Menginap Di The Youniq Hotel Sepang
Bila banyak sangat perancangan nak kesana dan kesini, terpaksalah kita mencari hotel untuk berehat. Hari Sabtu nak pergi ke Sabak Bernam, hari Ahad nak ke KLIA. Jadi, kami ambil keputusan menginap di Sepang je lah selepas ke Sabak Bernam.
Malas nak balik ke rumah di Seremban semula hari Sabtu tu sebab hari Ahad nak ke KLIA pula kan. Survey punya survey, kami pilih menginap di The youniQ Hotel Sepang, tak jauh dari KLIA. Lebih kurang 15 minit macam tu ke KLIA.
Hari Sabtu lambat sikit check in gara-gara menyinggah di AEON Nilai membeli hadiah birthday untuk kakak. Lepas tu barulah check in.
View hotel dari depan. Luaran dia dihiasi dengan pokok yang menghijau. Ada pokok bucida yang tinggi melangit dan juga calathea. Dari jauh kulihat hijau. Cantik dan sejuk mata memandang.
Ruang lobby yang luas dengan dekorasi yang agak vintage. Urusan check in cepat tak sampai 5 minit tanpa perlu deposit.
Kami dapat bilik tingkat 2. Ada tunjuk arah yang sebesar alam ni. Mudah nak mencari nombor bilik pun
Kami booking bilik Super Deluxe Room. Ruang yang agak besar juga. Kira selesalah kalau untuk berehat dan tidur. Lantai melekit sikit mungkin baru lepas mop kot. Tapi tak jadi masalah, masalah kecil je tu.
Cantik juga Interior Design (ID) The youniQ Hotel, gaya industri dan moden macam tu. Mujur dapat bilik ada tingkap, taklah rimas. Dalam gambar meja menghadap tingkap tapi dapat bilik Super Deluxe Room layout lain sikit.
Ruang bancuh kopi. Disediakan kettle, cawan, juga dan 2 sachet kopi
bilik air yang agak luas jugalah. Air sejuk dan panas ok. Air pun laju je. Masalah kulat di bilik air hotel memang tak dapat di elakkan. Jarang jumpa bilik air yang bersih. Itu kira biasa lah kan.
Disediakan body shower gel dan shampoo. Tapi kami dah biasa bawa toiletries sendiri. Tak boleh pakai sabun dan shampoo hotel. Kulit kasar dan keras kejung rambut nanti.
Menarik gaya sinki youniQ hotel ni. Boleh tiruvasi kalau nak renovate bilik air
Tertarik juga dengan lampu hiasan yang digantung ni
Tak lupa juga untuk bergambar di cermin besar. Puas hati kalau bilik hotel ada cermin besar macam ni. Sekarang ni kebanyakkannya bilik hotel ada cermin besar ni kan.
Check in, letak barang dan ambil gambar. Lepas tu berdesup ke Sabak Bernam mengejar masa untuk celebrate birthday kakak. Lepak sana sampai jam 12:00 tengah malam. Sampai Sepang jam 2:00 pagi. Mandi dan barulah sempat berehat, tidur recharge energy.
Lepas solat subuh, sarapan roti. Lepas tu dapat lah tambah masa tidur sikit sebelum check out dan gerak ke KLIA. Sekejap je lah kami berehat di sini. Lebih kurang tidur 4 jam lebih gitu. Okaylah dapat berehat kejap dari tak rehat lansung kan. Hotel pun selesa dengan harga berpatutan.
Di sekitarnya ada hotel-hotel lain juga. Sebaris dengan ADMAL Aviation College dan berhadapan dengan jalan besar utama. Dia kadang-kadang terganggu juga dengan bunyi kenderaan lalu-lalang terutamanya bunyi motor yang kuat tu. Sabar je lah. Tapi kalau dah penat, malas nak layan dah bunyi-bunyian bising di luar tu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/12/youniq-hotel-sepang.html