Mengopi Di D Tok Dang Cafe
Assalamualaikum WBT
TERASA lambat sungguh waktu bergerak di hari pertama tahun 2024 ni. Meh la Sk bawa pembaca mengopi dulu. Kita ke Parit Makuaseng, Benut, Pontian, Johor.
Susah nak sebut, kan.. nama Paritnya. Sk pun berapa kali nak ingat, Ma ku A Seng, begitulah agaknya sebutannya. Ia dikatakan diambil sempena nama La Makkuaseng yang datang meneroka kampung dan bercucuk tanam di sini pada tahun 1912.
Sk buat carian di facebook, kedai kopi di Pontian dan lalulah di wall, D'Tok Dang Cafe ni. Kemudian Sk cuba masukkan dalam aplikasi waze yang membawa kami tiga beranak ke Parit Makuaseng. Tak jauh sangat la ke dalam, lebih kurang tiga kilometer sahaja rasanya dari jalan utama Batu Pahat - Pontian
Tak sangka ya, dalam kampung ada cafe yang indah tersergam dengan ciri-ciri moden klasik. Pada mulanya Sk risau juga nak letak kereta sekadar di pinggiran di pinggir parit tapi ternyata pemilik cafe telah menyediakan kawasan parkir yang luas untuk pelanggan bersebelahan kafe
Sistem pesanan dibuat secara manual. Ada staf yang datang ke meja membawa menu dan mengambil pesanan. Kafe ni menawarkan menu local dan western yang tidak terlalu berat untuk disediakan. Harga pun berpatutan
Sementara tunggu pesanan makanan dan minuman dihidangkan, bolehlah layan dulu otak-otak, kacang rebus dan kacang kuda. Jika tak nak, jangan malu untuk pulangkan.
Suka suasana hijau di sekeliling cafe ni. Kalau nak santai-santai bolehlah duduk di sofa dengan meja kopi ni. Kalau nak makan berat, mungkin ia kurang selesa
Latte Tok DangSalted Caramel LatteToffee Latte
Puas hati sangat bila minuman sejuk dihidangkan dalam gelas macam ni. Salah satu kelainan yang dibawakan D'Tok Dang Cafe
Latte Tok Dang menggabungkan rasa latte dan berry, mengingatkan Sk pada menu Golden Gate SF Coffee yang menggabungkan rasa kopi dan oren
Kopi di D'Tok Dang bukan biashe-biashe tau
Pakkal la jauh dari rumah. Memang boleh masuk dalam list kena repeat ni
Cafe ni masih baru lagi rupanya, baru sebulan tapi dari jumlah pelanggan yang ramai petang tu ada potensi nampaknya untuk pergi lebih jauh. InsyaAllah.
D'Tok Dang Cafe
T/L 40 PMLParit Makuaseng, Benut, Pontian, Johor
No Telefon :014-7746024
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/01/mengopi-di-dtok-dang-cafe.html