Menikmati Keindahan Alam Di Taman Sakura Tebing Tinggi Perlis


AHAD | 29.05.2022
Sambung catatan di Perlis - pagi hari Ahad tu adik ipar ajak ikut mereka sekeluarga beriadah di Taman Sakura Sungai Perlis. Rancangan asalnya nak ke View Point Wang Kelian untuk menyaksikan keindahan hamparan awan (malamnya hujan lebat, dijangka ada la hamparan awan pada sebelah pagi), tapi rancangan berubah di saat akhir memandangkan encik suami ada hal kerja yang perlu disiapkan segera. Jadinya encik suami tinggal di rumah menyiapkan kerjanya, saya jelah yang ikut adik ipar sekeluarga ke Taman Sakura

Jomlah kita tengok apa yang menarik di Taman Sakura ni…
Sesuai dengan namanya Taman Sakura, taman ini diwujudkan untuk pengunjung menikmati keindahan bunga ‘sakura Malaysia’ iaitu bunga pokok Tecoma atau nama sainstifiknya tabebuia pentaphylla. Tapi disebabkan saya ke sini di luar musim bunga Tecoma berbunga, tak dapatlah saya menyaksikan keindahan bunga ‘sakura Malaysia’ ni.
Taman Sakura ni juga sesuai untuk aktiviti riadah - kita boleh joging di laluan yang disediakan, anak-anak kecil boleh main di taman permainan dan terdapat wakaf untuk kita berehat melepas lelah. Jadinya walaupun tak ada bunga Tekoma, tempat ini masih sesuai dikunjungi untuk aktiviti riadah seisi keluarga

Orang datang sini untuk joging, saya datang sini sibuk memerhati alam. Bunga Tecoma tak ada, tapi pemandangan hijau alam begini sudah cukup menarik perhatian saya. Lagi pulak masa ni hujan baru saja berhenti, terasa segar mata memandang dedaun dan rumput dibasahi hujan

Pelantar kayu berwarna-warni untuk pengunjung berfoto dengan berlatarkan pemandangan Sungai Perlis dan bukit batu kapur Banjaran Nakawan

Hasil memerhati sekeliling di sepanjang laluan pejalan kaki, saya terpandang sarang burung Tempua yang bergantungan di sebatang pokok. Tak begitu tinggi, bolehlah saya zoom in kamera untuk mendapatkan gambar di atas. Sarang burung yang masih berwarna hijau dengan burung-burung kecil berwarna kuning kelihatan riuh keluar masuk rumah mereka. Seronok dan leka saya memerhati. Nak tau macam mana riuhnya burung-burung ni? Boleh tengok dalam video di hujung catatan ini

Satu lagi pemandangan yang membuat saya teruja - pokok kelapa ini pun dipenuhi dengan gantungan sarang burung Tempua. Banyak sangat! Riuh burung-burung keluar masuk sarang dan tambah menarik bila angin bertiup. Meliang-liuk daun kelapa dan gantungan sarang burung disapa angin. 
Yang ni apa pulak yang menarik? Nampak tak si comel kat atas nun? Anak sedara saya cakap ni monyet pakai spec sebab warna putih di sekeliling mata macam pakai cermin mata. Hehe.
Inilah Lotong Cengkong (𝘋𝘶𝘴𝘬𝘺 𝘓𝘦𝘢𝘧 𝘔𝘰𝘯𝘬𝘦𝘺) atau nama saintifiknya 𝘛𝘳𝘢𝘤𝘩𝘺𝘱𝘪𝘵𝘩𝘦𝘤𝘶𝘴 𝘰𝘣𝘴𝘤𝘶𝘳𝘶𝘴 dari famili Cercopithecidae dikategorikan oleh 𝘐𝘜𝘊𝘕 𝘙𝘦𝘥 𝘓𝘪𝘴𝘵 𝘰𝘧 𝘛𝘩𝘳𝘦𝘢𝘵𝘦𝘯𝘦𝘥 𝘚𝘱𝘦𝘤𝘪𝘦𝘴 sebagai 𝘌𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘦𝘳𝘦𝘥 (𝘌𝘕). Di Semenanjung Malaysia, spesis ini adalah dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [𝘈𝘬𝘵𝘢 716]. Nama lain bagi spesies ini adalah 𝐷𝑢𝑠𝑘𝑦 𝐿𝑎𝑛𝑔𝑢𝑟, 𝑆𝑝𝑒𝑐𝑡𝑎𝑐𝑙𝑒𝑑 𝐿𝑎𝑛𝑔𝑢𝑟 Lotong Bercelak dan 𝑆𝑝𝑒𝑐𝑡𝑎𝑐𝑙𝑒𝑑 𝐿𝑒𝑎𝑓 𝑀𝑜𝑛𝑘𝑒𝑦. (Sumber : Jabatan PERHILITAN)
Saya panggil lotong Langur. Pertama kali saya jumpa semasa di Taman Negara Pulau Pinang. Rupanya kat sini pun ada spesis yang sama. Lotong jenis ni lebih tenang, tak buat bising, pemalu dan akan segera menghilang di balik dahan pokok

Saya memerhati dari jauh seekor burung kecil. Tenang rasa dapat melihat pemandangan begini. Saya zoom in kamera untuk memotret si cantik ni. Boleh klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Aliran Sungai Perlis yang menambah keindahan lanskap di Taman Sakura. Tempat ni berhampiran dengan rumah penduduk. Jadinya ini mungkin sampan milik penduduk berhampiran

Papan tanda Taman Sakura

Walaupun nampak macam tak ada apa-apa sebab tak ada bunga Tecoma merimbun, taman ini tetap ada keunikan dan keindahan tersendiri pada pandangan saya. Banyak yang cantik di mata saya. Bak kata anak sedara saya, “Mak Long ni semuanya cantik...cantik…”. Iyalah, saya nampak itu cakap cantiknya dan nampak ini pula pun cakap cantiknya. Haha! Entahlah, saya memang mudah terpesona pada hijau alam, rimbunan pokok, juntaian akar, bentuk dedaun, burung-burung dan segala bunyi-bunyi alam bagai nyanyian indah pada pendengaran saya. Alhamdulillah atas segala nikmat dari-Nya

Ok, bagi sesiapa yang ada ke Perlis bolehlah jalan-jalan ke Taman Sakura ni. Kalau memang nak cari ‘sakura Malaysia’ kenalah bertanya kepada penduduk tempatan bila musimnya tiba. Kalau tak pun, tempat ni masih sesuai untuk para pencinta alam semulajadi atau mereka yang gemar melakukan aktiviti joging.  Juga sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan. Terpulanglah kepada minat masing-masing ya


Video berdurasi kurang 1 minit


—————————————————————
TAMAN SAKURA SUNGAI PERLISTebing Tinggi, Kangar,Perlis






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/06/menikmati-keindahan-alam-di-taman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Anak Kampung Lasak Mahu Anak Nikmati Alam Tok Ti Bawa Ke Taman Klcc

Saya Anak Kampung Lasak Mahu Anak Nikmati Alam Tok Ti Bawa Ke Taman Klcc

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 122 hits
Jika nak dibandingkan zaman kita dulu dengan zaman anak anak sekarang jauh sangat berbeza Dulu keluar main pagi balik petang pun ibu ayah tak risau Namun sekarang anak bermain depan rumah tanpa pengawasan pun ibu bapa dah bimbang apatah lag...
Pesta Sabu Polisi Anggota Polres Pakpak Bharat Ditangkap Di Tebing Tinggi

Pesta Sabu Polisi Anggota Polres Pakpak Bharat Ditangkap Di Tebing Tinggi

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 147 hits
Dia ditangkap bersama dengan tiga rekannya yang merupakan warga sipil yakni HS MSL dan ISS di Kelurahan Damar Sari Kecamatan Padang Hilir Kota Tebing Tinggi Sumatera Utara
3 4 Kali Seminggu Makan Daging Tinggi Proses Anak Boleh Ada Masalah Kesihatan

3 4 Kali Seminggu Makan Daging Tinggi Proses Anak Boleh Ada Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 228 hits
Makanan berproses mungkin cepat dan menjimatkan masa tetapi buat jangka masa panjang ia memudaratkan anak kecil kita Sebab apa Menurut perkongsian makanan tinggi proses seperti sosej meatball nuget dan sebagainya mempunyai kandungan yang ti...
Member Im Saya Dapat Trafik Tinggi Di Blognya Walaupun Pada Hari Ahad Setelah Mencuba Teknik Ini

Member Im Saya Dapat Trafik Tinggi Di Blognya Walaupun Pada Hari Ahad Setelah Mencuba Teknik Ini

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 146 hits
Alhamdulillah dah 2 minggu saya menggunakanbanyak tips tentang copywriting marketingdalam facebook Tak sangka dapat banyak respond pulak dan ada juga yang tanya macammana nak gunakankaedah tersebut yang bertanya sehingga 3 4 kalitentang per...
Tahun 2021 Perangkap Haba 49 Jauh Lebih Tinggi Berbanding 31 Tahun Dahulu Noaa

Tahun 2021 Perangkap Haba 49 Jauh Lebih Tinggi Berbanding 31 Tahun Dahulu Noaa

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 170 hits
Dalam laporan kajian yang diterbitkan oleh Pentadbiran Lautan Dan Atmosfera Kebangsaan baru baru ini mendapati pencemaran gas rumah hijau dalam tahun 2021 lalu telah menyebabkan haba terperangkap lebih banyak berbanding 31 tahun dahulu Menu...
Kos Sara Hidup Tinggi Adun Sarawak Mahu Elaun Hadir Mesyuarat Rm50 Dinaikan

Kos Sara Hidup Tinggi Adun Sarawak Mahu Elaun Hadir Mesyuarat Rm50 Dinaikan

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 147 hits
Elaun menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri sebanyak RM50 tidak pernah dinaikkan sejak 42 tahun lalu PETALING JAYA Elaun menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak kepada wakil rakyat wajar dinaikkan berbanding RM50 sehari ...
Bitcoin Menuju Ke Paras Tinggi Baharu Seperti Yang Dijangkakan

Bitcoin Menuju Ke Paras Tinggi Baharu Seperti Yang Dijangkakan

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 121 hits
Harga Bitcoin meningkat selepas jatuh sebanyak 28 003 pada minggu lepas Kini ia didagangkan pada paras 30 580 sewaktu penulisan artikel Pasangan mata wang BTC USD meningkat sebanyak 10 36 daripada paras rendah minggu lepas iaitu 28 003 kepa...
Ibu Ini Kongsi Resepi Makanan Yang Tinggi Kalori Sesuai Untuk Tambah Berat Anak Kecil

Ibu Ini Kongsi Resepi Makanan Yang Tinggi Kalori Sesuai Untuk Tambah Berat Anak Kecil

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 290 hits
Ibu bapa mana yang tak risau bila tengok berat badan anak tak meningkat kan Jangan risau kerana ada beberapa jenis makanan sesuai yang tinggi kalori buat si manja MAKANAN YANG TINGGI KALORI SESUAI UNTUK ANAK KECIL 1 kekacang kekacang mmg ti...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul