Meningkatkan Kesedaran Konservasi Dengan Teater Air Sebuah Muzikal
AIR ialah satunya muzikal. Sang Harimau memanggil haiwan belantara untuk bermesyuarat tentang tindakan manusia menebang dan menggondol pokok hutan yang membawa kepada pencemaran sungai. Kesemua 7 haiwan bersama mengesahkan kesucian Ibu Bumi. Muzikal ini interaktif. Penonton dijemput untuk menyanyi dan menari bersama
AIR: Sebuah Muzikal ialah gandingan bahu antara penulis drama/pengarah Chin San Sooi dengan gabungan muzik oleh Joanne Poh dari Somerset Music. Penonton tentu tidak sabar berinteraktif selama pertunjukan 60 minit dalam satu pengalaman yang sukar dilupakan bersama para pelakon muzikal ini
San Sooi berkata pada pelancaran media rasmi AIR di Warong Old China di Kuala Lumpur: “Saya terfikir untuk menulis drama mengenai topik konservasi apabila saya membaca tentang penggondolan hutan yang berlaku di Taman Negara di Pahang bertahun-tahun yang lalu. Hanya setakat sekarang saya dapat menjayakan karya semacam ini.”
(barisan depan) komposer muzik Joanne Poh dan penulis drama/pengarah Chin San Sooi, dikelilingi oleh beberapa barisan pelakon (belakang, dari kiri): Ricky Kee (Gajah), Hilda Looi (Gajah), pereka Khang Nanyao, dan pelakon termuda Kirsten Wong (Monyet)
Apabila lockdown covid bermula, San Sooi menghabiskan empat bulan yang berikut secara amat produktif, dengan hasil titik peluhnya menyiapkan 8 skrip: 2 satira, 3 muzikal, 2 monolog dan satu operetta
Dan begitulah cerita bagaimana AIR: Sebuah Musikal mengalir menemui penonton Malaysia dalam persekitaran pasca covid ini. Antara barisan pelakon yang terlibat dalam persembahan teater ini nanti seperti Ivan Liew sebagai waktak Kancil, Kevin Wong sebagai Harimau, Hilda Looi sebagai watak Gajah 1 dan Ricky Kee sebagai watak Gajah 2. Turut sama dalam persembahan ini adalah Kirsten Wong memegang watak Monyet 1, Tan Xin Ni sebagai watak Monyet 2 dan Alain Boey sebagai watak Babi Hutan
San Sooi berkata: “Sebuah muzikal adalah lebih sukar untuk direalisasikan kerana ia amat mencabar untuk mengarang susunan muzik kepada lirik yang ditulis oleh orang lain
“Saya mendekati Joanne untuk tujuan ini. Joanne sendiri adalah seorang guru menyanyi dan mengajar piano, aktif mengendalikan sekolah muzik dan biasa menyanyi dalam koir dan membuat persembahan pentas. Saya memberinya masa setahun untuk menghasilkan muzik tersebut. Saya gembira kerana beliau berjaya menyahut cabaran bersama dengan 3 pemuzik kami.
Barisan pemuzik yang juga turut memeriahkan dan menjadikan ia lebih muzikal melibatkan barisan musician hebat seperti Loh Khang Zheng bermaian Guitar, Alyson Seah bermain Drum dan juga Ng You Qi yang bermain instrument Piano/Keyboards
“AIR adalah usaha gabungan kami dalam satu aksi kreativiti bersama barisan pelakon. Yang paling tua ialah Hilda Looi yang berusia 61 tahun dan yang bongsu sekali ialah Kirsten Wong, 13, yang masih bersekolah
“Bersama-sama dengan pereka Khang Nanyao, kami telah mencipta satu pentas muzikal dengan pelakon watak yang berbeza melalui pemakaian topi yang dicipta khas untuk Sang Kancil, Harimau, Gajah, Monyet dan Babi Hutan!
“Dalam cara yang kecil tetapi penting, kami berharap AIR: Sebuah Musikal akan mempertingkatkan kesedaran orang ramai tentang alam sekitar dan menghormati kepentingannya dengan lebih prihatin. Kami rasa muzikal ini boleh membawa kepada isu yang lebih besar seperti pemuliharaan laut dan lautan,” kata San Sooi
Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM) teruja dengan muzikal ini yang menonjolkan kesedaran yang semakin meningkat di Malaysia dan di seluruh dunia tentang perlindungan alam sekitar, dan berbesar hati untuk menyokong kesedaran ini dalam bentuk kreatif
Muzikal ini turut disokong dengan bangga oleh Warong Old China, GTM Art and Stationery Suppliers, Yudimama dan Little Heritage House
Muzikal ini membuka tirai pada Rabu 21 Sept dengan pertunjukan setiap hari sehingga Ahad 25 Sept 2022 di DPAC, Petaling Jaya
Slot Persembahan:
21hb September 2022 (Rabu), 8.30 malam22hb September 2022 (Khamis), 8.30 malam23hb September 2022 (Jumaat), 8.30 malam24hb September 2022 (Sabtu), 8.30 malam25hb September 2022 (Ahad), 3.00 petang
Durasi persembahan : 60 minit
Harga Tiket:RM48.00 (Biasa)RM38.00 (Konsesi - Pelajar/Warga Emas/OKU)Had Umur: 5 tahun ke atas sahaja
Pejabat Jualan Tiket:H-01, DPAC, Empire Damansara,Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.Tel : 03-4065 0001, 4065 0002Laman web : http://www.dpac.com.my/page/ticket/bookTicket/view/1132.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2022/09/meningkatkan-kesedaran-konservasi.html