Menginap 3h2m Di Hotel Green Park Temerloh


 Assalamualaikum WBT 


BANYAK betul alasan PI jika Sk ajak jalan-jalan ke Temerloh, Pahang. Teringin sangat Sk hendak menjejakkan kaki ke Pekan Sari atau Pekan Sehari Temerloh yang diiktiraf MBOR (Malaysia Book Of Records) sebagai pasar pagi terpanjang di Malaysia pada tahun 2023. Bukan itu sahaja, teringin beno Sk nak merasa kuih tradisional negeri Pahang, kuih tiga beradik yang dikatakan tidak ditemui di tempat lain. Ni tidak, balik-balik pergi Melaka.. Penang.. Melaka.. Penang, hehehe.

Pucuk dicita, ulam mendatang.. apabila biras Sk, Kak Maznah menjemput menjadi ahli rombongan majlis merisik, meminang dan bertunang anak beliau aiatu anak saudara PI, Sulhi yang berlangsung di Temerloh yang mendapat jolokan nama Bandar Ikan Patin. Nak nak pulak, ianya berlangsung pada minggu cuti panjang sempena Hari Malaysia. Kami terus setuju untuk sama-sama pergi ke majlis tersebut


Dari Restorang Udang Galah Orang Minyak, Triang, kami meneruskan perjalanan ke Temerloh menyusur Sungai Pahang yang terletak di sebelah kanan jalan. Banyak sungguh gerai ikan patin yang menjual ikan patin dan talapia di sepanjang jalan. Disebabkan dah kenyang kami terus menuju ke hotel sajalah. PI buat tempahan hotel ni agak awal jugaklah. Risau jugak jika tak ada bilik sekiranya lambat-lambat buat keputusan hotel mana yang sesuai untuk kami inap. 

Urusan daftar masuk agak mudah dan cepat. Selepas mendapat kunci bilik kami terus menuju ke bangunan berdepan dengan lobi ni.  Bangunan hotel ini terdiri dari dua blok berasingan. Ada dewan untuk majlis perkahwinan jugak di sini. Sk lupa pulak nak ambil gambar kunci bilik yang masih oldskul tak seperti kebanyakan hotel kini yang menggunakan kad akses


Ni pemandangan dari lobi lif di tingkat 2. 

Medan letak keretanya luas, tak risaulah PI nak meninggalkan kereta kerana ia terletak dalam kawasan berpagar dan selamat


Nombor bilik kami 212, tak ambil jugak gambar pintu bilik. Ah, ko memang double standard la Sk, memilih nak ambil gambar, hahaha. Taklah, banyak sangat bawa barang, mana nak pegang kameranya, tu yang tak sempat ambil gambar. Masuk jer dalam bilik, terserlah zaman kolonialnya tapi kebersihan memang tip top ya. Walaupun bilik lama macam zaman selepas merdeka, lantainya bersih berkilat dan sedap dipijak.  Nampak tak punya tegang cadar tu. Cuma dia tak pasang langsir siang jer la, nasib tak ada bangunan tinggi berdekatan


Ada meja solek dengan cermin besar yang disediakan lampu, senang nak pakai celak, hahaha. Seterika dan papan penggosok tidak tersedia di dalam bilik. Sk memang bawa seterika dari rumah, di sinilah tempat menggosok Sk, hehehe


Bilik luas dengan almari bertutup. Seterika tak ada takpe, peti sejuk pun tak ada ya. Kalau nak minum air sejuk-sejuk, kat bawah ada mesin gedegang, hahaha. Kedudukan bilik air di hujung sana sebelah kiri, belakang almari. Bilik air bersih cuma tak baru. Cermin pun dah berkarat, sinki pulak retak, hahaha. Tu takpa, bidet untuk toilet tak ada, hahaha. Mujurlah ada shower mudah alih, tu pun yang macam gagang telefon dulu-dulu. Tapi, tekanan air dia lajuuuuu


Tingkap bilik kami mengadap pintu gerbang keluar masuk hotel. Bolehlah intai kereta keluar masuk. Meriah la hotel ni, taklah sunyi macam Elisa Hotel yang kami inap di Perthlis tu


TV tak besar sangat digantung di dinding. Tengah-tengah tengok TV siaran hilang


Hujannnn sudah, patutlah tak ada siaran. Kak ipar Sk yang duduk Kuantan cakap, hari-hari hujan. Bila hujan ni punyalah sejuk, dah rasa macam kat Cameron Highlands pulak


Hujan-hujan ni mengopi la sedap, kan. Tak ada teh disediakan cuma kopi 3 in 1. Mujurlah Sk ada bawa gula peket dan teh uncang dari hotel-hotel yang pernah diinap sebelum ni, memang ada jer tu dalam beg mekap, hehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/09/menginap-3h2m-di-hotel-green-park.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Green Garden Hotel Berastagi

Green Garden Hotel Berastagi

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1423 hits
Green Garden Hotel BerastagiGreen Garden Hotel Berastagi Merupakan Bintang 4 Di Berastagi Green Garden Hotel Berastagi Menawarkan Konsep Akomodasi Hotel Bintang Lima Harga Kaki Lima Paket Wisata Danau Toba 2 Hari 1 MalamPaket Wisata Danau T...
Menginap 1 Malam Di Vip Hotel Segamat

Menginap 1 Malam Di Vip Hotel Segamat

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1543 hits
Assalamualaikum WBT LAGI dua hari sahaja kita dapat berjimba jimba Hari ini seperti yang diumumkan PMX seluruh rakyat Malaysia diberi cuti tambahan sempena cuti Hari Malaysia esok Ialah kalau tak dapat cuti tambahan ni tentu tentu Sk terpak...
Menginap 3h2m Di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson

Menginap 3h2m Di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum WBT DAH beberapa kali sebenarnya PI mengajak jalan jalan ke Port Dickson tapi Sk rasa macam tak de apa pun kat sana Sebenarnya rasa macam jauh no dari plaza tol nak sampai ke PD tu hehehe Kalau tak nak pergi PD kita gi Melak...
2 Hari 1 Malam Menginap Di Zenith Hotel Putrajaya

2 Hari 1 Malam Menginap Di Zenith Hotel Putrajaya

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 785 hits
Encik Suami ada acara main badminton lagi di Bangi Dah jadi acara bulanan dah nampaknya Sesekali ada acara bersama kawan kawan bersukan why not join sekaki Encik Suami je lah main Saya jadi penonton dan penyokong setia je perati di tepi gel...
Pos Malaysia Strengthens Green Commitment With 136 New Electric Vans Expanding Its Nationwide Ev Reach

Pos Malaysia Strengthens Green Commitment With 136 New Electric Vans Expanding Its Nationwide Ev Reach

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3418 hits
Commemorating World EV Day 2025 with a bold step towards a greener and cleaner future Get ready to see a flash of green as Pos Malaysia Berhad the national post and parcel service provider supercharges its unparalleled delivery network with...
Atsari Hotel Parapat

Atsari Hotel Parapat

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 851 hits
Atsari Hotel ParapatAtsari Hotel Parapat merupakan Hotel Bintang 3 Terbaik Di Fasilitas Hotel Lengkap Atsari Hotel Parapat menawarkan konsep penginapan asri nyaman dan aman Hotel Atsari yang berada di dekat pantai Danau Toba Paket Wisata Da...
Parapat View Hotel

Parapat View Hotel

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1527 hits
Parapat View Hotel Parapat View Hotel Merupakan Hotel Bintang 3 Di Parapat Dengan View Terbaik Parapat View Hotel Terletak Di Jl Sidaha Pinto No 7 Simalungun Girsang Sipangan Bolon Kabupaten Simalungun Sumatera Utara 21174 Paket Wisata Dana...
Sapadia Hotel Parapat

Sapadia Hotel Parapat

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 653 hits
Sapadia Hotel ParapatSapadia Hotel Parapat Merupakan Hotel Bintang 2 Di Parapat Sapadia Hotel Parapat Memiliki Kolam Renang Kamar Yang Nyaman Bersih Paket Wisata Danau Toba 2 Hari 1 MalamPaket Wisata Danau Toba 3 Hari 2 MalamPaket Wisata Da...
The Crown Jewels Of Yas Island A Theme Park Guide For Fun Loving Travelers

The Crown Jewels Of Yas Island A Theme Park Guide For Fun Loving Travelers

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 513 hits
BloggerBorneo com Yas Island is a multi use man made island designed for the ultimate fun experience Home to a Formula 1 racetrack an impressive mall and several international brands of luxury hotels this Abu Dhabi destination offers 360 de...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell

Hal Hal Semasa 15 10 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Webmail Server Notification

Bila Kawan Suka Meminjam Duit

Best Healthy Banana Recipes No Sugar No Oats

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Wings Di Persimpangan Chord

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan