Menjadi Artis Bukan Untuk Dikecam




PENYANYI Elyana pernah mengejutkan khalayak apabila membuat pengumumkan menghidap kanser limfoma tahap empat saat tersingkir pada minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim keempat (GV4). 
Kisahnya gempar sementelah pada waktu tersebut tiada siapa pernah menyangka pemilik nama lengkap Erneelya Elyana Emrizal sedang bertarung dengan penyakit kronik sejak 2011.
Dengan izin Tuhan dan usaha rawatan tanpa henti, keadaan Elyana semakin pulih sehingga dia kini disahkan bebas kanser. 
“Alhamdulillah dua tahun lepas doktor mengesahkan kanser saya sudah tiada, tetapi sesi rawatan kemoterapi perlu dilakukan untuk mencegah daripada penyakit itu menyerang semula. 
“Masih ada 12 kali rawatan dan sekarang doktor minta saya untuk selesaikan empat dahulu. 
“Kemudian doktor akan buat pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sama ada hendak diteruskan kemoterapi lagi atau tidak,” kata Elyana yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor. 
Semestinya gembira dengan perkembangan kesihatan yang semakin membaik, namun tidak dinafikan  sesekali rasa ‘sakit’ itu muncul semula.
“Saya tidak pasti sama ada hendak cakap okey atau tidak sebab apabila kita sudah mendapat penyakit kanser ini, payah untuk digambarkan. 
“Kadangkala saya akan baik, ada waktunya juga tidak. Hendak cakap sepanjang masa baik juga pun tidak. Tetapi, buat masa ini saya sudah boleh berdamai dengan keadaan sekiranya diserang penyakit. 
“Sekarang alhamdulillah saya sudah pandai sedikit untuk menguruskan diri dan juga sudah tahu apa yang hendak dilakukan jika berasa sakit,” katanya senyum lebar. 
KECAMAN dan kutukan di alam maya membuatkan Elyana tidak lagi banyak habiskan masa layari laman media sosial. Bungkam 
Saat rawatan berterusan dan menyesuaikan diri dengan emosi dan fizikal dengan menjalani rawatan kemoterapi, Elyana mengakui, kerjaya seninya tetap berjalan seperti biasa. 
Malah dia turut berhasrat untuk meneruskan perancangan menerbitkan lagu bertajuk Bungkam yang sudah sekian lama terperam. 
Katanya, lagu ciptaan Manusia Putih itu turut mendapat sentuhannya sendiri.
“Ini bukan lagu baharu kerana saya sudah rekod sejak empat tahun lepas. Beberapa kekangan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, kemudian saya menjalani kemoterapi. 
“Jadi lagu itu terpaksa disimpan sehinggalah saya menemui masa yang sesuai untuk dilancarkan. Sejujurnya lagu ini dibuat sewaktu saya tengah sakit teruk. Waktu itu berat badan mencecah 35 kilogram. 
“Disebabkan itu lagu ini sangat istimewa untuk saya kerana semua perasaan sudah dicurahkan. Jadi saya tidak mahu mensia-siakan usaha dan perasaan itu,” kata penyanyi berusia 37 tahun itu. 
Terus bercerita tentang lagu, Elyana tidak menafikan kompas aliran muzik masa kini yang kebanyakan terarah kepada cita rasa TikTok sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada anak seni. 
Bukan bermaksud menolak trend semasa, namun Elyana mempunyai pandangan tersendiri selain berusaha menghasilkan karya yang bersesuai dengan halwa telinga semua lapisan usia. 
“Mungkin dahulu saya ada rasa sombong sedikit kerana mengapa saya perlu mengikut rentak begitu (lagu yang tular dalam TikTok), sebab kerjaya saya jauh lebih lama daripada aplikasi itu. 
“Tetapi lama kelamaan, kita perlu menurunkan ego dan mengikut arus. Saya ingin mencuba sesuatu yang baharu, namun masih mengekalkan identiti sendiri.
“Usaha keras itu penting kerana saya perlu menghasilkan sesuatu yang lebih menarik atau dapat menjadi trend dalam TikTok,” ujarnya. 
PENDEKATAN menjarakkan diri daripada media sosial turut membantu Elyana menjaga kesihatan mentalnya agar tidak tertekan dengan komen netizen. Media sosial 
Selain menjadikan platform digital itu sebagai ‘buku rujukan’ muzik, tidak dinafikan TikTok turut menjadi antara pengikat yang mendekatkan jarak antara peminat dengan artis kegemaran mereka. 
Namun, perkara itu tidak menarik perhatian Elyana kerana tumpuannya lebih terarah kepada Instagram selain menyifatkan dunia digital itu sebagai ‘medan perang’ yang penuh dengan ‘peluru’ kecaman. 
“Saya tidak aktif dalam media sosial sebab rasa hidup ini sudah cukup memberatkan. Tidak terkejar rasanya hendak mengikut rentak masa kini. 
“Sebelum TikTok popular lagi, saya sudah kerap membuat membuat siaran langsung siang dan malam seperti yang kebanyakan artis buat sekarang. Lagi pun saya sudah advance (ke hadapan), jadi mahu yang bagaimana lagi? 
“Lagi pun saya sendiri tidak berminat untuk membuat kandungan menari atau sebagainya kerana zaman sekarang ini terlalu mudah untuk menghakimi seseorang di media sosial. 
“Mereka lebih suka memberi kecaman dan saya tidak boleh tahan dengan perkara itu,” ujarnya. 
Dia juga mengambil pendekatan untuk tidak terlalu fokus terhadap  media sosial kerana kecaman kata-kata netizen diibaratkan belati tajam menikam emosi. 
“Apa yang saya tengok sekarang media sosial ini suka menjadi tempat untuk menilai dan ‘menjatuhkan hukuman’. Jadi saya tidak boleh duduk dalam kelompok itu, lebih baik saya jangan terlibat. 
“Perkara ini tidak baik juga dengan kesihatan kerana saya akan overthinking (terlalu berfikir) tentang pandangan khalayak sehingga mengganggu fikiran. 
“Saya akan fikir adakah benar apa yang dikatakan netizen. 
“Berbeza dengan zaman sebelum digital di mana gosip tidak disampaikan secara berleluasa dan identiti individu itu turut dirahsiakan. Berbeza sekarang yang bukan sahaja cerita, tetapi gambar dan video turut berleluasa tersebar,” katanya. 
Atas sebab itulah, Elyana memilih untuk meneruskan kerjaya seni secara bersederhana. 
Baginya industri hiburan hanyalah tempat untuk dia mencari rezeki. 
“Budaya kecaman dalam media sosial ini sudah dianggap seperti perkara biasa sehingga ada mengatakan jika ingin menjadi artis, kecaman dan kutukan itu lumrah dunia hiburan. 
“Tetapi apakah mereka lupa bahawa artis juga manusia biasa yang mempunyai harga diri dan perasaan. Menjadi artis bukan untuk dikecam dan budaya seperti itu bukan satu yang boleh dinormalisasi. 
“Mengapa tidak menjadikan kata-kata positif dan saling menghormati dalam media sosial sebagai amalan,” pinta Elyana mengakhiri bicara.
ELYANA mengharapkan single Bungkam yang sudah empat tahun dihasilkan dapat dilancarkan dalam tempoh masa terdekat. – SADDAM YUSOFF  




Source link
The post ‘Menjadi artis bukan untuk dikecam’ appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/menjadi-artis-bukan-untuk-dikecam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shamsul Ghau Ghau Pesan Artis Veteran Kalau Cepat Koyak Komen

Shamsul Ghau Ghau Pesan Artis Veteran Kalau Cepat Koyak Komen

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 85 hits
Pelakon Shamsul Ghau Ghau tidak kisah mengakui dia kini berusaha memanfaatkan media sosial untuk kekal relevan dalam industri seni Baginya ia adalah cara untuk lebih mudah mendekati peminat sesuai dengan peredaran zaman Bagaimanapun Shamsul...
Semua Itu Perancangan Tuhan Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Enggan Ulas Isu Penceraian Artis Lain

Semua Itu Perancangan Tuhan Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Enggan Ulas Isu Penceraian Artis Lain

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 119 hits
Kes penceraian beberapa pasangan selebriti tahun ini memberi impak yang negatif terhadap industri hiburan sehingga ada yang mengganggap isu ini sebagai trend dalam kalangan selebriti Menurut Mstar pasangan pelakon Fasha Sandha dan suaminya ...
Stacy Buat Konsert Solo Netizen Seloroh Jemput Bella Astillah Sebagai Artis Pembukaan

Stacy Buat Konsert Solo Netizen Seloroh Jemput Bella Astillah Sebagai Artis Pembukaan

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 154 hits
Penyanyi popular Stacy Anam 34 bakal menunaikan impiannya untuk menjayakan konsert solo buat julung kalinya di negeri kelahirannya iaitu Sabah Stacy buat konsert solo Foto Instagram stacyanam Pengumuman tersebut dibuat oleh penyanyi berusia...
Ulasan Ringkas Starlink Internet Angkasa Menjadi Ultra Mudah Alih

Ulasan Ringkas Starlink Internet Angkasa Menjadi Ultra Mudah Alih

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 168 hits
Internet dari angkasa telah membolehkan saya bekerja dari lokasi yang sangat terpencil dalam dua tahun terakhir sejak saya melanggan Starlink RV Kini SpaceX telah melancarkan Starlink Mini yang kecil ini menjadikannya lebih mudah untuk samb...
Suprise Birthday Menjadi Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah Nak 10 Hadiah

Suprise Birthday Menjadi Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah Nak 10 Hadiah

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 156 hits
Sempena sambutan hari lahir si cantik manis Aaisyah Dhia Rana yang ke sepuluh tahun Rozita Che Wan merealisasikan kejutan hari jadi yang bermakna buat Aaisyah Ia juga merupakan impian anak kesayangan Che Ta dan Zain bersempena hari lahirnya...
Senarai Artis Malaysia Bercerai Sepanjang Tahun 2024

Senarai Artis Malaysia Bercerai Sepanjang Tahun 2024

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 237 hits
Tahun ini tahun yang mengejutkan ramai media artis dan netizen sendiri apabila banyak kes perceraian artis Malaysia yang rata rata di kalangan mereka yang agak popular Jadi ini adalah Senarai Artis Malaysia Bercerai Sepanjang Tahun 2024 Kal...
Artis Kelantan Ditahan Sungai Golok Didakwa Miliki Dadah

Artis Kelantan Ditahan Sungai Golok Didakwa Miliki Dadah

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 178 hits
HarapandailySeorang artis wanita Kelantan yang terkenal dengan klip video lagu nyanyian duetnya sudah menarik lebih 23 juta tontonan di YouTube ditahan di Sungai Golok Thailand kerana didakwa memiliki dadah Nama penuh wanita berasal dari Ko...
Jadi Penyanyi Ira Kazar Tak Kisah Dikecam

Jadi Penyanyi Ira Kazar Tak Kisah Dikecam

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 134 hits
KUALA LUMPUR Membina kerjaya sebagai seorang penyanyi kini bekas isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui tidak kisah andai ada pihak tidak senang dengan pilihannya itu Malah Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini K...
Gayakan Kostum Leopard Penampilan Seksi Leona Ke Parti Halloween Dikecam

Gayakan Kostum Leopard Penampilan Seksi Leona Ke Parti Halloween Dikecam

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 125 hits
Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada pelakon senior Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kembali menjadi bualan hangat warganet selepas dia memuat naik beberapa foto berpakaian seksi Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Leona ...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic


echo '';
Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Nasi Lemak Lengkap Rasa Yalo Yalo Yumm

Influencers Can Boost Your Startup

Lirik Lagu Hanya Kamu Dato M Nasir Ft Azri Yunus

Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025

Nama Lain Babi Dan Cara Semak Status Halal Online