Menginap 2d1n Thistle Johor Bahru


 Assalamualaikum WBT
SEMINGGU sebelum Majlis Resepsi Nurul Nastasea dan Ariff di Thistle Johor Bahru, Pak Inche cadangkan agar kami menginap di sana pada hari kejadian. Aisehhh.. macamlah jauh sangat nak pergi dan balik rumah, bantah Sk. Alaaa.. sekali-sekala... Pak Inche tu bukan boleh tau, dia bukan setakat cadang aje, tapi terus tempah bilik. Maknanya, kenalah ikut jugak kata dia. Sebelum check-in, kami pergi makan dulu di IT Roo Cafe.

Dapat bilik di Tingkat 16 dengan pemandangan laut (Seaview). Masuk-masuk jer bilik terus keluar WOW dari mulut sebab terbentang pemandangan nan indah depan mata dengan bangunan menara jam Dataran Bandaraya serta Pusat Latihan Pasukan Bolasepak JDT di sebelahnya.

Kita zoom sikit laaaa...

Pemandangan di sebelah kanan.

Pemandangan di sebelah kiri. Bagi yang tak pernah datang ke Johor Bahru, bangunan merah tu, Hospital Sultanah Aminah. Di seberang laut tu, Singapura. Oh, satu lagi... Segamat, Mersing.. bukan dalam Johor Bahru ya, tu daerah lain, hehehe.

Pertama kali menyaksikan pemandangan ini, selalu lalu-lalang kat bawah jer.

Ini kali kedua Sk menginap di Thistle JB. Kali pertama dulu baru sedar Sk tak tulis dalam blog. Masa tu, kami menginap di sini kerana Pak Inche ada perlawanan bolasepak persahabatan bersama Tunku Mahkota Johor. Cerita perlawanan bola tu ada pulak ditulisnya DI SINI, hahaha. Mungkin sebab masa tu Sk sibuk dengan tugasan media ke Sandakan, Sabah sehingga terlepas pandang.

Tapi yang tu, kami dapat bilik mengadap Jalan Abdul Samad. Rasanya masih ada lagi gambarnya dalam handphone lama.

Katil saiz raja tapi macam lagi besar dari katil king. Sk amat-amati, ia merupakan dua buah katil super single yang dicantumkan.

Tak puas-puas ya ambil gambar. Kalau guna filem, dah habis satu roll.

Tilam dan bantal sama empuk.

Ada buah-buahan.. durian tak ada pulak. Ops, lupa, durian tak boleh masuk hotel.

Pemandangan dari bilik tembus ke bilik air.

Pemandangan dari bilik air tembus ke bilik. Namun begitu ada bidai yang boleh diturunkan.

Terasa bagai permaisuri pulak, hahaha. Amboi, orang lain yang jadik Raja Sehari, kita pulak yang melebih


Selain tab mandi, ruang mandi pancuran juga ada


Ada Tafsir Al-Quran dan sejadah. Nampaknya tiada kitab agama lain, Sk biasa jugak jumpa kitab agama lain dalam bilik hotel


Seterika, Pengering Rambut dan Peti Keselamatan juga ada


Baru nak bancuh teh, Pak Inche beritahu, Mr Joshua ajak minum di Glass Restaurant


Mr Joshua yang murah hati.. beliau baru pulang dari Jakarta. Seronok dengar pengalaman beliau memandu dari Jakarta ke Bandung dan cerita beliau ke Floating Market, Bandung. Dulu, Sk tak sempat pergi Floating Market, Bandung. Cuma dah rasa pengalaman Floating Market di Hatyai jer


Akibat minum Latte petang tu, dan minum kopi o pulak di Majlis Resepi Nas dan Ariff.. dua-dua tak boleh tidur, hahahaha


Dekat pukul 9 baru turun sarapan sebab Pak Inche bukan jenis yang makan awal pagi. Kalau Sk ialah, pukul 6 dah laparrrr, hahaha


Pinggan pertama.. Nasi Goreng dan Kuey Teow Goreng. Sedap la kuey teow goreng tu


Duduk tepi kolam sambil tengok ikan koi berenang-renang. Yang duduk sebelum ni, breakfast buffet di restoran lain


Pak Inche kata, Nasi Lemak dia sedap. Sk ambil dengan Ayam Kari, tapi ayam karinya agak berempah, macam rendang pun ada jugak, tapi memang sedap la. Pak Inche makan Roti Canai pulak


Makan pastries pulak.. kopi cawan yang kedua dah ni, hahaha. Minum kopi pagi tak apa


Nak balik ke bilik, ternampak Sis Lin. Beliau nak check-out dah sebab ada tetamu nak datang ke rumah beliau pulak. 

Masa ni matahari tengah memancar-mancar. 

Walaupun hari sekolah, kolam penuh budak-budak, Singapore cuti sekolah sebulan


Kolam dah kosong, dah nak check-out la tu masing-masing. Nanti nak datang lagi la ajak Iman pulak, hahahahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/06/menginap-2d1n-thistle-johor-bahru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wee Steps Down As Johor Bahru Mca Chief

Wee Steps Down As Johor Bahru Mca Chief

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 140 hits
MCA president Wee Ka Siong has stepped down as Johor Bahru MCA chief a post he has held for 15 years He had previously served as the division s secretary for 15 years before that Bernama reported that Wee decided not to defend his post as t...
Pan Asian Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Pan Asian Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 211 hits
Pan Asian Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel Bermula Mei hingga Julai korang boleh menikmati aneka menu sedap dari negara negara seperti Taiwan Oyster The post appeared first on
Umno Must Lead Again Than Play Second Fiddle Johor Umno Leader

Umno Must Lead Again Than Play Second Fiddle Johor Umno Leader

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 173 hits
A Johor Umno delegate called on the party to chart a long term strategy that will once again position the BN backbone as the leader of any political alignments and avoid being a second fiddle to other larger parties Pasir Gudang Umno Youth ...
Cut Queue And Its Back To Singapore Mb Warns Motorists At Johor S Checkpoints

Cut Queue And Its Back To Singapore Mb Warns Motorists At Johor S Checkpoints

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 221 hits
JOHOR BARU Vehicles entering Malaysia via the two land checkpoints with Singapore have been told not to cut queue or risk not being allowed to enter the country says Datuk Onn Hafiz Ghazi The Johor Mentri Besar also thanked the police for b...
Selera Johor Getaway

Selera Johor Getaway

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 325 hits
Selera Johor Getaway Singgah jap kat sini untuk lunch hari ni Semua yang kami nak ada kat sini Memang layan la Aku ngan mihun sup daging ici dan iqi makan yee mee dan sosej Mama amik kacang pool Tak lupa juga tapau pisang goreng sama kacang...
3 Maut Dalam Kemalangan 2 Kenderaan Di Johor

3 Maut Dalam Kemalangan 2 Kenderaan Di Johor

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 299 hits
TIGA maut manakala seorang remaja cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 13 Jalan Sengkang Teratai di Tangkak Johor petang tadi Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak Idris Abdul Rahman berkata kejadian yang berla...
Rumah Transit Bangsa Johor Syarat Dan Cara Memohon

Rumah Transit Bangsa Johor Syarat Dan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 348 hits
Rumah Transit Bangsa Johor merupakan satu usaha kerajaan negeri Johor untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri Bagi tahun 2023 sebanyak 92 unit rumah RTBJ akan dibina dan sebanyak 500 buah lagi akan dibina dalam tempoh 5 tahun Konsep RT...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda