Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara


Rancangan Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan jangka masa panjang, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata langkah menaikkan kadar sewa itu tidak seharusnya dipertimbangkan sebagai jalan penyelesaian dalam menghadapi isu peningkatan kos operasi atau ancaman kepada industri, sebagaimana yang didakwa persatuan.
“Ia tidak akan membantu industri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Trofi Premier Sarawak bagi Kejohanan Tenis Remaja di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan presiden MyBHA Sri Ganesh Michiel pada hari Sabtu lepas, bahawa hotel bajet Sarawak akan menaikkan kadar sewa bilik mereka sekiranya tiada sebarang langkah diambil terhadap pelbagai aktiviti yang mengancam perniagaan mereka.
Antara ancaman yang disentuh Sri Ganesh adalah berkaitan operator hotel tidak berlesan yang menawarkan sewa bilik jangka pendek, aktiviti agensi pelancongan tanpa penyeliaan, di samping kos operasi yang melonjak.
Abdul Karim berkata kementeriannya serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah bekerja keras untuk menganjurkan lebih 200 acara setiap tahun bagi menarik pelancong datang ke Malaysia, yang seterusnya memberi manfaat kepada industri perhotelan.
Beliau berkata bagi Sarawak, acara-acara berkenaan itu telah menarik kehadiran ramai pelancong, yang pastinya perlu tinggal di hotel, dan ini membuatkan kadar sewa bilik hotel terus meningkat.
“Mereka perlu tinggal di suatu tempat walaupun tanpa anda (hotel) melakukan pemasaran (promosi). Industri ini berkembang maju. Bersyukurlah,” katanya.
Merujuk kepada isu pengusaha tidak berlesen yang menjejaskan perniagaan hotel bajet, beliau berkata walaupun proses pelesenan hotel terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, kementeriannya sedia bekerjasama bagi memastikan semua pengusaha di negeri ini dikawal selia.
“Kita akan meneliti perkara ini dan membincangkannya dengan kerajaan tempatan, mengenai cara untuk menanganinya,” katanya.
— BERNAMA
The post Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2024/04/23/kenaikkan-harga-hotel-bajet-bakal-jejaskan-industri-pelancongan-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 274 hits
Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia mengesyorkan supaya kerajaan memberi kelonggaran kepada industri perhotelan mendapatkan pekerja asing bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja tempatan ketika ini Timbalan Presiden MyBHA Dr Sr...
Hotel Bintang Tiga Dibangun Untuk Penuhi Kebutuhan Aparatur Negara Di Ikn

Hotel Bintang Tiga Dibangun Untuk Penuhi Kebutuhan Aparatur Negara Di Ikn

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 154 hits
Hotel bintang tiga pertama di IKN ini Rencananya akan mulai beroperasi sebelum 17 Agustus
Trik Liburan Hemat Bisa Dapat Tiket Pesawat Dan Hotel Harga Murah

Trik Liburan Hemat Bisa Dapat Tiket Pesawat Dan Hotel Harga Murah

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 164 hits
Laporan tren perjalanan Expedia menunjukkan peningkatan harga penginapan hotel bintang tiga yang lebih terjangkau
Robotik Yang Menakjubkan Bagaimana Kecerdasan Buatan Merubah Industri

Robotik Yang Menakjubkan Bagaimana Kecerdasan Buatan Merubah Industri

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 244 hits
Robotik yang Menakjubkan Kecerdasan Buatan Merubah Industri Di era modern ini teknologi robotik dan kecerdasan buatan berkembang pesat merevolusi berbagai aspek kehidupan dan industri Robotik yang dipadukan dengan AI telah memicu perubahan ...
Mengenal Pafi Dan Peranan Pafi Dalam Industri Kesehatan

Mengenal Pafi Dan Peranan Pafi Dalam Industri Kesehatan

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 219 hits
Dunia farmasi memang selalu menjadi rublik yang cukup hangat untuk diperbincangkan terlebih pada masa pandemi beberapa tahun silam Dunia farmasi seolah olah menjadi ujung tombak dalam rangka pemenuhan obat obatan untuk penanganan covid 19 N...
Wef Mengakui Malaysia Sebagai Kuasa Industri Semikonduktor Global

Wef Mengakui Malaysia Sebagai Kuasa Industri Semikonduktor Global

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 510 hits
Industri semikonduktor yang bersemangat di Malaysia menjadi bualan terkini di kalangan penduduk kerana negara ini muncul sebagai kuasa semikonduktor baru dengan sorotan global yang tertumpu kepada Pulau Pinang Forum Ekonomi Dunia menyatakan...
Xfa Menetapkan Standar Industri Baru Meningkatkan Efisiensi Dan Keberlanjutan Server

Xfa Menetapkan Standar Industri Baru Meningkatkan Efisiensi Dan Keberlanjutan Server

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 279 hits
Di tengah meningkatnya fokus global terhadap teknologi berkelanjutan dan efisiensi energi Xpertise Future Analytics Indonesia memimpin inovasi industri dengan menetapkan standar efisiensi dan lingkungan baru melalui layanan penyewaan server...
Baru Dalam Industri Itmax Berpotensi Untuk Meningkatkan Kedudukan Kelestarianya

Baru Dalam Industri Itmax Berpotensi Untuk Meningkatkan Kedudukan Kelestarianya

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 498 hits
Maybank IB memberikan penilaian di bawah purata untuk amalan ESG ITMAX dengan skor keseluruhan sebanyak 41 ITMAX mendapat skor sedikit di atas purata dalam penilaian kuantitatif purata dalam kualitatif tetapi lemah dalam menetapkan sasaran ...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Drama Seadanya Kita

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Durian Belakang Rumah Bila Monyet Yang Dapat Dulu

Haram Baca Qunut Nazilah Jatuhkan Sesama Islam

Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki

The Role Of Ai And Machine Learning In Modern Sanction Screening Systems

Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari

Teknik Penanaman Dutch Bucket Potensi Dan Pelaksanaannya Di Malaysia