Mengopi Di Coffee Mood
Assalamualaikum...
MASIH lagi berkisar di Ipoh, kali ini Sk ingin membawa anda ke sebuah cafe yang baru dibuka di Fair Park, Ipoh. Kalau di JB, agak sukar nak jumpa (atau Sk yang tak tahu) cafe begini yang diusahakan oleh orang melayu (semestinya muslim), tapi Alhamdulillah, jika anda ke Ipoh dan anda mengutamakan halalan toyyiban, apa kata anda singgah ke Coffee Mood yang menghidangkan aneka minuman cafein, coklat dan ais krim serta waffle. Sk tahu tentang Coffee Mood ni sejak kenal dengan Salmah Kopitiam la.. kerana tak silap Sk ownernya adalah orang yang sama, maaf jika salah ya Cik Salmah, hehehe.
Dah layan anak tekak Pak Inche yang nak sangat makan Nasi Kandar Pekan Lama, sekarang ni tibalah giliran Mak Inche, hahaha. Disebabkan kami hanya ada tiga hari sahaja di Ipoh, jadi, sebolehnya semua wishlist hendaklah dipenuhi termasuk salah satunya, mengopi di Coffee Mood. Kedudukan cafe ini bukan dalam kawasan tumpuan pelancong di Ipoh dan masih baru lagi justeru belum lagi viral dan diserbu macam Hokkaido Ice Cream Puff tu atau Salmah Kopitiam sendiri
Ice Lemon dan Ice Lemon Pineapple
Versi nenas tu sangat-sangat sedap, amatlah melegakan selepas makan sepinggan nasi kandar, hahaha
Ice Cream Toast pilihan Pak Inche kita. Sekali imbas macam Roti Ayang, yang Sk makan di Ayang's Cafe, Kota Bahru
Tropical Waffle untuk Cikwa. Waffle dengan ais krim dan ada potongan buah kiwi, strawberry dan pisang. Wafflenya gebu hingga ke potongan yang terakhir
Dah namanya mengopi, Caramel Machiato menjadi pilihan Sk. Lemak manis dan masin bersatu. Cuma tak berapa panaslah sebab susu dari peti sejuk, kan. Iman pilih Caramel Frappe, lupa tajuk dia, haha
Strawberry Chocolate Egg Waffle untuk Sk
Egg waffle tu pertama kali Sk makan, biasa nampak orang jual di kiosk-kiosk dalam mall tapi tak ada hati lagi nak membeli. Sedap jugak waffle telur ni, terdapat dua pilihan, original dan koko (tak silap)
Iman pilih marshmallow. Nama dalam menu, Whity Marsh Egg Waffle. Dihiasi dengan pritzel memang nampak mengancam. Tambah terancam bila ada yang mengacau. Menyakat orang ambil gambar nombor satu sebab tu kadang gambar tak semenggah, sabar ajelah
Coffee MoodFair Park, IpohDibuka setiap hari kecuali Isnin 12 tengahari hingga 10 malam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/09/mengopi-di-coffee-mood.html