Mengopi Di Kluang Railcoffee
Assalamualaikum WBT
TAK cukup syarat ke Kluang jika tak singgah mengopi di Kluang RailCoffee yang tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai Oldest Kopitiam Railway in Malaysia. Selepas check out di Hotel Anika, kami singgah ke kopitiam legend ni untuk mengopi
Post ini, menjawab komen Wak Warisan Petani, hihi
Ingatkan dah jam 12 lebih orang tak ramai dah, rupa-rupanya kena beratur juga. Tidaklah panjang sangat, mula dari tangga aje
Stesen Keretapi Kluang ni dah berpindah ke bangunan baru. Dulu-dulu, turun keretapi dah boleh terus singgah mengopi, sekarang ni dah tak boleh dah. Haaa.. masa snap gambar ni belum ada orang beratur kat belakang kami
Walaupun Kluang RailCoffee dah buka cawangan baru dan besar dengan lebih banyak menu, yang lama ni tetap jadi pilihan
Kopitiam ini telah dibuka sejak tahun 1938 ya, zaman sebelum merdeka. Dah 86 tahun. Sk tak pastilah generasi ke berapa yang sedang meneruskan perniagaan kopitiam ini
15 minit jugak beratur, akhirnya kami dijemput masuk. Sistem pesanannya mudah, duduk di meja dan kita akan diberi menu dan kertas pesanan. Hanya perlu catatkan kod makanan dan minuman kemudian serahkan kepada staf. Pesanan akan dihantar ke meja dan bayar selepas makan
Pelbagai pilihan roti bakar dan intinya. Jenis roti pun boleh pilih sama ada nak roti wholemeal, roti bun atau roti keping. Selain roti, ada juga pau
Local food pun ada
Penaja JJCM Kluang kita. Tapi, dia minta belanja kat Kluang RailCoffee ni pulak
Masa pelayan hantar dua gelas kopi ais ke meja, PI terkejut dan bertanya, kopi ais dua? PI ingatkan staf salah hantar. Ye laaa, bonda punya satu, Sk mengesahkan. Staf tu pun dah risau salah hantar juga tapi dia tunjuk la dekat list order tu tulis dua. PI masih buat muka terkejut, ialah, selalu Sk minum kopi panas ataupun ais kosong.
PI makan nasi lemak (lagi??). Sk makan Mihun Goreng. Makanan bungkus ni dulu mereka letak siap-siap atas meja, tapi sekarang, kita pesan baru dia hantar dan kiranya masuk terus dalam sistem la. Selain tu kami pesan satu set roti keping kaya butter dan roti bun kaya butter. Sk lebih suka roti bun tu sebab macam lagi gemuk gebu rotinya. Ada telur separuh masak jugak untuk PI.
Mihun Goreng ada telur simkad 😁. Sedap mihun goreng tu macam mihun zaman sekolah rendah dulu. Bila makan tempat-tempat macam ni memang cepat aje terkenang kisah-kisah yang lalu, kan. Rindu boleh, kembali jangan. Bukan senang zaman kecik-kecik dulu walaupun orang kata budak kecik tak ada masalah.
Ni pun mesti terkenang zaman duduk estet dulu, ahaks! Arwah bapak mertua Sk dulu kerani estet
Sk pesan kopi sebab ingat dia akan letak dalam cup plastik pakai buang tu, jadi senanglah Sk angkut kalau tak habis. Sekali dia letak dalam gelas besar gedabak ni, hahaha. Sedap betul kopinya, biru mata hitamku, punyalah laju menyedut, hahaha. Mulanya, Sk fikir boleh habis ke ni, sebab malas nak minta bungkuskan kalau setakat tak habis setengah gelas, sekali.. habis ya segelas besar tu, sedap sangat. PI kata, ini barulah kopi
Tebal betul butter dia, tak lokek. Lagi satu, butter dia tak cair ya walaupun diselitkan pada roti yang baru dibakar. Maintain cun
Lepas makan, baru bayar
Kopitiam dalam stesen keretapi paling lama di Malaysia. Sk tak pasti ada stesen keretapi lain di Malaysia ni yang ada kopitiam jugak
Waktu operasi setiap hari kecuali Isnin
7 pagi hingga 6 petang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/01/mengopi-di-kluang-railcoffee.html