Menginap 2h1m Di Thistle Johor Bahru
Assalamualaikum WBT

SEHARI sebelum puasa, Sk sekeluarga menginap satu malam di Thistle Johor Bahru. Iman request nak tidur hotel sebelum puasa dan tarikh tu memang dah hujung-hujung dah sebab minggu sebelumnya Pak Inche ada urusan. Tu pun risau jugak kalau Awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu

Ini kali ketiga Sk menginap di Thistle Johor Bahru. Boleh baca DI SINI penginapan Sk sebelum ini. Kami tiga beranak datang asing-asing, balik kerja check in. Iman dari rumah, Sk dari pejabat Sk dan PI dari pejabat PI. Sk buat tempahan dua bilik deluxe melalui Agoda, RM258.73 termasuk sarapan untuk dua orang setiap bilik

Bilik-bilik di Thistle sedang dinaik taraf dan yessszaaa dapat upgrade bilik tapi tingkat tak tinggi la. Dapat tingkat 2, bilik 226 dan 225 dengan pemandangan laut

Peti keselamatan, seterika dan papan penggosok disediakan

Bilik airnya mewah

Ada tab mandi dan ruang pancuran berasingan. Tandas dilengkapi dengan sistem bidet dalaman

Lengkap berus gigi, sabun dan shampoo mini

Tuala mandi dan tuala rambut

Persediaan mengopi dan mengeteh serta peti sejuk mini

Ada pelbagai pilihan filem dari Netflix, prime dan lain-lain. TV dia besar gedabak

Room service dia boleh tahan jugaklah murah.

Keesokan pagi.. nak turun pergi sarapan

Menara jam di Dataran Bandaraya juga sedang dicat semula, nak raya ni

Pusat latihan Pasukan JDT

Jejambat utama menghubungkan ke Larkin dan Stulang. Sebelah sana tu Singapore

Sarapan, macam selalu la pinggan pertama Sk, western

Makan puas-puas la, esok dah puasa, gituhhh!

Ambik roti canai, gebu betul roti canai dia, tebar bukan frozen. Ada pilihan kari ayam dan dalca. Sk minta telur mata tapi pecah pulak kuningnya. Takpe, dalam perut pun pecah jugak, ahaks

Jamah mee goreng dan nasi goreng. Ambil biskut pineapple dan biskut kecik-kecik bentuk fish

Campak biskut ikan dalam air

Ehhhh.. dia makan Mee Kari pulak, fuhhhh

Alang-alang dekat, Sk ajak Indah dan Jeika join sekali tidur hotel. Sebelum ke hotel, Iman pergi Senai dulu ambil Indah. Jeika sekolah, petangnya baru Cik Ani hantarkan. Harga sarapan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cuma RM20 nett

Tiga dara pingitan, kata Cikwa

Tiga dara pingitan dengan babah sebelum check out. Balik tu, Iman hantar Indah, Sk hantar Jeika, PI pulak pergi ambil daging dah tempah siap-siap untuk raya, hehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/03/menginap-2h1m-di-thistle-johor-bahru.html