pengkhianat untuk menubuhkan kerajaan baru tanpa KEADILAN, DAP dan AMANAH. Malah lebih memalukan mereka sanggup bersama UMNO yang telah ditolak rakyat pada Pilihanraya Umum ke-14 lalu. Dan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan juga bila Tun Mahathir tanpa berbincang dengan rakan komponen membuat keputusan sendiri meletakkan jawatan seterusnya memberi laluan kepada pengkhianat untuk merampas kuasa.
Mengapa Dato' Seri Anwar dipersalahkan terhadap tindakan Muhyiddin dan gerombolan pengkhianat menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan?
Ketiga, Dato' Seri Anwar tidak meminta pun untuk Parlimen dibubarkan namun hanya ingin proses yang tenang dalam peralihan kuasa.
Jika saudara Ashraf ingin mempergunakan Perkara 40(2) dan menyatakan kerajaan Perikatan Nasional diiktiraf bernaung dibawah Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, saudara Ashraf perlu ingat semula bagaimana kerajaan Perikatan Nasional terbentuk dahulu. Ia sama juga dengan proses yang ingin dilakukan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tidak ada istilah ingin menderhaka atau seumpamanya.


Dato' Seri Anwar juga tidak pernah mendesak pihak Istana dan beliau tenang menunggu jemputan dari pihak Istana. Yang rasa pihak istana didesak hanyalah pihak yang takut jika Dato' Seri Anwar berjaya mempersembahkan akuan bersumpah sokongan terhadap beliau.
Adakah ARMADA BERSATU cuba menjadi jurucakap kepada Istana? Adakah Istana memaklumkan kepada ARMADA BERSATU bahawa mereka didesak oleh Dato' Seri Anwar?
Jika saudara Ashraf bercakap soal demokrasi, adakah rakyat memilih kerajaan Perikatan Nasional pada Pilihanraya Umum ke-14 lalu? Adakah rakyat mengundi untuk UMNO dan sekutunya menjadi kerajaan semula?
Di sini saya ingin memberi nasihat kepada saudara saya di ARMADA BERSATU agar tidak mempergunakan institusi DiRaja mahupun nama DYMM Yang DiPertuan Agong.
Biarlah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja-Raja yang menilai. Majlis Raja-Raja bijak dalam menilai dan tidak memerlukan ARMADA BERSATU untuk membuat keputusan bagi pihak Istana.


Daulat Tuanku!


RAZEEF RAKIMIN
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Sabah


11 OKTOBER 2020


#MuhyiddinOut




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/menjawab-kenyataan-ketua-penerangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Bercanggah Dengan Istana Anwar Hentikanlah Sandiwara

Kenyataan Bercanggah Dengan Istana Anwar Hentikanlah Sandiwara

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 171 hits
SHAH ALAM Pemuda UMNO hari ini meminta Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim segera menghentikan sandiwara sebaliknya memberi fokus terhadap kesusahan rakyat Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata rakyat sekali lagi...
Bersatu Jika Mahu Menang Tajuddin Beritahu Umno Sebelum Anwar Ke Istana

Bersatu Jika Mahu Menang Tajuddin Beritahu Umno Sebelum Anwar Ke Istana

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 220 hits
Ketika Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim merancang bertemu Yang di Pertuan Agong pada Selasa seorang veteran Umno mnyeru partinya merapatkan barisan untuk berdepan pilihan raya umum Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata wala...
Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim

Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 474 hits
oleh Dr KamarulSudah bertebaran rata dakwaan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad bahawa Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi kononnya menjanjikan sokongan 30 Ahli Parlimen UMNO kepada Dato Seri Anwar Ibrahim Antara lainnya berita ini te...
Kuatkan Semangat Bersatu Lawan Wabak Covid 19 Anwar

Kuatkan Semangat Bersatu Lawan Wabak Covid 19 Anwar

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 253 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada rakyat supaya terus mematuhi prosedur operasi standard dan semua peraturan sedia ada dalam memerangi wabak COVID 19 Presiden KEADILAN itu berpandangan hanya dengan pematuhan berterusan dan menyeluruh ...
Menyokong Anwar Untuk Jatuhkan Muhyiddin Cara Terbaik Untuk Elak Umno Terus Dibuli Bersatu

Menyokong Anwar Untuk Jatuhkan Muhyiddin Cara Terbaik Untuk Elak Umno Terus Dibuli Bersatu

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 312 hits
Perkara paling pedih sehingga merobek ke hulu hati UMNO sekarang ini ialah apabila parti itu dibuli oleh Bersatu dalam PRN Sabah yang baru lalu Rasa pedih hati itu sebenarnya lebih perit daripada perasaan yang ditanggung ketika UMNO hilang ...
Bersatu No 2 To Anwar Stop Politicking For Now Can Continue After Covid 19 Is Gone

Bersatu No 2 To Anwar Stop Politicking For Now Can Continue After Covid 19 Is Gone

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 331 hits
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu speaking to press at the Weil Hotel in Ipoh October 9 2020 Picture by Farhan NajibkIPOH Oct 9 Parti Pribumi Bersatu Malaysia deputy president Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu told Datul Seri Anwar Ibrahim today to...
Umno Pas And Bersatu To Meet Over Anwar S Claim Of Formidable Parliamentary Support

Umno Pas And Bersatu To Meet Over Anwar S Claim Of Formidable Parliamentary Support

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 330 hits
Umno PAS and Bersatu will meet this week over Anwar s claim of having formidable support among lawmakers Pictue by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Sept 30 The three main Malay parties Umno PAS and Bersatu will meet this week to discuss PKR presid...
Dari Kaca Mata Suara Merdeka Di Pintu 2 Istana Negara Nasional

Dari Kaca Mata Suara Merdeka Di Pintu 2 Istana Negara Nasional

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 216 hits
SUARA MERDEKA KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Istana Negara bagi menghadap Yang di Pertuan Agong pagi tadi Wartawan Suara Merdeka MOHAMAD ATHIR ISMAIL tiba di pekarangan pintu masuk utama Istana Negara kira kira pukul 9 ...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Resepi Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Lazat

Filipino Casino Game Favorites Explained From Roulette Spins To Poker Wins

Rm140 000 Lesap Ditipu Bomoh Halau Hantu

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Stacy Buat Konsert Solo Netizen Seloroh Jemput Bella Astillah Sebagai Artis Pembukaan