Menginap Di Swiss Garden Hotel Melaka
Assalamualaikum WBT
GELAP langit pagi ini. Sesekali terdengar bunyi guruh sayup-sayup. Lantai di car porch pun dah lama basah dan hujan turun seolah tidak mahu berhenti. Susah hati juga sebab hari ini dah RSVP Majlis Walimatulurus sepupu Sk, Kak Munirah dan Abang Ismail.
Sebuah lagi catatan perjalanan masa Cuti Hari Pekerja yang lepas. Seperti biasa urusan tempahan hotel dilakukan Pak Inche melalui panggilan telefon dan beliau memilih untuk menginap di Swiss-Garden Hotel Melaka yang terletal di pinggir Sungai Melaka
Lobi hotel terletal di ground floor dan bangunan hotel bersambung dengan sebuah mall dan sebuah lagi hotel, The Shore. Perlu letak kereta di aras 3A dan ambil lif di aras yang sama dengan mall turun ke lobi untuk daftar masuk. Lif ke car park dan lif ke bilik tamu berlainan, agak leceh jugak pada mulanya. Satu lagi kekurangan, tiada parkir percuma untuk tetamu hotel dan perlu bayar RM10 (Guna touch'n'go) dan bayaran dicaj cuma sekali sahaja tak kisahlah berapa malam kita menginap
Bilik luassssss, cantik dan selesa serta mempunyai balkoni. Kami menginap di tingkat 19
Sebuah meja pejabat disediakan sesuailah dengan situasi Pak Inche yang ada saja kerjanya nak kena buat
Kelengkapan kopi dan teh serta mineral water. Peti sejuk cepat sejuk. Juga disediakan seterika dan papan penggosok. Pancuran air shower sederhana laju dan hanya tuala mandi disediakan
Pemandangan kolam renang dari tingkat 19.
Kedudukan hotel sailing mengadap membentuk satu ruang di tengah-tengah yang ada swimming pool tu
Sarapan pagi di hotel haruslah dimulakan dengan American Breakfast. Pak Inche yang biasa makan nasi lemak pun makan American Breakfast jugak
Ada Lontong.. sedaplah lontongnya. Tak ingat Pak Inche makan apa lagi lepas tu, telur dengan roti kot. Pak Inche tu pagi-pagi mana nak makan Banyak, yang kuat melantak, Tuan Tanah Kedaung Ni, hahahahah
Kami check out awal dan meneruskan perjalanan ke KL. Petangnya Pak Inche perlu menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya syarikat mewakili cawangan Johor. Saja gerak awal, manalah tahu kalau jammed, lebuhraya ni kadang-kadang sukar dijangka. Lagipun sampai awal tak kalut, hehehehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/05/menginap-di-swiss-garden-hotel-melaka.html