Mengopi Di 7ujoh Kopi


 Assalamualaikum wbt
KHAMIS tiba lagi. Selain hari terakhir bulan Jun tahun 2022, hari ini juga merupakan hari terakhir bulan Zulkaedah 1443H. Esok, bermula 1 Zulhijjah 1443H. 10 hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga belah mertua di Kuala Terengganu, nampaknya Aidiladha ini akan disambut bersama keluarga Sk pula. 

Kelmarin, Sk berkesempatan ke 7ujoh Kopi yang masih bau cat lagi di Taman Pulai Makmur, bersebelahan dengan Maneh By Momo yang pernah Sk kunjungi sebelum ini. Sesuai dengan namanya, tentulah 7ujoh Kopi juga seperti kedai-kedai kopi lain yang menawarkan pelbagai jenis kopi kepada pelanggannya. Datang berdua saja dengan Iman, masa ni Pak Inche bertugas perlawanan JDT menentang PJ City di Stadium Sultan Ibrahim


Bagi Sk, menu kopi di sini tiada bezanya dengan menu di kebanyakan kedai kopi lain yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Tak teringat nak mencuba Kopi Desa iaitu signature coffee menu di sini, tapi yang depan ni Roti Johnny 'Dip' atau Roti John, haha. Sk sukalah Roti John yang simple macam ni daripada yang dipicit sos mayonis, sos cili dan sos keju di permukaan roti sampai meleleh-leleh tu. 'Dip' tu merujuk kepada sos pencicahnya

Iman pesan Spanish Latte dan Sk yang mencari suatu kelainan tidak ketemu, hanya memilih Cappucino


Sebenarnya agak hampa jugak bila menjejakkan kaki ke dalam cafe. Warna gelap yang menjadi latar dinding serta penggunaan lampu limpah menjadikan ruang restoran kelihatan suram dan gambar menjadi berbayang. Sakit kepala juga dibuatnya bila pandangan mata diganggu cahaya lampu limpah yang berwarna kuning. Mungkin masih ada kecelaruan dalam menerapkan konsep sebenar 7ujoh Kopi ni


Tidak banyak pilihan makanan, cuma pelbagai jenis roti. Menu agak membosankanlah, lain jika anda sejenis tak kisah jika makan roti sahaja. Untuk santai-santai, borak-borak, tempat ni mungkin sesuai. Tapi tulah, Sk ni jenis minum cepat, sebab tak suka kopi sejuk. Kalau perut tengah lapar terlampau, cafe ini tak sesuai untuk anda


Masih belum cukup kakitangan lagi. Siapa yang berminat nak jadi staf atau barista, bolehlah cuba nasib di 7ujoh Kopi, hehehe

7UJOH KOPI 
 36, Jalan Pulai Makmur 5/1, Bandar Baru Kangkar Pulai, 81300 Johor Bahru, Johor
Waktu Perniagaan : 
Thursday 12–9pmFriday 9am–9pmSaturday 9am–9pmSunday 9am–10pmMonday 12–9pmTuesday 12–9pmWednesday 12–9pm

Phone: 012-710 7009






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/06/mengopi-di-7ujoh-kopi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kopi Wonderbrew By Excelso Hadir Di Grab Intip Keistimewaannya

Kopi Wonderbrew By Excelso Hadir Di Grab Intip Keistimewaannya

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 201 hits
Sajian kopi memang tak pernah terpisahkan dari aktivitas sehari hari masyarakat Indonesia Menurut Asosiasi Eksportir dan Industri Kopi Indonesia konsumsi kopi nasional dalam 3 4 tahun terakhir melonjak dari 800 gram per kapita per tahun men...
Ong Seongwu Esom Teruja Terima Trak Kopi Dari Yoo Ahin Di Set Penggambaran

Ong Seongwu Esom Teruja Terima Trak Kopi Dari Yoo Ahin Di Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 145 hits
Ong Seong wu dan Esom teruja dengan hadiah menarik yang diberi Yoo Ah in Ong Seong wu baru baru ini memuat naik di akaun rasmi Instagram satu imej dirinya dan rakan lakonnya Esom dengan trak kopi yang dihantar oleh Yoo Ah in ke set filem ak...
Kedai Kopi Dijual Harga Lebih Rm126 Juta

Kedai Kopi Dijual Harga Lebih Rm126 Juta

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 238 hits
Sebuah kedai kopi di Yishun bertukar tangan pada harga SGD 40 juta dengan harga setiap kaki persegi mengatasi beberapa unit runcit aras bawah di kawasan beli belah utama Orchard Road Sebuah firma dipanggil Y848 membuat kaveat iaitu sebuah d...
Caffino Kapucino Segera Pertama Di Indonesia Yang Menggunakan Kopi Asli Dan Susu Asli

Caffino Kapucino Segera Pertama Di Indonesia Yang Menggunakan Kopi Asli Dan Susu Asli

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum Kopi memang best diminum tak kira waktu Tambahan pula kopi Caffino dengan rasa kopi asli dari bahan bahan berkualiti Caffino adalah kapucino segera pertama di Indonesia yang menggunakan kopi asli dan susu asli Caffino kapuci...
Perghhh Datuk Seri Di Mahkamah Bukan Di Kedai Kopi Zahid Ditegur Pendakwaan

Perghhh Datuk Seri Di Mahkamah Bukan Di Kedai Kopi Zahid Ditegur Pendakwaan

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 253 hits
BERITADatuk seri di mahkamah bukan di kedai kopi Zahid ditegur pendakwaan3Pihak pendakwaan hari ini menegur Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti kedai kopi atau mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semasa men...
The Alley Mengeluarkan Empat Minuman Baru Berasaskan Kopi Dan Koko Hojicha

The Alley Mengeluarkan Empat Minuman Baru Berasaskan Kopi Dan Koko Hojicha

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 248 hits
Jenama teh gaya hidup The Alley bersedia untuk melancarkan rangkaian minuman berasaskan kopi serta minuman teh istimewa dalam Siri Kopi dan Siri Masa Terhad mereka untuk penggemar kopi dan teh di seluruh Malaysia Alley ians akan dapat menik...
Aksi Serentak 1001 Orang Saring Kopi Di Banda Aceh Pecahkan Rekor Muri

Aksi Serentak 1001 Orang Saring Kopi Di Banda Aceh Pecahkan Rekor Muri

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 234 hits
Kota Banda Aceh mencatat rekor di Museum Rekor Dunia Indonesia untuk saring kopi dengan peserta terbanyak 1001 orang Kegiatan saring kopi dengan ribuan peserta itu dilakukan secara serentak
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos