Long Cendol Kluang


 Assalamualaikum WBT 


PERGI mana-mana pun, macam satu kemestian pulak PI ni nak pekena cendol. Sk pulak terberkenan dengan satu kedai kopi yang menampilkan gaya klasik. Tahulah Sk, suka beno vibe lama-lama. Tak pelah, kita layankan dulu PI nak minum cendol di Long Cendol yang terletak di Taman Intan, mengopi tu kemudian.



Sk ingatkan port cendol bawah pokok atau food truck, rupa-rupanya, medan selera. Penuhhhh eh, Sk terus berdiri sebelah sebuah meja yang baru ditinggalkan menunggu ia dibersihkan. Bersebelah dengan meja tu, ada sebuah meja yang dah bersih tapi ada seorang waniter duduk di bangku meja tu cuma cara dia duduk tu mengadap ke meja yang belum dibersihkan tu. Sk fikir mungkin dia nak bungkus cendol jer kot, takpelah, Sk tunggu jer la meja ni dibersihkan. Tup tup, lepas meja tu dibersihkan aje, waniter tu cepat-cepat suruh anak dia duduk kat meja yang baru dibersihkan tu sedangkan meja yang dia duduk tu memang dah bersih. Motif??? Sk tak kuasa nak bergaduh berebut meja, Sk duduk jer la kat meja yang memang dah bersih tu. Sk tak tahulah apa perasaan dia buat macam tu eh? Jadinya, belum apa-apa dah bad mood nak minum cendol. Masa ni PI tengah nak pesan cendol di kaunter, Sk pesan ajelah cendol biasa. 



Biasa kalau kita maksudkan cendol biasa tu patutnya cuma cendol aje la kan, tapi yang ni ada kacang merah pulak. Merah betul kacangnya. Sk okey aje ada kacang merah ni. Tu takpe, mangkuk dia bukan main besar ya, macam mana nak mengopi nanti ni? Meh la kita kacau dulu bagi sebati santan dan gula merah




Perghhh.. memang pilihan tepat la PI ajak menyendol di Long Cendol ni. Santannya lemak manis ala amboi-amboi. Cendol tu sedap, lembut, cair di mulut. Cuma satu aje, aisnya tak halus, macam guna ais hancur. Kami ada tanya, abang tu kata, ada masalah mesin kisar ais kot, tak berapa faham sangat. Aaaa.. nak tahu tak kenapa Sk tak suka sangat ada kacang merah, sebab kadang dapat kacang merah hapak tak sedap, tapi kacang merah dia ni sedap laaa. Memang guna yang dalam tin, kata abang tu. Aaa.. dalam tin pun kadang tak sedap kan, ni memang premium ni bang. Patutlah ramai yang datang tak putus-putus. Lepas tu nampak abang tu gantung note 'CLOSED', belum pukul 4 lagi. Ramai lagi yang baru sampai lepas tu kecewa sebab tak dapat Long Cendol


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/01/long-cendol-kluang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Ngepot Kabin Kluang

Makan Di Ngepot Kabin Kluang

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 88 hits
Assalamualaikum WBT DAH habis cerita JJCM dan hari ini Sk nak bawa pembaca ke Kluang pula Siapa nak ikut Jom Macam biasalah tukang ajaknya PI Doklah berzikir nak pergi Kluang sejak balik dari Melaka tu Pada mulanya Sk menolak sebab penat ta...
Mengopi Di Kluang Railcoffee

Mengopi Di Kluang Railcoffee

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 107 hits
Assalamualaikum WBT TAK cukup syarat ke Kluang jika tak singgah mengopi di Kluang RailCoffee yang tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai Oldest Kopitiam Railway in Malaysia Selepas check out di kami singgah ke kopitiam legend ni ...
Pekena Cendol Durian Bmi Nilai

Pekena Cendol Durian Bmi Nilai

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 96 hits
nbsp Selamat tahun baru 2025 alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 6 bulan Januari 2025 Permulaan baru untuk kita semua di awal tahun 2025 Semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan bermanfaat buat sesama insan dalam menc...
Long Champ Handbag Di Airport Bangkok

Long Champ Handbag Di Airport Bangkok

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 106 hits
Assalamualaikum uollz Nak cuti pun tak senang sebab kerja memanggil2 jadinya nak hilangkan stress ai pun show off nbsp handbag nbsp baru nbsp Alahai Long Cham je punnnnnn nbsp Followers ai pun tak heran nbsp Kekeke nbsp Tapi ori ye nbsp Bel...
Silicone Mold Maker Malaysia The Key To Precision Manufacturing

Pelaburan Adia Di Malaysia Bukti Kejayaan Kepimpinan Perdana Menteri

Kementerian Kaji Jual Beras Campuran Kata Mat Sabu

Macam Macam Najis Pengertian Contoh Cara Menyucikan

Riley Gaines Net Worth A Look At The Controversial Activist And Fox Nation Podcast Host S Wealth

Pil 1 And Penang Lrt A Self Inflicted Contradiction

Mood Perempuan Ketika Datang Bulan

Chicken Slices In Controversial Sandwich Have Halal Certificate Claims Producer


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


View Pagi Ni

Vivian Beryl Udah Sain Mati Chord

Dionela Marilag Chord

Panduan Cara Buat Online Banking Bsn

Senarai Peribahasa Bahasa Arab Beserta Maksud

Pakaian Penjawat Awam Etika Pakaian Penjawat Awam 2025