Menginap 2h1m Di Dusit Princess Melaka


 Assalamualaikum WBT 


CERITA balik kampung angkat PI dengan kereta baru beliau hujung minggu lepas, kali ini kami menginap di Dusit Princess Melaka. DP ni dulu merupakan Hotel Ramada. Kami pernah menginap di sini semasa ia bergelar Hotel Ramada, antaranya boleh baca old post DI SINI.



Susun atur di lobi dah berubah sikit. 

Tapi, kapal ni masih ada dan dikekalkan di lobi


Staf hotel bawakan welcome drinks (teh ais) kepada tetamu. Kalau datang lima  beranak, lima-lima dapat


Dapat bilik aras 14, nombor 1408. 1408 ni merupakan nombor favourite seorang kawan Sk, Ban namanya sebab sama tarikh hari jadi dia


Kad access bilik diperbuat dari kayu


Remote tv dia canggih. Pertama kali jumpa remote tv macam ni tapi tak susah pun nak faham. Cuma PI sampai ke sudah tak faham, dia kan old skul, hihi


Perabot lama masih ada yang dikekalkan tapi tak ingat side table ni sama ke tidak


Comel kucing dalam frame gambar ni


Disebabkan keputusan untuk berjalan-jalan dibuat pada saat akhir, maka DP telah kehabisan bilik King Bedroom, yang tinggal Twin Bedroom aje. PI tak nak duduk tempat lain, nak jugak duduk sini, kini onz sajalah tido jauh-jauh, hahaha. Teringat dulu-dulu tengok filem P Ramlee, walaupun suami isteri tapi katil depa asing-asing, hahaha. Tengok dekat tingkap sana, ada sofa yang sama dari Hotel Ramada


Duduk kat sofa tu boleh nampak Kampung Morten


Disebabkan katilnya dua, jadi bilik ni seakan sempit. Ruang depan tv ni masih besar sebenarnya. Untuk solat, boleh solat dengan selesa di sebelah katil sebab arah kiblatnya lurus


Katil saiz super single ni besar la untuk seorang tidur. Yang best katil sorang satu takyah berebut comforter. PI tu pulak jenis yang tidur atas comforter, hahaha. Penghawa dingin berfungsi dalam keadaan baik


Kemudahan mengopi dan mengeteh dalam bilik. Botol air minuman dari kaca


Seterika dan papan penggosok lengkap. Ada jubah mandi dan selipar tidur tebal. 

Bilik air terbahagi tiga, tandas, sinki dan ruang pancuran. Tekanan air dia laju giler


Petang tu sebelum keluar makan, singgah tengok kolam renang. Bahagian kanak-kanak dan dewasa hanya dipisahkan oleh rantai pelampung tapi nampak ada petugas yang sentiasa bersiap siaga di tepi kolam


Bahagian ni 1.2 meter dalam


Yang ni 1.5 meter dalam


Yang ni, Sk pun boleh tenggelam, hahaha


Esoknya kami turun sarapan dalam pukul 8, beratur ya. Ni pinggan PI, nasi lemak. Sk lupa nak jamah, PI kata, bolehlah, tapi ikan bilis dia liat


Ada lontong. Kuah lodeh sedap cuma tak ada tempe dan tauhu. Tu takpe, dia potong sayur panjang-panjang, nak cepat siap agaknya, hihi. Sk tambah kacang tanah dari condiments nasi lemak sebab nak dapat effect sambal kacang, hehe. Selain sambal tumis, ada sambal sotong kembang, sedap


Wajiblah ambil English Breakfast


Side dish untuk EB pelbagai. Selalunya Sk akan ambil salad dan buah-buah dulu kemudian baru ambil sosej dan lain-lain. Tapi tu la, kacang panggang dia boleh letak tempat lain pulak, dah tak nampak nak join sekali sepinggan


Dorang ada buat healthy juice jugak tau. Yang ni celery dan timun


PI makan roti canai dan telur separuh masak


Karipap, popia, samosa, dim sum dam muesli


Nasi beriani pun ada, jamahlah sikit supaya tidak menyesal, hahaha. Lauknya kurma ayam dan daging masak hitam, tapi dgaingnya keras la pulak. Yang depan tu seabass with green chili thai paste


Jawapan untuk yang bertanya PI beli kereta apa, hehehe


Bila PI dah start mengantuk, terpaksalah kita pulak jadi driver, huhuhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/06/menginap-2h1m-di-dusit-princess-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dominasi Bn Di Johor Melaka Akan Berkurang Jika Serah Kerusi

Dominasi Bn Di Johor Melaka Akan Berkurang Jika Serah Kerusi

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 172 hits
Penganalisis berkata serah kerusi akan mengurangkan dominasi BN ketika beberapa pihak desak pembahagian sama rata Penganalisis percaya BN akan sukar melepaskan kerusi di Johor dan Melaka kepada PH PETALING JAYA Dominasi Barisan Nasional di ...
Akmal Fires Back At Narrow Minded Melaka Dap Rep

Akmal Fires Back At Narrow Minded Melaka Dap Rep

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 269 hits
The Umno Youth chief says he helps all Malaysians equally but has issues with leaders like Kerk Chee Yee who disrupt the racial harmony that Malaysians share Umno Youth chief Dr Akmal Saleh urged DAP assemblyman Kerk Chee Yee to reflect on ...
Keria Gula Melaka

Keria Gula Melaka

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 226 hits
Kuih keria gula melaka kuih ni sempat viral beberapa tahun lalu Masa tu berderet la orang beratur nak membeli kuih ni di Pantai Klebang Melaka sebab teringin merasai keunikan kuih tradisional ni Kalau di kampung kami di Johor kuih keria sal...
Agar Agar Santan Gula Melaka

Agar Agar Santan Gula Melaka

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 205 hits
Agar agar santan adalah salah satu kegemaran saya sejak kecil Benda yang kita suka pastilah kita cuba buat walau entah berapa kali gagal setuju Saya ni kerap gagal buat agar agar ni kadang tu santan terlalu banyak kadang kepala santan jadi ...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 344 hits
Selesai urusan kami terus ke bilik Tak ada tangguh tangguh dah Nak buka penghawa dingin dan sejukkan badan je Encik suami pun nak kena kejar masa untuk meeting online Masa booking di agoda malam tadinya kami pilih bilik King Premier sea vie...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord