Dari Kaca Mata Suara Merdeka Di Pintu 2 Istana Negara Nasional


 SUARA MERDEKA

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, pagi tadi.
Wartawan Suara Merdeka, MOHAMAD ATHIR ISMAIL tiba di pekarangan pintu masuk utama Istana Negara kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.
Ketika dalam perjalanan ke Istana Negara, wartawan menghubungi Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil bagi mengulas pertemuan Presidennya dengan Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, menjawab kepada soalan tersebut, beliau memaklumkan tidak mempunyai maklumat mengenai pertemuan tersebut.
Malah, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga memberitahu tidak mempunyai maklumat mengenai pimpinan PKR yang bersama Anwar untuk pergi ke Istana Negara.
Setibanya di Istana Negara, keadaan di sana tenang tidak ramai pengunjung yang sudahpun menjangkakan Anwar tidak akan melalui pintu tersebut.
Kemudian, terdapat beberapa jurugambar yang bersedia di sana bersama beberapa anggota polis yang bertugas di hadapan pintu masuk utama Istana Negara.
Pemberita Suara Merdeka kemudian pergi ke Pintu 2, Istana Negara di Bukit Damansara bagi melihat situasi sebenar.
Untuk makluman, Pintu 2 adalah laluan digunakan kebanyakan pegawai kerajaan atau individu yang ingin menghadap As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Berbanding Pintu Utama Istana Negara yang digunakan oleh orang kenamaan seperti Perdana Menteri, pemimpin negara lain bagi tujuan rasmi.
Pemberita Suara Merdeka tiba di Pintu 2 kira-kira pukul 9.30 pagi.
Pada waktu itu, lebih 100 orang wartawan akhbar dalam dan luar negara sudahpun berkumpul di sana sejak pukul 8.00 pagi bagi menanti ketibaan Ahli Parlimen Port Dickson.
Di samping itu juga kelihatan beberapa petugas keselamatan melibatkan pegawai dan anggota polis di hadapan Pintu 2, Istana Negara, dianggarkan lebih 50 orang.
Mereka meletakkan kon bagi menghadkan ruang para petugas media yang berada di sana bagi memudahkan kawalan keselamatan di pintuk tersebut.
Pihak petugas keselamatan itu kemudian memberi peringatan kepada petugas media supaya menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sepanjang berada di sana.
Kemudian kira-kira pukul 10 pagi, Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kolonel, Nazim Mohd Alim menyerahkan sumbangan sarapan oleh baginda kepada para petugas media.
Baginda menghargai petugas media yang membuat liputan perkembangan isu semasa dalam negara di hadapan pintu istana.
Kemudian tiba rombongan bersama dua buah kereta iaitu jenis kenderaan utiliti sukan, Volkswagen dan Jaguar berwarna hitam (di hadapan).
Kereta Jaguar itu dilaporkan dinaiki Anwar bersama pegawai dan pemandunya masuk ke Istana Negara.
Namun, agak pelik apabila Anwar tidak membuka tingkap bagi melambai kepada petugas media seperti yang lazim dilakukannya setiap kali bertemu mereka.
Kemudian, kira-kira sejam kemudian iaitu hampir pukul 11.30 pagi, beliau melalui Pintu 2, keluar meninggalkan Istana Negara.
Beliau kemudian membuka tingkap kereta yang berwarna gelap itu memperlihatkan dirinya sambil tersenyum dan mengangkat tangan kepada petugas media.
Berlari petugas media cuba mengejar Anwar bagi mendapatkan reaksi terhadap pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.

Namun, tiada sepatah kata diucapkan, hanya senyuman diberi sambil melambai kepada wartawan dan jurugambar yang berteriak “Datuk Seri komen sikit. Datuk Seri bagaimana perkembangan?”.
Kemudian, kenderaan Jaguar dan Volkswagen itu berlalu pergi sambil diiringi beberapa kenderaan pengiring termasuk motosikal peronda polis.
Masih tidak dapat dipastikan adalah beliau berjaya membuktikan majoriti yang didakwa dimilikinya kepada Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan hampir sejam itu.
Pihak berkuasa yang bertugas kemudian meminta petugas media bersurai dan meninggalkan Pintu 2, Istana Negara.
Kemudian pada pukul 12 tengah hari, wartawan Suara Merdeka dimaklumkan terdapat satu sidang akhbar pada pukul 2 petang nanti di Tingkat 6, Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.
Sidang akhbar tersebut dimaklumkan oleh Fahmi Fadzil.
Lagi laporan berkenaan perkembangan pertemuan Anwar bersama Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan.
Laporan video secara langsung boleh didapati dalam Facebook Suara Merdeka. – SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/dari-kaca-mata-suara-merdeka-di-pintu-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Mata Tertumpu Pada Anwar Istana Negara Hari Ini

Semua Mata Tertumpu Pada Anwar Istana Negara Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 349 hits
Hari ini semua perhatian tertumpu ke arah presiden PKR Anwar Ibrahim yang dijadualkan menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika spekulasi perubahan kerajaan sekali lagi kian mengencang Menjawab persoalan me...
Ketua Ketua Parti Politik Dipanggil Ke Istana Negara Untuk Mengadap

Ketua Ketua Parti Politik Dipanggil Ke Istana Negara Untuk Mengadap

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 295 hits
Selepas Anwar dan Tengku Razaleigh dipanggil mengadap sumber memaklumkan bahawa ketua ketua parti termasuk Bersatu Umno Pas DAP AMANAH dan juga Warisan juga telah dipanggil dan dijadualkan mengadap YDPA Perdana Menteri yang juga Presiden Be...
Anwar Keluar Tinggalkan Istana Negara 11 30 Pagi

Anwar Keluar Tinggalkan Istana Negara 11 30 Pagi

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 320 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim meninggalkan kawasan Istana Negara kira kira jam 11 30 pagi dan sempat melambai ke arah media yang menunggu di pintu masuk Bagaimanapun dia tidak memberikan sebarang kenyataan Terdahulu ahli parlimen Port Dickson ...
Anwar Kemuka Jumlah Sokongan Ahli Parlimen Tanpa Nama Istana Negara

Anwar Kemuka Jumlah Sokongan Ahli Parlimen Tanpa Nama Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan...
Anwar Leaves Istana Negara To Hold Presser At 2pm

Anwar Leaves Istana Negara To Hold Presser At 2pm

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 233 hits
All eyes were on PKR president Anwar Ibrahim s audience with the Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah today as speculation mounts over another change of government At 9 30am this morning around 50 media personnel were see...
Anwar Tinggalkan Istana Negara

Anwar Tinggalkan Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 283 hits
malaysiakini comDikemaskini Hari ini 11 46 amPresiden PKR Anwar Ibrahim meninggalkan kawasan Istana Negara kira kira jam 11 30 pagi dan sempat melambai ke arah media yang menunggu di pintu masuk Bagaimanapun dia tidak memberikan sebarang ke...
Anwar Meninggalkan Istana Negara Selepas 20 Minit Pertemuan Dengan Agong Video

Anwar Meninggalkan Istana Negara Selepas 20 Minit Pertemuan Dengan Agong Video

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 362 hits
Dato Seri Anwar Ibrahim baru sahaja meninggalkan Istana Negara sebentar tadi pada jam 11 30 pagi ini setelah mengadakan pertemuan bersama YDPA berhubung dengan peralihan kerajaan Anwar sebelum ini mendakwa bahawa telah mempunyai majoriti ya...
Anwar Will Leave Istana Negara Disappointed Says Pbb S Karim

Anwar Will Leave Istana Negara Disappointed Says Pbb S Karim

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 370 hits
A Gabungan Parti Sarawak leader believes opposition leader Anwar Ibrahim will leave Istana Negara disappointed tomorrow Abdul Karim Rahman Hamzah vice president of PBB said the country has a good government and everyone should allow Prime M...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair

How Does Private Equity Actually Work

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Juadah Hari Raya Sa

Kakitangan Jai Pahang Membuat Fitnah Harap Ambil Tindakan