Menjadi Ikhwan Yang Dicintai Rasullullah Saw


Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku ( ikhwanku ),” berkata Nabi saw. “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,” jawab Nabi saw. “Kamu adalah sahabat-sahabatku”.


Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan; “Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”. Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, “Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan( saudara) engkau?”. “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!” sekali lagi Nabi menjelaskan.

“Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui ikhwanku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?” Persoalan ikhwan menjadi teka-teki kepada para sahabat. Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak berjumpa dengan baginda namun tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca al-Quran dan al-Hadis serta mencintai Nabi-Nya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam.
Alhamdulillah yang dimaksudkan oleh Nabi sebagai ikhwan itu ialah umat terkemudian termasuk diri kita. Jika kita mengikut ajaran Nabi serta mencintai baginda, Nabi saw. amat menyanjungi serta merindui kita kerana menurut baginda meskipun kita tidak berpeluang berjumpa dengannya, namun kita tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Golongan ikhwan ini pernah Nabi katakan sebagai makhluk yang paling ajaib imannya kerana beriman tanpa bertemu dengan Nabi sendiri. “Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah 70 kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku, meskipun tidak pernah berjumpa dengan aku!” jelas Nabi lagi. 
Pernahkah kita fikirkan betapa besarnya keuntungan kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW? Sebenarnya kelebihan umat Nabi Muhammad SAW ini telah diketahui oleh Nabi Musa AS sewaktu munajatnya dengan Allah SWT seperti kisah berikut:
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dan Muqatil bin Sulaiman berkata:
Nabi Musa a. s bermunajat: Ya Rabbi, aku mendapatkan dalam alwaah, ada suatu umat yang dapat memberi syafaat dan akan diterima syafaat mereka. Jadikanlah mereka umatku. Jawab Allah S. W. T: Mereka umat Muhammad S. A.W
Ya Rabbi, aku dapatkan juga umat yang tebusan dosa mereka cukup dengan sembahyang lima waktu, jadikanlah mereka umatku. Jawab Allah S. W. T: Mereka umat Muhammad S. A.W
Ya Rabbi, aku dapatkan juga ada umat yang akan membasmi kesesaatan sehingga mereka akan membunuh Dajjal yang bermata sebelah. Jadikan mereka umatku. Jawab Allah S. W. T: Mereka umat Muhammad S. A.W
Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang kesucian mereka dengan air dan tanah, jadikanlah mereka umatku. Jawab Allah S. W. T: Mereka umat Muhammad S. A.W
Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang boleh menerima sedekah (zakat) dan memakannya, padahal umat-umat yang dahulu harus dibakar dengan api. Jadikan mereka umatku. Jawab Allah S. W. T: Mereka umat Muhammad S. A.W
Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang bila seorang niat akan membuat kebaikan dan tidak jadi berbuat dicatat satu hasanah (kebaikan), lalu bila dikerjakan ditulis sepuluh hasanah, dan dapat dilipat gandakan hingga tujuh ratus lebih, dan bila niat kejahatan tidak ditulis, dan jika dikerjakan kejahatan itu ditulis hanya satu. Jadikan mereka umatku. Jawab Allah S. W. T: Mereka umat Muhammad S. A.W
Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang tujuh puluh ribu orang dari mereka akan masuk syurga tanpa hisab, jadikan mereka umatku. Jawab Allah S. W. T: Mereka umat Muhammad S. A.W
Ya Rabbi, aku juga mengetahui akan suatu umat yang merupakan sebaik-baik umat kerana mereka melakukan amar makruf dan nahi munkar, jadikanlah mereka umatku. Jawab Allah S. W. T: Mereka umat Muhammad S. A.W
Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang terakhir masanya, tetapi terdahulu di hari kiamat, jadikan mereka umatku. Jawab Allah S. W. T: Mereka umat Muhammad S. A.W
Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang kitab Allah itu di dalam dada mereka (hafaz) tetapi mereka membacanya sambil melihat, jadikan mereka umatku. Jawab Allah S. W. T: Mereka umat Muhammad S. A.W
Sehingga Nabi Musa as ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Lalu Allah menurunkan wahyu kepadanya: Ya Musa, Aku telah memilih engkau dan semua manusia untuk menerima risalah-Ku dan firman-Ku maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu, dan jadilah dari golongan orang- orang yang bersyukur.
(Dan dari kaum Musa ada orang-orang yang memimpin umat ke jalan yang hak, dan dengan hak itu mereka berlaku adil). Maka Nabi Musa as. berpuas hati dengan jawapan Allah SWT ini serta redha.
KETERANGAN: Saudaraku sekalian, di sini kita dapat lihat betapa istimewanya umat Nabi Muhammad SAW ini sehinggakan seorang Nabi yang tinggi darjatnya ingin jadi seperti kita. Namun adakah kita pernah bersyukur dengan keistimewaan ini? Pernahkah kita mengucapkan ucapan syukur kepada-Nya kerana menjadikan kita umat Nabi Muhammad S. A.W ? Maka jika kita tidak pernah mengucapkannya, marilah sama-sama kita mengucapkan "Alhamdulillah Ya Rahman Ya Rahim". Kita juga perlu bersyukur kerana menjadi umat Nabi Muhammad SAW dengan mengikuti sunnah-sunnahnya.
Semoga kita termasuk dalam golongan Ikhwan yang dirindui oleh Rasullullah SAW...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lautan-biru.blogspot.com/2020/06/menjadi-ikhwan-yang-dicintai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalimah Yang Dicintai Menjadi Amalan

Kalimah Yang Dicintai Menjadi Amalan

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 389 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Kalimah yang dicintai menjadi amalan Kalimah ini ringan pada ucapan kita tetapi berta pada timbangan amalan Namun sering kali kita alpa Semoga kalimah ini sentiasa menjadi amalan seharian semoga mendapa...
5 Cara Untuk Menjadi Law Firm Indonesia Ternama

5 Cara Untuk Menjadi Law Firm Indonesia Ternama

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 456 hits
Menjadi Law Firm Indonesia yang memiliki reputasi baik dan ternama tidaklah mudah Ada banyak sekali persaingan dan dinamika perubahan yang harus dihadapi Law Firm sendiri cukup pesat berkembang di kota besar terutama Corporate Law Firm Jaka...
Pkp Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Pkp Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 627 hits
PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan Nak simpan kat blog kenangan yang takkan di lupakan Untuk aku baca di tahun hadapan jika masih dipanjangkan umur FASA 1 18 MAC 31 MAC 2020 FASA 2 01 APR 14 APR 2020 FASA 3 15 APR ...
First Time Buat Ketam Mentega Telur Masin Menjadi Senang Rupanya

First Time Buat Ketam Mentega Telur Masin Menjadi Senang Rupanya

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 537 hits
First Time Buat Ketam Mentega Telur Masin Menjadi Senang Rupanya Resepi Ketam Mentega Telur Masin Yang Senang Mudah Sedap Hai Ada cuti lama sikit hari tu kan sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Ag...
6 Etnik Yang Menjadi Mangsa Rasis Dan Sejarah Perkauman Di Amerika Syarikat

6 Etnik Yang Menjadi Mangsa Rasis Dan Sejarah Perkauman Di Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 509 hits
Rasisme adalah sejenis kepercayaan bahawa sebuah bangsa warna kulit atau satu kelompok secara umumnya sama ada dari segi agama nasionalisme atau etnik dianggap lebih tinggi dan dominan berbanding yang lain Namun rasisme terdapat pelbagai je...
Jika Ph Kembali Berkuasa Anwar Atau Mahathir Sepatutnya Menjadi Pm

Jika Ph Kembali Berkuasa Anwar Atau Mahathir Sepatutnya Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 281 hits
Perlunya PH kembali menjadi kerajaan dalam waktu yang terdekat ini asas paling pentingnya ialah untuk mengembalikan semula mandat yang telah diberikan rakyat Oleh kerana yang menang pada PRU14 lalu adalah PH melalui penggunaan simbol PKR te...
Kenapa Mereka Tinggalkan Pkr Ketika Dsai Menjadi Presiden

Kenapa Mereka Tinggalkan Pkr Ketika Dsai Menjadi Presiden

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 353 hits
IZLIN IDRISRamai orang tanya mengapa bila DSAI jadi Presiden ada beberapa pemimpin parti yg tinggalkan KEADILAN kalau korang nak tahu semasa Wan Azizah jadi Presiden geng Azmin kartel ni tidak hormatkan Kak Wan sebagai Presiden Malah sewakt...
Psywar Mahathir Tak Menjadi Ingat Muhyiddin Macam Dirinya Ke

Psywar Mahathir Tak Menjadi Ingat Muhyiddin Macam Dirinya Ke

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 411 hits
Ada ENAM Ahli Parlimen UMNO yang ada kes di Mahkamah Dari kes tuduhan songlap hingga ke kes di bawah AMLA Mahadet dakwa mereka semua akan didapati TIDAK bersalah oleh Mahkamah kerana Muhyiddin Yassin perlukan mereka kekal sebagai Ahli Parli...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation