Menginap 2h1m Di The Everly Putrajaya
Assalamualaikum WBT
SABTU lepas, SK dan Pak Inche menghadiri Majlis Walimatulurus sepupu Sk, Kak Susilawati dan suaminya Abang Zaini sempena Majlis Perkahwinan anaknda beliau, Umar Harith dan isterinya Najlaa Asyika di Putrajaya. Tu la tu, hari Jumaat kami ambil cuti dan bertolak awal ke Putrajaya sebelum majlis hari Sabtu. Tidur sanalah senang, tak mahu tergesa-gesa. Johor (Johor Bahru) dengan Putrajaya bukan dekat ui. Sambil tu, bolehlah makan angin, hehehe.

Selepas bersarapan di Medan Selera Tepian Harmoni, Sk dan Pak Inche terus menuju ke Plaza Tol Senai (U) untuk memasuki lebuhraya. Hari bekerja tapi boleh tahan jugak banyaknya kereta. Lori dan bas tu jangan cakaplah, memang banyaklah kalau hari bekerja ni. Walaubagaimanapun perjalanan lancar.

Yang buat tak lancar bila PI terpaksa menjawab beberapa panggilan telefon dan email berkaitan kerja

Terpaksalah Sk jadi supirrrrrrrrr. Panas eh cuaca kat Malaysia hari tu

Akhirnya sampai di The Everly Putrajaya. Pertama kali SK menginap di sini. Proses daftar masuk lancar dan cepat walaupun masih awal

Bilik nombor 0725 di aras 7. Sarung kad access dia cute

Adoi, kenapa awak comel sangat nih?

Ambil bilik Deluxe King, RM270 nett (gov rate). Bilik cantikkkk sangat dengan warna hijau turqoise menatari sebahagian dinding. Tapi tapi tapi... tilam dia keras, hahaha

Ada sofa diletakkan di ruang khas yang mana tidak mengurangkan keluasan bilik pun
Bilik kami dengan pemandangan tasik Putrajaya yang indah dan tak silap di sebelah sana bangunan kerajaan

Sesuai kedudukan di tepi tasik, maskot dorang itik kot

Pesanan penaja

Air minuman diberi dua botol besar. Pun ada gambar itik. Botol air kaca tu kalau nak beli boleh, RM20. Nanti dia bagi botol baru

Peti keselamatan

Seterika dan papan penggosok pakaian (iron board) disediakan. Iron board dia berat dan alasnya tebal betul. Dia punya berat naya oi kalau terhempap kaki, hahaha. Seterika dia pun jenis yang berat macam zaman dulu-dulu, bukan seterika wap. Sejadah pun ada. Muslim friendly ya hotel ni, ada paip untuk berwuduk

Kami biasa bawa sejadah sendiri. Sejadah dari Kota Mekah pemberian Angah. Telekung Sk memang banyak, kat office lain, kat rumah lain, untuk jalan-jalan lain, hehehe

Kelengkapan kebersihan dan mandian disediakan dalam botol besar

Nampak cecair tapi bila picit keluar buih (foam soup)

Sabun mandi dan shampoo

Kalau nak suruh housekeeping kemas bilik gantung ni kat luar pintu

Omey angat-angat

Lepas solat jamak, PI ajak jalan-jalan cari... cari apa lagi kalau bukan cendol

Jomlah.. jomlah... kita cari cendol dan pasembuqqq

Tengok pool dulu

Sampai lobi, terserempak Cik Ani dan Jeika baru check in

Lepas minum cendol, jalan-jalan jap kat Alamanda Mall kemudian balik bilik tunggu maghrib. Cerita cendol kita story kemudian eh. Lepas tu lupa nak ambil gambar kat Alamanda, hahaha. Ini kali kedua kami ke Alamanda

Pakej penginapan kami termasuk sarapan untuk dua orang

Dia punya buffet sarapan dah macam buffet Ramadan ya. Side dish untuk American Breakfast banyak sangat pilihan. Selain tu ada nasi lemak, nasi goreng, kueyteow, mee sup, pastries dan banyak lagi. Ada mesin kopi, Sk ambil Americano, pahit giler, sampai tak tertelan

Sk tak makan banyak kali ni. Macam tak berapa boleh nak makan tapi bila ingat balik tahu dah kenapa. Sebabnya tertinggal ubat PI kat bilik. Nak ambil malas nak naik, jadi cakap dengan PI, nanti dah balik bilik baru makan ubat. Lepas tu dok susah hati, tu yang tak berapa boleh nak makan banyak. PI pun makan kueyteow dengan telur separuh masak aje

Dah siap-siap nak pergi pengantin. Kami terus check out la padahal sebenarnya tempah bilik dua malam, kemudian PI kata nak balik kampung angkat dia. Tak jadilah tidur dua malam

PI pakai baju beli kat TRX Mall tuuuu, hahaha. Dah bawa balik Johor baru perasan, corak garis-garis tu sama dengan baju yang Sk nak pakai pergi kenduri ni. Sk pakai baju kurung moden beli kat Tik Tok, sepasang ni baru RM26.72, Sk beli tiga pasang, warna biru tua, hijau muda dan coklat. Yang warna coklat Sk pakai masa pergi pengantin Amat anak Sis Lin, hehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/02/menginap-2h1m-di-everly-putrajaya.html