Menjaga Cintamu Nyanyian Siti Nurhaliza Dijadikan Ost Filem Anwar


Oleh Anna Mohamed -April 4, 2023IMPIAN penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto tercapai menerusi single Menjaga Cintamu yang juga lagu runut bunyi (OST) filem Anwar, The Untold Story.
Filem Anwar, The Untold Story adalah sentuhan pengarah dari Indonesia, Viva Westi dan terbitan Bianglala Entertainment. Lagu berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.
Menurut Siti, dia juga sudah lama mahu bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat dari seberang itu.
“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi dan peluang yang diberikan ini sangat bermakna.
“Saya berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau Zunar dan pengarah dari Indonesia, Viva Westi kerana memberikan kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu Menjaga Cintamu.
“Saya adalah penyanyi dan tugasan saya untuk menyanyi. Pada masa sama, saya juga mempunyai ramai peminat di Indonesia.
“Saya jarang menolak untuk menyampaikan lagu-lagu OST sebelum ini. Apabila pihak penerbit filem ini datang bertemu dengan pengurusan saya, mereka menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ini.
“Saya juga mendapat penerangan mengenai filem Anwar, The Untold Story. Proses perbincangan juga berjalan dengan lancar,” katanya kepada URTV.
SITI Nurhaliza bersama pengarah dan produser untuk OST filem Anwar The Untold StoryMengenai lagu Menjaga Cintamu, kata Siti, walaupun dia menyanyikan lagu OST filem Anwar tetapi lagu itu menggambarkan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan secara amnya untuk wanita yang setia dalam mencintai pasangan mereka.
“Saya terima tawaran untuk menyanyikan lagu Menjaga Cintamu kerana yakin dengan kekuatan lagu ini serta tertarik dengan mesej kesetiaan wanita itu.
“Saya juga memahami lagu dan lirik Menjaga Cintamu ini menceritakan mengenai kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita. Kebetulan juga saya memang dalam fasa menerbitkan album terbaharu,” ulasnya.
Berkongsi pengalaman di studio, kata Siti, proses rakaman berlangsung selama sejam dan Andi sendiri yang menjaga vokal dan menerbitkannya.
“Ia satu pengalaman baru dan saya akui gementar kerana pertama kali bekerja dengan Andi dan menyampaikan lagu ciptaan komposer hebat sepertinya.
“Saya juga berdepan dengan cabaran untuk menyampaikan lagu Menjaga Cintamu di studio kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan jangka panjang virus COVID-19. Saya sudah berusaha sebaiknya untuk menyampaikan lagu itu dengan baik.
“Proses rakaman di buat di Malaysia iaitu di Cranky Music, milik komposer Aubrey Suwito,” katanya.
Ditanya perbezaan bekerjasama dengan komposer Indonesia seperti Andi, kata Siti, setiap kali masuk studio, ia adalah pengalaman dan guru berharga baginya.
“Saya bersyukur kerana sering menyanyikan lagu-lagu dari komposer Indonesia dan sedikit sebanyak, saya sudah memahami cara mereka bekerja. Apabila menyampaikan lagu, mereka memberi tunjuk ajar dan pastinya mahu yang terbaik daripada penyanyi, begitu juga dengan Andi.
“Saya juga merakamkan lagu ini selama sejam dan Andi juga terkejut kerana biasanya proses rakaman membabitkan selama dua jam atau lebih. Namun, lagu Menjaga Cintamu memang senang masuk ke dalam hati dan dapat saya nyanyikan dalam tempoh tidak begitu lama,” katanya.
Filem Anwar, The Untold Story yang mengangkat kisah ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjengah pawagam seluruh tanah air pada Mei nanti.
Filem yang membabitkan kos sebanyak RM10 juta ini menampilkan barisan pelakon terkenal dari Malaysia dan Indonesia seperti Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Piet Pagau dan Dewi Irawan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/menjaga-cintamu-nyanyian-siti-nurhaliza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Di Ujung Hari Ungu Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Di Ujung Hari Ungu Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 472 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDato Sri Siti Nurhaliza dan kumpulan Ungu berkolaborasi buat julung kalinya dengan sebuah lagu berjudul Di Ujung Hari Lagu ini baru sahaja dilancarkan pada 24 Mac 2023 di semua aplikasi penstriman LIRIK LA...
Ungu Feat Sri Siti Nurhaliza Di Ujung Hari Chord

Ungu Feat Sri Siti Nurhaliza Di Ujung Hari Chord

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 472 hits
C m A B BC m A B B EBuka hati dan mata C mTuhan mencoba kita A Dengan terlahir berbeda Bnamun hidup bersama ETak sadarkah kita dibawah C mlangit yang sama AMeraba tak berdaya Bharusnya saling menjagaC m A B Meskipun badai melandaC m A B Kit...
Anwar Shouldn T Have Gone To Saudi Arabia Without Firm Appointment Kj

Anwar Shouldn T Have Gone To Saudi Arabia Without Firm Appointment Kj

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 253 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim should not have gone to Saudi Arabia without securing a firm appointment for an audience with its King Salman Abdulaziz Al Saud and Crown Prince Mohammed Salman Al Saud said former health minister Khairy Jamalud...
Yoursay Should Anwar Take Up Dr M S Dare

Yoursay Should Anwar Take Up Dr M S Dare

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 267 hits
YOURSAY Surely government has enough evidence to expose Mahathir s transgressions apanama is back Anwar this is the right opportunity given by Mahathir to you to nail him his family and his three sons While all of us knew about the accumula...
Anwar S Wasted Saudi Arabian Trip

Anwar S Wasted Saudi Arabian Trip

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 972 hits
Barely four months in power Prime Minister Anwar Ibrahim has made whirlwind tours to eight countries Indonesia Brunei Singapore Thailand Philippines Turkey Saudi Arabia and Cambodia and is planning one to China The visits overseas could be ...
Anwar Ibrahim 100 Hari Buletin Fm Eksklusif

Anwar Ibrahim 100 Hari Buletin Fm Eksklusif

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 282 hits
Tempoh 100 hari adalah detik pemerhatian yang lazim ditetapkan orang Kini genap 100 hari pemerintahan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 Oleh itu kami bawakan ada Dokumentari Khas Anwar Ibrahim 100 Hari eksk...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku