Kenapa Mereka Tinggalkan Pkr Ketika Dsai Menjadi Presiden
IZLIN IDRIS
Ramai orang tanya mengapa bila DSAI jadi Presiden ada beberapa pemimpin parti yg tinggalkan KEADILAN..?
kalau korang nak tahu semasa Wan Azizah jadi Presiden, geng² Azmin kartel ni tidak hormatkan Kak Wan sebagai Presiden..
Malah sewaktu DSAI di dalam penjara, pernah mereka buat petisyen supaya Kak Wan meletakkan jawatan Presiden parti..
Suami di dalam penjara, isteri di luar didesak dan dihentam sebebasnya oleh geng Kartel dengan rasa penuh berkuasa tanpa rasa hormat.
Cerita dalam KEADILAN ni tak ramai yg tahu kerana Kak Wan mengambil sikap diam dan merahsiakan..
Pasal tu lah kalau korang perasan Kak Wan kalau buat ceramah kelompok, beliau seringkali menceritakan zaman 98 sehingga menitiskan air mata...
Orang ramai hanya tahu komplen "sudah² lah Kak wan cerita bab mata lebam tu" , tapi ramai yg tak tahu itulah salah satu cara beliau dalam mengingatkan pemimpin² parti agar tidak lupa bahawa parti KEADILAN ini diasaskan dengan darah dan air mata ramai pihak..
Jangan pula bila ada jawatan dan habuan, rakus dan lupa diri dan lupakan rakyat bawahan yg dahagakan perubahan..
Tetapi Kartel ni..
Cakaplah macam mana pun, mereka tetap kejar habuan mereka, kerana mereka memang diajar sebegitu oleh Ketua kartel mereka..
Jadi bila DSAI ambil alih jawatan presiden, mereka semua sudah tidak selesa lagi untuk berada di dalam KEADILAN, kalau kalian masih ingat, sejak KEADILAN jadi parti kerajaan di dalam PH, beberapa kali DSAI tegur bahawa adanya di kalangan pemimpin KEADILAN sudah mula lupa diri , bangga menonjolkan kekayaan dan lupakan perjuangan asal yg mereka dokong selama ini..
Sikap tegas DSAI memberi teguran terhadap kelompok pemimpin yang sudah mula berani menompok² kekayaan diri sendiri dan mempertontonkan di hadapan khalayak inilah membuatkan mereka rasa panas dan tidak selesa berada di bawah pentadbiran DSAI..
Jadi apa kita nak hairan apabila mereka yg mengejar kekayaan diri, habuan dan jawatan demi peribadi mereka,keluar dari parti KEADILAN?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/06/kenapa-mereka-tinggalkan-pkr-ketika.html