Menginap Satu Malam Di Royale Chulan Seremban


 Assalamualaikum WBT 



DARI Temerloh, kami tidak terus pulang ke Johor sebaliknya menuju ke Seremban. Macam biasalah, ikut jalan kampung baru tak ngantuk, kata PI. Tapi sudahnya, kita jugak yang kena bersengkang mata, haru betul! 

Berhenti makan tengahari yang tak berapa nak tengahari dah. Tak ingat apa nama kedai ni tapi tak jauh dari Istana Menanti. Lauk pun dah tinggal koret-koret tapi lauk yang PI boleh masuk, ada, kira okey la. Paling best Sk dapat tu lauk Itik Salai Masak Lemak Cili Api. 

Untuk dua pinggan nasi tu termasuk dua gelas limau ais, RM21. Tengah-tengah makan tu nampak pekedai dah mula mengemas. Kami pun tak menunggu lama, lepas makan, habiskan air terus menghala ke hotel yang PI tempah semasa di Temerloh melalui panggilan telefon. Old skul kan, hihi. Sebabnya nak kena dapatkan government rate, kenalah telefon terus ke hotel. Tapi, kadang-,kadang jika harga di platform lebih murah, staf hotel akan minta kami buat tempahan dalam platform seperti agoda atau booking.com. Ada juga hotel yang tiada government rate


Sebaik masuk ke ruang lobi Royale Chulan Seremban, tanjat tengok empat barisan panjang tetamu sedang daftar masuk. Cuti sekolah, kan


Kali kedua dah menginap di RCS ni. Rangkaian hotel RC antara hotel favourite kami. Taip jer Royale Chulan di ruangan carian di side bar, jika nak baca sejarah penginapan kami di RC


Executive Double Bed Room ni kami dapat harga RM260/night (gov rate) termasuk sarapan untuk dua orang. Bilik kami kali ni di aras 9


Bilik di RCS ni lebih luas dari bilik di RC The Curve. Dekat sana katil dia saiz permaisuri jer, sini saiz raja. Kalau ambil extra bed pun masih selesa lagi la nak letak dalam bilik


Perabot kayu diterapkan ke dalam bilik termasuklah almari berpintu


Lengkap dengan peti keselamatan, sejadah, seterika dan papan penggosok


Sampai hotel wajiblah bancuh Teh O Panas untuk tuan penaja, hahaha


Kelengkapan mandian dan kebersihan diri pun lengkap


Hiasan sempena menyambut hari kemerdekaan memeriahkan ruang restoran ketika bersarapan esoknya. Ramai tetamu, mujurlah kami turun awal terus dapat meja walaupun tak dekat sangat dengan buffet line. 

Kali ni Sk tak rasa nak makan western breakfast. Ambil mihun goreng dan nasi goreng, wedges dan sosej dulu


Nampak ada tetamu pegang pinggan berisi nasi berwarna biru. Sk sangkakan nasi kerabu, rupanya nasi lemak. Kesian PI, dia mana la makan nasi lemak warna lain kecuali kuning dia masih boleh terima lagi, hihi


Masa Sk cari nasi biru yang Sk sangka nasi kerabu tu, kan.. jumpa pulak nasi dagang. Sedap sangat nasi dagang dengan gulai ikan tongkol tu. Selepas sarapan, Sk memuji keenakan nasi dagang tersebut kepada staf yang mengambil pinggan dari meja kami, menurut staf tersebut, chef yang menyediakan nasi dagang tu berasal dari Terengganu. Oh, patutlah sedap, terasa dimasak dengan penuh kasih-sayang


Lempeng pisang dan sambal sardin. Bunyinya pelik tapi sedap pulak bila lempeng pisang dimakan bersama sambal sardin tu. Bila bancuhan lempeng pisang habis, mereka buat lempeng biasa pulak


Dekat label tulis ubi tapi bila buka periuk isinya keledek. Kata PI, betullah tu, ubi. Ahhh, kita Johorean kalau ubi tu maknanya ubi kayu, kalau keledek, kita sebut keledek, hihi


Aaa.. ni la nasi lemak biru. Sk tak cuba pulak nasi lemaknya tapi nampak ramai yang ambil. 

Ada dua buah mesin kopi disediakan tapi beratur lama. Sebabnya, satu mesin ok, nanti satu mesin bermasalah. Bila dah selesaikan masalah mesin tu, mesin lagi satu pulak bermasalah, hahaha. Masalahnya lagi, setiap satu bancuhan kopi dapat setengah cawan aje jadi masing-masing set dua kali untuk penuhkan cawan. Tapi, ada aje disediakan teh o, teh tarik dan kopi dalam dispenser lain, cuma tu la, kita nak minum latte dan cappuccino kenalah ambil di mesin kopi


Kuih talam tu sedap, pastries pun sedap. Sk panaskan sekejap dalam ketuhar kecik yang disediakan di kaunter roti. Lepas makan, kami naik semula ke bilik. Memandangkan esok tu masih cuti lagi, jadi tak perlu terkejar-,kejar nak balik. PI pulak nak ajak makan di Restoran Jayamas, jadi kena tunggu tengahari la baru check out, bagi lapar sikit


Nak sangat PI makan Hainan Chicken Chop di Restoran Jayamas ni. Dia memang jenis tak makan banyak masa sarapan, kan, jadi, bolehlah masuk chicken chop ni. Sk mampu minum air jer la sambil tolong makan carrot tu. Banyak betul la diorang letak bawang dalam ni, dah satu hal kena pilih bawang pulak tolak tepi. Restoran Jayamas ni konsep dia samalah macam restoran Hainan kat Rembau (tak silap) tu kan. Kalau di Johor (JB) kita ada It Roo dan Hwa Mui

Burppp.. Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/09/menginap-satu-malam-di-royale-chulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Hari 1 Malam Menginap Di Zenith Hotel Putrajaya

2 Hari 1 Malam Menginap Di Zenith Hotel Putrajaya

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1104 hits
Encik Suami ada acara main badminton lagi di Bangi Dah jadi acara bulanan dah nampaknya Sesekali ada acara bersama kawan kawan bersukan why not join sekaki Encik Suami je lah main Saya jadi penonton dan penyokong setia je perati di tepi gel...
Menginap 1 Malam Di Vip Hotel Segamat

Menginap 1 Malam Di Vip Hotel Segamat

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1590 hits
Assalamualaikum WBT LAGI dua hari sahaja kita dapat berjimba jimba Hari ini seperti yang diumumkan PMX seluruh rakyat Malaysia diberi cuti tambahan sempena cuti Hari Malaysia esok Ialah kalau tak dapat cuti tambahan ni tentu tentu Sk terpak...
Dua Hari Satu Malam Di Air Beruk Campsite Gerik

Dua Hari Satu Malam Di Air Beruk Campsite Gerik

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1519 hits
Catatan 23 24 Ogos 2025 Perancangan saat akhir cuti cuti back to nature saya dan Encik Suami menginap di sebuah chalet berhampiran aliran sungai Saya cari lokasi dan buat tempahan dua hari sebelum pergi Lokasi kali ini Air Beruk Campsite ya...
Permandangan Malam Jambatan Seri Wawasan Putrajaya

Permandangan Malam Jambatan Seri Wawasan Putrajaya

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 736 hits
Sampai bilik dari makan malam di dah jam 11 00 lebih Berehat lah dulu sementara menunggu makanan hadam Layan permandangan malam melihat suasana Tasik Putrajaya pada waktu malam Diserikan lagi dengan Jambatan Seri Wawasan Putrajaya yang cant...
Doa Malam 21 Sept 2025

Doa Malam 21 Sept 2025

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2171 hits
Malam ini aku maafkan mereka mudah mudahan suatu hari aku juga dimaafkan
Doa Malam 25 Sept 2025

Doa Malam 25 Sept 2025

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 711 hits
Ya Allah pada malam yang hening ini aku serahkan segala lelah luka dan resah kepada Mu Aku belajar untuk melepaskan meski hati masih menyimpan sisa perit yang sukar dilupa Aku maafkan Ya Allah walau kadang rasa itu masih mengetuk dan meluka...
Tapau Soto Nasi Lemak Daun Pisang Untuk Makan Malam

Tapau Soto Nasi Lemak Daun Pisang Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1708 hits
Assalamualaikum WBT SEHARI sebelum jalan jalan ke Port Dickson masa cuti Maulidur Rasul kami tak keluar makan malam Ambil mood nak kemas luggage hehehehe PI minta Sk singgah Empire Wak Lan tapau Mihun Soto Lupa nak pesan mihun soto jangan l...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bunga Halia

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568