Mengkafirkan Pemerintah Yang Tidak Menjalankan Hukum Allah



Salah Faham

Terdapat golongan tertentu yang mengkafirkan pemerintah kerana didakwa tidak berhukum dengan hukum Allah SWT, lalu bertindak menghalalkan darah dan mengisytiharkan perang ke atas mereka. Bagaimanakah pendirian kita terhadap pemikiran sebegini?

Pencerahan

Pada hakikatnya, kita tidak mengetahui alasan lain yang digunakan oleh golongan yang memerangi pemerintah kecuali dengan mendakwa pemerintah telah kafir dalam erti terkeluar daripada Islam. Punca terkeluar daripada Islam pula adalah kerana tidak berhukum dengan hukum Allah SWT. Bagi menjawab persoalan ini, dua perkara yang perlu dijelaskan adalah seperti:

Siapakah yang dimaksudkan dengan pemerintah Muslim?Apakah sandaran yang digunakan untuk mengkafirkan pemerintah Muslim?
Pertama, pemerintah Muslim adalah orang yang tidak melakukan kekufuran yang nyata atau menyeru kepadanya. Selagi mana dia tidak melakukan sedemikian, maka dia berhak untuk mendapat ketaatan daripada rakyatnya. Begitu juga nasihat daripada ahli ilmu dan golongan pakar. Dia juga berhak mendapat hak-haknya berdasarkan undang-undang atau perlembagaan sesebuah negara sebagaimana yang telah dipersetujui bersama oleh pemerintah dan rakyat.

Banyak nas syarak yang menjelaskan kewajipan mentaati pemerintah dan larangan memerangi mereka. Antaranya adalah hadith-hadith berikut:

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى المَرْءِ المُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ
“(Wajib) dengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap orang Muslim pada apa yang dia suka dan dia benci, selagi mana dia tidak diperintah melakukan maksiat, apabila dia diperintah melakukan maksiat, maka tiada lagi dengar dan taat.” [Riwayat al-Bukhari (7144)]

Hadith di atas jelas menunjukkan, jika seseorang pemerintah itu menyuruh kepada kemaksiatan sekalipun, rakyat masih tidak dibenarkan untuk memerangi mereka. Tetapi cukup dengan tidak mentaati perintah tersebut. Ini sebagaimana dalam hadith yang lain, Baginda SAW bersabda:

خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ، وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ»، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ؟ فَقَالَ: «لَا، مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلَاةَ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ، فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ، وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ
“Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka meyintai kamu, mereka mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka. Manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.” Lalu baginda ditanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah kita boleh memerangi mereka dengan pedang?” Baginda bersabda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat bersama kamu. Jika kamu melihat sesuatu yang kamu benci daripada pemimpin kamu, maka bencilah perbuatannya, dan jangan meninggalkan ketaatan (kepadanya).” [Riwayat Muslim (65)]

Bahkan sememangnya Rasulullah SAW telah memberikan perkhabaran agar umat Islam bersiap sedia untuk menerima pelbagai ragam pemerintah. Termasuk mereka yang zalim dan bergelumang melakukan maksiat. Sabda Rasulullah SAW:

يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لَا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ، وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي، وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ»، قَالَ: قُلْتُ: كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللهِ، إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ؟ قَالَ: «تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلْأَمِيرِ، وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ، وَأُخِذَ مَالُكَ، فَاسْمَعْ وَأَطِعْ.
“Akan datang selepasku, para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dengan petunjukku, tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan ada kalangan mereka pemerintah-pemerintah yang hati mereka bagaikan hati para syaitan dalam jasad seorang manusia.” Dia (Huzaifah bin al-Yaman) bertanya: “Bagaimana aku perlu lakukan jika aku sempat melalui demikian itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Dengar dan taat kepada pemerintah walaupun dipukul belakangmu dan dirampas hartamu, maka dengarlah dan taatlah.” [Riwayat Muslim (52)]

Dalam menjelaskan hadith-hadith di atas, al-Nawawi mengatakan perbuatan memberontak terhadap pemerintah itu haram secara ijma'. Walaupun mereka terdiri dari kalangan golongan yang fasik lagi zalim. Bahkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah ijma' bahawa seseorang pemerintah tidak boleh dilucutkan dengan sebab kefasikan. Al-Nawawi menolak pendapat sesetengah para ulama' fiqh yang mengatakan pemerintah boleh dijatuhkan bahkan menganggap ia pendapat yang silap dan menyalahi ijma'. Beliau menegaskan pengharaman tersebut berdasarkan akibat terhadap perbuatan tersebut yang boleh membawa kepada fitnah, pertumpahan darah dan perpecahan sehingga mudaratnya menjadi lebih besar berbanding kekalnya mereka di tampuk pemerintahan. (Lihat Syarh Sahih Muslim, 12/229)

Ini menunjukkan bagaimana syarak melihat kepada fiqh implikasi atau risiko daripada perbuatan memberontak dan memerangi pemerintah. Ketiadaan pemerintah akan menjadikan negara huru hara tanpa sistem. Ini bukan bermakna kita mengatakan pemerintah boleh melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsunya, bahkan pemerintah itu sendiri hendaklah terikat dengan sistem pengawalan berdasarkan institusi keadilan dan penguatkuasaan sedia ada.

Adapun hujah akalnya, ia bermaksud untuk mengelakkan fitnah dan menjamin keamanan rakyat. Hujah ini berdalilkan hadith ‘Ubadah bin al-Samit R.A:

أَنْ بَايَعَنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، فِي مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا، وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا، وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ الأَمْرَ أَهْلَهُ، إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا، عِنْدَكُمْ مِنَ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ
Di antara bai'ah yang Baginda ambil daripada kami adalah kami berbai'ah untuk mendengar dan taat, baik saat semangat atau lesu, sulit atau lapang dan mengalahkan kepentingan kami serta tidak menggulingkan pemerintahan daripada pemiliknya. Baginda berkata: “Kecuali jika kalian melihat kekufuran yang jelas telah kalian dapat buktinya dari Allah SWT.” [Riwayat al-Bukhari (7056)]

Demikian Rasulullah SAW daripada awal cuba memadamkan bibit-bibit kemunculan kumpulan pelampau sebegini yang pada hari ini didalangi oleh kumpulan pengganas antarabangsa. Mereka ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meniupkan fitnah ke dalam penganut agama ini agar melakukan tindakan yang di luar batas agama dan kemanusiaan.

Kedua, golongan tersebut menyandarkan hujah kekufuran para pemerintah adalah berpunca daripada tindakan mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah SWT. Ia berdasarkan firman Allah SWT:

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.” (Surah al-Ma’idah: 44)

Hujah mereka ini adalah batil berasaskan dua sebab berikut:

1. Pengkafiran tersebut dilakukan secara mutlak tanpa mengambil kira faktor-faktor yang menyebabkan kekufuran. Ia juga dilakukan tanpa melihat sama ada ia bertepatan dengan Maqasid Syariah ataupun tidak. Maka segala hukum yang ditetapkan oleh golongan ini dilakukan tanpa ilmu dan penyelidikan. Mereka terjebak dalam mengkafirkan sesuatu perbuatan yang hanya menyalahi keutamaan (khilaf awla), atau pendapat yang tidak kuat (ra’yun marjuh) yang dipilih disebabkan oleh maslahah tertentu yang tidak difahami oleh mereka. Sedangkan dengan maslahah tersebut mungkin menjadikan pendapat yang marjuh itu rajih dan pendapat yang rajih itu marjuh, tertakluk kepada perubahan masa, tempat dan situasi.

Bagi mereka, hanya dengan berhukum dengan hukuman yang menyalahi syariat Allah SWT, maka ia dihukumkan kafir. Padahal maksud ayat tersebut tidak boleh difahami secara literal dan simplistik sedemikian. Seseorang yang beriktikad bahawa hukum Islam adalah yang terbaik, namun disebabkan situasi dan keadaan yang tidak mengizinkan, memaksa ia berhukum dengan selainnya, maka ini tidak menjadikan ia kafir. Sebagaimana situasi darurat boleh berlaku kepada individu, demikian juga darurat boleh berlaku kepada sesebuah kerajaan yang memerintah.

2. Dalam membahaskan surah al-Ma’idah ayat 44 di atas, ia perlu dirujuk kepada perbahasan ulama dan tidak boleh difahami secara literal. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada Ibn 'Abbas:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Surah al-Ma’idah :44)
Bukannya kekafiran pada Allah, para malaikat, kitab-kitab, dan para Rasul.” (Lihat Tafsir al-Tabari, 10/355)

Riwayat lain dari beliau tentang ayat ini:

لَيْسَ بِالْكُفْرِ الَّذِي يَذْهَبُونَ إِلَيْهِ إِنَّهُ لَيْسَ كُفْرًا يَنْقِلُ عَنِ الْمِلَّةِ {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ} [المائدة: 44] كُفْرٌ دُونَ كُفْرٍ "
“Itu bukan kekafiran yang mereka fahami, itu bukan kekafiran yang mengeluarkan dari Islam, kekafiran yang bukan kekafiran (akbar).” [Lihat al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain, 2/342 (No. 3219)]

Ibn Kathir menukilkan dalam Tafsirnya dari al-Hakim, bahawa beliau berkata: “Sahih memenuhi syarat Syaikhain.” (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 3/109)

Pada riwayat lain dari beliau, melalui riwayat Ali bin Abi Thalhah dari Ibn Abbas, berkata: “Siapa yang menentang apa yang diturunkan Allah maka dia telah kafir, sedangkan siapa yang mengakuinya tetapi tidak berhukum dengannya maka dia zalim lagi fasik.” (Lihat Tafsir al-Tabari, 10/355)

Menurut al-Syanqiti, para ulama berkhilaf mengenai kepada siapakah ayat ini ditujukan. Adakah ditujukan kepada orang Islam atau orang kafir? Diriwayatkan daripada al-Sya’bi ia diturunkan kepada orang Islam. Daripada beliau juga terdapat riwayat ia diturunkan kepada Yahudi. Daripada Tawus pula meriwayatkan ia diturunkan kepada orang Islam. Tetapi yang dimaksudkan dengan kufur bukan kufur yang mengeluarkan daripada Islam. Demikian juga seperti yang dinyatakan oleh Ibn ‘Abbas. (Lihat Adhwa’ al-Bayan fi Idhah al-Qur’an bi al-Qur’an, 407)

Al-Qurtubi berpandangan semua ayat 44, 45 dan 47 dari surah al-Ma’idah turun kepada orang kafir. Ini sebagaimana yang sabit dalam hadith al-Bara’ yang diriwayatkan oleh Muslim. Adapun orang Islam, maka ia tidak menjadi kafir walaupun melakukan dosa besar. Dikatakan pada ayat tersebut diandaikan; sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah kerana menolak al-Quran, dan membantah kata-kata Rasulullah SAW, maka ia kafir. Ini pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Abbas dan Mujahid. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 6/190)

Menurut Ibn Mas’ud dan al-Hasan, ayat tersebut turun secara umum ke atas setiap orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah sama ada orang Islam, Yahudi dan golongan kafir yang lain, yakni disertai dengan iktikad dan mengharuskannya. Adapun mana-mana orang Islam yang melakukannya tetapi kekal beriktikad akan keharamannya, maka ia termasuk dalam kalangan orang yang fasik. Mereka tertakluk kepada kehendak Allah SWT sama ada diazab atau diampunkan. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 6/190)

Secara kesimpulannya, al-Syanqiti menyimpulkan, ketiga-tiga ungkapan iaitu kufur, zalim dan fasik dilafazkan oleh syarak dengan membawa dua maksud. Adakala ia memberi maksud maksiat dan di tempat lain ia memberi maksud kufur yang terkeluar daripada Islam. (Lihat Adhwa’ al-Bayan fi Idhah al-Qur’an bi al-Qur’an, 407)

Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan di atas, jelas menunjukkan tidak boleh sama sekali sewenang-wenangnya mengkafirkan pemerintah secara semberono. Apatah lagi untuk menghukum darah mereka halal hingga boleh dibunuh. Ini berdasarkan dalil-dalil yang jelas melarang kita daripada memerangi pemerintah hanya disebabkan kefasikan dan kemaksiatan yang dilakukan oleh mereka. Demikian juga, nas-nas al-Quran yang menyebutkan tentang kekafiran golongan yang tidak berhukum dengan hukum Allah SWT tidak boleh diambil secara literal tetapi mestilah difahami dalam konteksnya sebagaimana yang telah dijelaskan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman Islam yang benar dan menjauhkan kita daripada sikap melampau dan ekstrim yang meruntuhkan agama. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/mengkafirkan-pemerintah-yang-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perintah Beriman Kepada Allah Rasul Nya Menjalankan Syariat Agama Dan Berdoa Kepadanya

Perintah Beriman Kepada Allah Rasul Nya Menjalankan Syariat Agama Dan Berdoa Kepadanya

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 362 hits
Ibnu Abbas R A berkata Ketika utusan Abdul Qays datang kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya Utusan siapakah kalian Jawab mereka Rabiah Maka disambut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan ucapan Selamat datang rombongan utusa...
Allah Menerangkan Suatu Hukum Agar Kita Tidak Sesat

Allah Menerangkan Suatu Hukum Agar Kita Tidak Sesat

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 172 hits
ALLAH MENERANGKAN SUATU HUKUM AGAR KITA TIDAK SESATFirman Allah SWT Surat An Nisa 176 Terjemahan Allah menerangkan kepada kamu supaya kamu tidak sesat Dan Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu
Hukum Kebiri Kucing

Hukum Kebiri Kucing

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 444 hits
Hukumnya Mengebiri Kucing Pertanyaan Ustadz Apa Hukumnya Kebiri Kucing Mohon Penjelasannya Jawaban Bismillah walhamdulillah Wassholatu wassalamu ala Rasulillah Saudara saudariku yang kami cintai karena Allah pada dasarnya binatang memiliki ...
Hukum Guna Ruangan Solat Untuk Demonstrasi Taekwondo

Hukum Guna Ruangan Solat Untuk Demonstrasi Taekwondo

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 287 hits
Soalan Semasa jamuan raya di surau kondominium saya terdapat satu aktiviti demonstrasi Taekwondo yang dilakukan di ruang solat Sepertimana yang kita tahu ruang solat surau digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT Saya khuatiri perkara ter...
Hukum Sukan Gusti Bagi Wanita Apa Kata Ustaz Azhar Idrus

Hukum Sukan Gusti Bagi Wanita Apa Kata Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 636 hits
UNTUK maklumat lanjut mengenai hukum wanita bergusti dalam Islam sila lihat ini Hukum Bersukan Dalam Islamoleh Syeikh Atiyyah SaqrKetua Lujnah Fatwa Universiti Al Azhar Mesir Pertamanya kami ingin memaklumkan bahawa Islam membenarkan apa ap...
Hakim Mk Ragukan Kuasa Hukum Gerindra Tak Ada Rekomendasi Pimpinan Partai

Hakim Mk Ragukan Kuasa Hukum Gerindra Tak Ada Rekomendasi Pimpinan Partai

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 124 hits
Hakim MK Ragukan Kuasa Hukum Gerindra Tak Ada Rekomendasi Pimpinan Partai Kemudian Ali langsung menjawab bahwa dia mengantongi rekomendasi dari Gerindra sebagai kuasa hukum Tetapi Arief kembali menimpali jawaban Ali dan masih meragukan keas...
Kecoh Isu Hukum Halal Haram Bubble Tea

Kecoh Isu Hukum Halal Haram Bubble Tea

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 518 hits
Bubble Tea sekarang ni memang fenomena dekat Malaysia Semua orang nak try sebab lain tempat lain ingredient dia Pasal isu ingredientni lah yang buat ramai orang ada keraguan untuk beli dan minum Tak salah kalau kita ada doubt pasal halal ha...
Tkn Persoalan Hukum Dan Ham Harus Dirampungkan Jokowi

Tkn Persoalan Hukum Dan Ham Harus Dirampungkan Jokowi

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 149 hits
Dalam pidato kemenangannya bertajuk Visi Indonesia Jokowi tidak menyinggung isu hukum dan HAM yang juga masih menjadi PR nya Menanggapi ini Direktur Program TKN Jokowi Ma ruf Aria Bima mengatakan kedua hal itu tetap jadi prioritas dan tugas...
Hukum Tidur Meniarap

Hukum Tidur Meniarap

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 284 hits
Soalan Apakah hukumnya ketika hendak tidur kita tidur dalam keadaan meniarap Jawapan Tidur dalam keadaan meniarap tanpa keperluan apa apa adalah makruh hukumnya Rasulullah saw bersabda Sungguhnya tidur meniarap itu tidak disukai oleh Allah ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids