Menikmati Arissto Coffee Rm1 Buddies Coffee Machine Capsule Untuk Di Pejabat
Asal sebut sahaja coffee dan mama lah seorang pengemar coffee sampaikan orang cakap mama ni hantu coffee. Hahaha tak kesah la pengemar coffee ker hantu coffee ker yang penting memang suka sangat dengan coffee ni minum setiap pagi. Dapat jer secawan coffee mama rasa terus bersemangat dan fresh untuk mulakan permulaan hari yang penuh cabaran. Kadang tu mama tahu mesti ada yang nak pergi kerja tak sempat minum coffee kan. kadang tu alaa tak sempat nak beli coffee. Takper jangan risau apa kata lepas ni minum jer coffee Italian dari ARISSTO Coffee
Sebelum tu mama nak cerita sikit lah sejarah asal coffee ni. Sejarah kopi adalah dari Itali bermula sejak beratus tahun dahulu dan ianya telah mengkagumkan jutaan orang di seluruh dunia dari dulu sehinggalah sekarang. Sehinggakan ianya adalah satu kemewahan yang klasik dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kopi lain di dunia. Oleh itu, Itali sangatlah dikenali sebagai tempat lahirnya budaya kopi dunia
Pada abad ke-19, kopi ‘Espresso’ telah diperkenalkan oleh orang Itali dan ianya salah satu minuman yang dibanggakan oleh orang-orang Itali. Melalui ‘Espresso’ ini, maka lahirlah pelbagai minuman kopi trendi seperti Cappuccino atau Latte. Mereka sangat taksub dengan kopi, ibarat orang Perancis dengan wain mereka. Keaslian, kualiti dan rasa kopi Itali adalah dicanang sebagai yang terbaik di dunia! Kafe kopi yang tersohor di dunia pun tidak dapat menandingi kehebatan kopi di Itali dan mereka hanya mampu untuk membuka beberapa cawangan sahaja di Itali. Ini menunjukkan bahawa bukan senang untuk menambat hati orang Itali terutamanya kopi mereka dan ARISSTO amat berbesar hati untuk berkongsi kopi yang terbaik ini kepada seluruh dunia
Pada minggu lepas, mama berkesempatan untuk hadiri satu taklimat ringkas mengenai Coffee ARISSTO di Serdang Perdana, Selangor. Kali ini ARISSTO telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu “ARISSTO RM1 Office Buddies Coffee Plan” dimana ianya untuk orang yang bekerja di pejabat boleh menikmati kopi yang segar, mudah dan setanding dengan apa yang dihidangkan di hotel 5 bintang. Fuh yang menariknya adanya RM1 ARISSTO Coffee ni boleh menjimatkan sehingga 75% duit belanja kopi sebulan. Mesti ada yang nak tahu apa itu “ARISSTO Office Plan”
Mesin kapsul kopi bertekanan tinggi ARISSTO Machine adalah satu inovasi dalam teknologi dan ianya hebat dengan mempunyai ciri-ciri mesin kopi professional di luar sana. Mesin kapsul kopi ARISSTO menghasilkan air stim bertekanan tinggi sehingga 19 bar dan ianya sempurna untuk mengekstrak aroma kopi hanya dengan satu sentuhan. Kini SEMUA mampu menghidangkan secawan Espresso, Latte dan Cappuccino dengan mudah. Mesin kapsul kopi ARISSTO direka khas agar ianya mudah digunakan dan semua orang boleh menjadi Barista yang professional.
Setiap perisa kapsul kopi ARISSTO adalah dihasilkan oleh Pakar Kopi ARISSTO bermula dari pemilihan biji kopi, proses kisar, panggang dan ianya adalah 100% kopi asli dihasilkan di Itali. Pakar kopi telah memilih biji kopi yang berkualiti tinggi termasuk biji kopi Arabica yang ditanam di tanah tinggi daripada Brazil, Columbia, Costa Rica, Guatemala, Togo, Kenya dan Ethiopia. Kemudian, rasa unik kopi dari ARISSTO ini adalah hasil daripada proses memanggang biji kopi yang berumur ratusan tahun yang diperkenalkan di Itali. Setiap perisa adalah 100% semulajadi asli tanpa ada bahan pengawet atau campuran lain. Dengan hanya satu sentuhan sahaja korang boleh menikmati kopi ARISSTO yang dapat disediakan dalam masa 30 saat.
Jom kita tengok pakej pelan yang ingin membeli ARISSTO Coffee ini. Oh ya ARISSTO menjemput orang ramai untuk menikmati 10 cawan kopi premium yang terbaik dari Itali secara percuma dengan hanya RM1 sahaja. Rakan pejabat sekarang boleh menikmati kopi yang segar setanding dengan apa yang dihidangkan di hotel 5 bintang dengan mudah di ruang pejabat sendiri. Selain daripada itu, menariknya ARISSTO menawarkan menikmati kopi yang terbaik tanpa perlu membayar dahulu, hanya bayar kemudian sahaja. Juga, ianya boleh menjimatkan sehingga 75% duit belanja kopi.
Terdapat 2 faedah pelan “ARISSTO RM1 Office Buddies Coffee Plan” iaitu
1) Pelan BasicNikmati diskaun dari 15% hingga 25% untuk semua kapsul ARISSTONikmati perkhidmatan “Minum Dahulu dan Bayar 30 Hari Kemudian”Nikmati 30 kapsul secara kreditNikmati 100% jaminan wang dikembalikan sehingga 30 hari
2) Pelan PremiumNikmati diskaun dari 20% hingga 35% untuk semua kapsul ARISSTONikmati perkhidmatan “Minum Dahulu dan Bayar 30 Hari Kemudian”Nikmati 60 kapsul secara kreditNikmati 100% jaminan wang dikembalikan sehingga 60 hari.
Dengan hanya RM1, kini adanya ARISSTO tidak perlu beratur lagi untuk membeli kopi yang jual di cafe luar sana lagi, tidak perlu minum kopi yang tidak sedap dan tidak perlu lagi minum kopi segera yang memudaratkan kesihatan. Yang menariknya kopi ARISSTO ini membolehkan orang yang menggunakan mesin secara PERCUMA. Ehh ada lagi kelebihan kopi ARISSTO ini tidak perlu deposit, tiada sewa bulanan, tiada kontrak dan boleh batal ahli bila-bila masa sahaja.
Rasa kopi Itali ARISSTO memang terbaik la rasa kopi mewah yang cukup sempurna dan dapat la feeling macam minum kopi di hotel 5 bintang. Pelbagai rasa untuk kopi dan tea ARISSTO Capsule ini seperti :-
COFFEE In LoveAmicoPassionLunaSunriseCoffeeMilkLonelyChocoTEAPrinceThe KingPrincessThe QueenEarl
Kalau dah ada secawan coffee tak sempurna pula kalau tak lengkap dengan hidangan roti dan juga pastri. Untuk pengetahuan semua, ARISSTO bukan sahaja ada coffee malah ada juga roti dan pastri yang sedap dan boleh dimakan dimana sahaja. Yang menariknya roti ARISSTO ini ialah hanya bakar 5 minit untuk mendapat roti dan pastri yang segar serta lembut. Roti ARISSTO ini sangat sesuai bagi orang yang terlalu sibuk di tempat kerja atau untuk minum petang
Jadi dengan adanya roti dan pastri ARISSTO ini hanya panaskan sahaja roti dan pastri ke dalam oven atau air fryer dan kemudian dapatlah menikmati roti yang segar, panas dan sedap. Sangat menakjubkan kerana ARISSTO telah mencuba pelbagai percubaan untuk hasilkan serta mengembangkan revolusi teknologi baru yang membolehkan semua orang dapat menikmati roti segar dari oven dalam masa 5 minit. Teknologi ini dinamakan sebagai "Teknologi Segar Ketuhar 5 Minit"
Menariknya roti dan pastri keluaran ARISSTO ini mampu bertahan selama 6 bulan dalam peti ais atau dalam suhu bilik kerana telah dibakar sehingga 90%, diikuti dengan pembungkusan nitrogen roti. kemudian apabila ingin makan roti hanya perlu dibakar selama 5 minit dalam oven sahaja. Selepas 5 minit roti keluar dari oven dan akan dapat roti yang segar rangup di bahagian luar dan lembut serta gebu di dalam. Tambah pula dengan bau wangi aroma dari roti lagi menambah selera dimakan dengan coffee ARISSTO yang cukup sempurna
Antara roti dan pastri ARISSTO ialah :-ARISSTO FocacciaARISSTO Golden CakeGolden RotiCharGold Roti ARISSTO Butter CroissantARISSTO Raspberry Butter CroissantARISSTO Charcoal Butter CroissantARISSTO Uji Matcha Butter Croissant
So, apa tunggu lagi jom rebut peluang dan mencuba sendiri kenikmatan kopi dan teh ARISSTO dan ketahui lebih lanjut mengenai “ARISSTO RM1 Office Buddies Coffee Plan” dan boleh daftar dengan program "FREE TRIAL" selama 14 hari dan dapatkan 10 cawan kopi premium ARISSTO secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai ARISSTO Coffee boleh layari :-
Website : www.arissto.comFacebook : www.facebook.com/arisstomalaysiaInstagram : www.instagram.com/arisstoofficial
#aristo #arisstocoffee #arisstoMalaysia #arisstocapsule #arisstocoffeemachine #arisstocoffeerm1 #arisstocoffeemaker
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2020/09/arissto-coffee-RM1-plan.html