Mengungkap Sejarah Singapura Bukanlah Negara Aman


Pada tahun 2017 yang lalu, dunia gempar dengan insiden rusuhan di Singapura, ekoran republik itu dikenali sebagai sebuah negara yang aman dan mempunyai penduduk yang berdisiplin.


Rusuhan itu berlaku apabila kira-kira 400 pekerja Asia Selatan merusuh di Little India selepas sebuah bas melanggar mati seorang pekerja binaan warga India, menyaksikan 39 anggota polis dan petugas keselamatan awam mengalami kecederaan dan 25 kenderaan termasuk 16 kereta polis musnah.

Kejadian itu amat mengejutkan kerana Singapura dilihat sebagai sebuah negara yang aman dan jarang mempunyai masalah-masalah sosial yang menggemparkan.

Rusuhan itu juga dianggap yang terbesar dan terburuk di republik itu dalam tempoh 40 tahun.

Selain itu, republik ini merupakan sebuah negara yang maju dan tidak mempunyai masalah ekonomi berbanding negara lain di rantau ini, menyebabkan sukar untuk mempercayai insiden rusuhan sebesar itu boleh berlaku di Singapura.

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak mengetahui sebelum ini, sebenarnya terdapat tujuh rusuhan buruk dan berdarah pernah berlaku di republik ini sejak 1854.

Pada 1964, berlaku rusuhan kaum melibatkan kaum Cina dan Melayu ketika sambutan Hari Maulidur Rasul, kira-kira setahun sebelum Singapura berpisah dari Malaysia.

Insiden itu berlalu apabila perarakan orang Islam dari Padang sehingga ke Geylang melalui beberapa jalan iaitu Andrew Street, Beach Road dan Arab Street diganggu oleh penduduk kaum Cina menyebabkan tercetusnya rusuhan.

Sebanyak 36 orang terbunuh dan 556 cedera dalam kejadian tersebut menyebabkan kerajaan Singapura terpaksa mengisytiharkan darurat selama 11 hari untuk mengawal keadaan.

Satu jawatankuasa kemudian ditubuhkan terdiri daripada pelbagai komuniti dan kaum untuk mengembalikan keamanan dan keharmonian antara kaum Melayu dan Cina di kawasan tersebut.

Rusuhan kaum kedua di Singapura berlaku pada 1969 ekoran tempias rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia pada 13 Mei tahun tersebut.

Ia dicetuskan apabila seorang penarik beca kaum Melayu ditemui mati dibunuh selepas dipercayai diserang oleh beberapa orang kaum Cina pada 3 September tahun itu.

Ia merebak di kawasan perumahan di Geylang, Joo Chiat dan Siglap, dan sekali lagi kerajaan Singapura terpaksa melaksanakan perintah darurat dan keadaan kembali tenang beberapa hari kemudian. Sebanyak 13 orang dilaporkan terbunuh dan 106 cedera dalam insiden tersebut.

Rusuhan pertama berlaku di Singapura dilaporkan berlaku pada 5 Mei 1854 melibatkan pergaduhan antara kaum Cina Hokkien dan Cina Teochew.

Rusuhan itu berlanjutan selama 10 hari menyaksikan lebih 500 orang terbunuh. Tragedi itu dianggap sebagai satu daripada konflik terburuk melibatkan masyarakat Cina di Singapura pada kurun ke-19.

Hampir 100 tahun kemudian, pada 11 Disember 1950, sekali lagi rusuhan berlaku di republik ini membabitkan isu Islam. Rusuhan ini dianggap paling tragis apabila 18 orang terbunuh apabila berlaku pertempuran antara penduduk Islam dengan pihak polis dan tentera Britain.

Ia berpunca daripada bantahan penduduk Islam di Singapura terhadap keputusan mahkamah yang memerintahkan seorang wanita warga Belanda, Maria Hertogh atau lebih dikenali sebagai Natrah dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda, dan bapanya pula diberi hak menentukan agama anak gadisnya itu.

Dalam pertempuran itu sebanyak 173 yang lain turut cedera dalam insiden yang turut dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Sebanyak tiga rusuhan lagi berlaku dalam tempoh tiga tahun selepas itu dari 1953, dikenali sebagai Rusuhan Latihan Khidmat Negara, Rusuhan Hock Lee Bus dan Rusuhan Sekolah Menengah Cina.

Rusuhan Latihan Khidmat Negara pada 13 Mei 1954 berlaku selepas kira-kira 500 pelajar membantah undang-undang Britain di Singapura yang menetapkan penduduk lelaki berusia antara 18 dan 20 tahun perlu menjalani program khidmat negara itu secara separuh masa.

Demonstrasi yang mereka adakan bertukar menjadi pertempuran apabila polis cuba menyuraikan keadaan, menyaksikan 26 orang cedera dan 48 lagi ditahan.

Rusuhan Hock Lee Bus pada 12 Mei 1955 pula tercetus selepas pekerja di Singapura tidak bersetuju dengan waktu kerja dan gaji yang rendah dan mereka bertindak menghalang perkhidmatan bas beroperasi.

Seramai empat orang terbunuh dan 31 lagi cedera apabila polis bertindak menggempur kumpulan perusuh itu.

Rusuhan Sekolah Menengah Cina, pula tercetus apabila Ketua Menteri ketika itu, Lim Yew Hock mengharamkan dua pertubuhan prokomunis, Persatuan Wanita Singapura (WSA) dan Persatuan Muzik Cina Gong serta membubarkan Kesatuan Pelajar Sekolah Menengah Cina Singapura (SCMSSU).

Sebanyak 13 orang terbunuh dan lebih 100 lagi ditahan apabila bantahan yang diadakan kumpulan pelajar bertukar ganas dan merebak ke kawasan bandar raya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Lee Kuan Yew Terlupa Sistem Politik Singapura Berdasarkan PerkaumanRusuhan Di Little India Satu Pengajaran Kepada Singapura
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/12/mengungkap-sejarah-singapura-bukanlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Hadapi Masalah Multi Dimesi Isu Pertanian Harga Barang Tak Pernah Selesai

Negara Hadapi Masalah Multi Dimesi Isu Pertanian Harga Barang Tak Pernah Selesai

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 136 hits
Isu harga barang dan pengembangan sektor pertanian telah dibincang dan diberi peruntukan yang besar sejak era Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada 2004 lalu Namun menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar hal itu tidak pern...
Fokus Pulihkan Ekonomi Negara Dulu Bukan Pru15 Kata Fadillah

Fokus Pulihkan Ekonomi Negara Dulu Bukan Pru15 Kata Fadillah

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 131 hits
March 20 2022 Fadillah Yusof berkata fokus adalah memulihkan ekonomi dan kewangan negara sehingga rakyat berada dalam keadaan lebih baik krisis kesihatan dapat dijaga dan kemudian baru PRU15 BALIK PULAU Lupakan hal pilihan raya umum ke 15 d...
Ponteng Dewan Speaker Dewan Negara Lipat Menteri Miti Dan Timbalan

Ponteng Dewan Speaker Dewan Negara Lipat Menteri Miti Dan Timbalan

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 158 hits
KUALA LUMPUR Persidangan Dewan Negara diminta mencatatkan ketidakhadiran Menteri serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada sesi soal jawab persidangan hari ini sebagai tidak selaras dengan peraturan mesyuarat Yang Di...
Hiburan Sudah Tiba Masanya Pelajar Asing Menuntut Dalam Negara Wajib Belajar Bahasa Melayu

Hiburan Sudah Tiba Masanya Pelajar Asing Menuntut Dalam Negara Wajib Belajar Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 202 hits
Baru baru ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelajar asing akan diwajibkan untuk pelajari Bahasa Melayu jika mereka berdaftar dalam universiti negara ini Menurut beliau Menteri Pengajian Tinggi Noraini...
33 Budaya Negara Dipersembahkan Dalam National Costume Peserta Mister Global 2021

33 Budaya Negara Dipersembahkan Dalam National Costume Peserta Mister Global 2021

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 269 hits
Selepas berehat selama dua tahun pertandingan beauty pegeant lelaki Mister Global telah kembali dengan peserta baharu dari seluruh dunia Dalam penganjuran yang ke 7 pertandingan unik ini lelaki dari 33 dari negara berbeza berentap di Mahasa...
Junjung Perlembagaan Daulatkan Undang2 Untuk Atasi Kemelut Negara Tengku Azlan

Junjung Perlembagaan Daulatkan Undang2 Untuk Atasi Kemelut Negara Tengku Azlan

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 149 hits
Di ketika negara berdepan pelbagai polemik dan kekalutan sejak kebelakangan ini semua lapisan rakyat tanpa mengira status kedudukan disarankan agar sentiasa menjunjung perlembagaan serta mendaulatkan undang undang negara Tengku Azlan Sultan...
Jaga Negara Jangan Macam Syed Saddiq Hanya Tahu Bercakap Razali Tegur Pemuda Umno

Jaga Negara Jangan Macam Syed Saddiq Hanya Tahu Bercakap Razali Tegur Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 154 hits
Razali Ibrahim turut menarik perhatian perwakilan Pemuda dengan mengkritik pentadbiran Pakatan Harapan yang bertalu talu memburukkan negara sendiri di pentas antarabangsa KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razali Ibrahim memberi ...
Kleptokrasi Liabiliti Negara

Kleptokrasi Liabiliti Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 129 hits
Roger Ng merupakan satu satunya pegawai bank Goldman Sachs yang dibicarakan berhubung penjarahan dana 1MDB didakwa bersubahat dengan Jho Low dan bekas bosnya Tim Leissner dalam penipuan besar besaran itu Leissner mengaku mengambil US 60 jut...
A Business Proposal No 1 Di Netflix 20 Negara Termasuk Malaysia

A Business Proposal No 1 Di Netflix 20 Negara Termasuk Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 207 hits
Pergi mana pun sekarang mesti ramai yang menyebut mengenai keseronokan drama A Business Proposal ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan A Business Proposal ialah drama komedi romantik tentang seorang pekerja pejabat yang pergi ke blind date de...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan