Menginap 2d1n Di Courtyard By Marriot Melaka


 Assalamualaikum WBT
TAK puas katanya jalan-jalan masa ke General Lodge, Pantai Remis, Jeram, Selangor hari tu
🤔
Yang tu kan.. memang programnya Family Day Keluarga Tok Min.. bukan jalan-jalan..
Kemahen ya dia memujuk nak jalan-jalan ke Melaka ni. Sk ni tak sampai hati dibuatnya, jadinya jomlah kita. Tapi syaratnya Sk tak nak keluar duit langsung walaupun beli air kat Petronas 😆😆😆.

Tapi tu laaa.. belum sampai Machap, member dah menguap-nguap. Sudahnya, Sk mengambil pemanduan dari Machap sehingga ke Plaza Tol Ayer Keroh


Macam laju jer perjalanan kali ini tiber dah sampai kampung angkat Pak Inche. Baca dalam group whatsapp, hujan lebat mencurah-curah di Tanah Jauhar tapi Melaka panas terik walaupun dah petang


Sebelum daftar masuk hotel, Sk ajak Pak Inche makan dulu. Kami ke Klebang dan singgah di warung yang terletak berdekatan pintu gerbang masuk ke Klebang Street yang menempatkan pameran kapal selam dan bas-bas lama tu. Sk pesan Mee Hailam dan Pak Inche makan Kuey Teow Kerang. Sekuali ya kuey teow Pak Inche. Lagi best, diorang tak lokek letak cili jeruk sebotol besar atas meja. Bagi Sk masakannya sedap. Coconut shake pun lagi sedap dari tempat yang viral tu

Paling terkejut, kuey teow selambak tu, Mee Hailam, Air Kelapa sebiji dan Coconut Shake segelas besar tu, baru RM28


Susah betul ya nak suruh tengok kamera, asyik sangat dengan air kelapanya tu 😆


Tengok kenderaan berpusu-pusu masuk pintu gerbang ni, kami pun masuk la.. tapi cuma menyusuri jalan, duduk dalam kereta aje dan terus ke hotel. Meriah betul


Pak Inche tempah hotel baharu buka, masih bau kedai lagi 🤣, Courtyard by Marriot Melaka. Dengar nama Marriot aje, memang tiada bantahan la 🤭🤭. Serius la.. cepat gila proses daftar masuk sampai Sk lupa nak ambil gambar di lobi. Lobi dia memang cantik di dalam dan di luar, sangat mewah


Masuk jer bilik memang rasa seronok sangat walaupun ia menerapkan ciri moden seperti kebanyakan hotel yang pernah kami inap tapi biliknya kelihatan luas dengan siling yang tinggi. Bilik dilengkapi dengan katil bersaiz raja dan sebuah sofa bersaiz katil super single


Memang besar, tengok Sk pun nampak comel jer atas sofa tu kan 😍


Tv pun besarrrrr gedabak. Puas tengok muka orang dalam tv tu tapi tu la, tak sempat sangat nak layan movie. 

Bilik dengan pemandangan bandar berserta sarapan untuk dua orang. Ni pemandangan dari tingkat 15


Suka kemasan perabot tersorok yang menempatkan air mineral, kopi dan teh serta kettle elektrik juga peti sejuk mini


Ada extra air mineral, kok letak dalam bilik air, mungkin ada yang cuci muka dengan mineral water 😆. Bilik air luas dengan ruang pancuran berasingan

P/S Mintak-mintak Wak WP tak perasan gambar ni 🤭

Tak ada masalah jika tertinggal berus gigi. Tuala mandi, tuala rambut dan tuala muka lengkap


Juga seterika dan papan penggosok serta selipar tidur yang tebal. Marriot kan.. nanti kita nak datang lagi, la


Malam tu kami keluar makan ke Taman Tanjung Minyak, Jack Sparrow Chinese Muslim. Sebelum tu berbelah bagi jugak sama ada nak makan Ikan Bakar Cikgu atau Asam Pedas Hajah Mona

Courtyard by Marriot Melaka ni terbahagi kepada dua iaitu residence dan hotel guest. Ada tingkat khas untuk residence manakala untuk hotel guest boleh letak kereta di tingkat 5, 6 atau 7. Sistem letak kereta canggih, ia mengesan nombor kereta dan parkir percuma jika anda merupakan tetamu hotel. Jika anda ada majlis di ballroom bolehlah terus letak kereta di tingkat 7


Sk dan Pak Inche ambil Western Breakfast aje.. punyalah banyak pilihan, sosej ada dua jenis, ayam dan lembu. Kami berdua bercadang nak pergi makan Asam Pedas 35 lepas check out, tu yang tak nak makan nasi lemak atau lain-lain. Rugi betul rasanya sebab tak pergi pun makan Asam Pedas 35 di Bandar Melaka tu memandangkan perut masih kenyang. Celah bedah mana nak sumbat asam pedas 🤭


Aaa.. selain western breakfast, ni sajalah Sk ambil, rugi betul tau.. Pak Inche ambil juga telur setengah masak dan roti bakar. 

Lepas makan kami jalan-jalan tengok kolam renang yang terletak di tingkat 8. Untuk naik ke semua tingkat dan masuk ruang kolam ni kena sentuh kad bilik. 

Yang ni kolam kanak-kanak. Belah pagi ni nampak panas la mungkin jika petang dah redup sikit terlindung dengan bangunan


Dekat sini ada ruang melepak yang luas tapi tu la.. tak ada kafeteria dibuka untuk minum-minum, mungkin akan datang, tapi kaunter pun tak ada lagi


Satu lagi tempat healing. Tapi, bagi Sk lepak kat bilik lagi best sebab ada pendingin hawa 😆. Skema betul, pendingin hawa kata kau 🤭


Bersiap-siap nak menempuh sebuah perjalanan yang panjang. Tahulah Pak Inche, kalau balik dari Melaka tu, mana mahunya dia nak masuk highway 🥹


Bawa beg toiletries Pak Inche ni dah rasa macam Ayappan dalam filem 80-an yang dia jadik doktor haiwan tapi bidankan orang bersalin tu, apa ke tajuk filemnya.. yang Aziz M Osman berlakon tu, hahahaha.. lupaaaa tajuk 🤣









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/11/menginap-2d1n-di-courtyard-by-marriot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melaka Housewife Found Stabbed To Death In Bathroom

Melaka Housewife Found Stabbed To Death In Bathroom

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 189 hits
Melaka Tengah district police chief Christopher Patit said a knife was found embedded in the victim s chest MELAKA A housewife was found dead with stab wounds in the chest in the bathroom of her house at Taman Vista Kirana in Bukit Katil he...
Tempat Wajib Singgah Di Batu Berendam Melaka

Tempat Wajib Singgah Di Batu Berendam Melaka

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 341 hits
Tempat Wajib Singgah di Batu Berendam Melaka Melaka ni nieyl rasa kalau yang berdekatan rasanya ramai je yang dah beberapa kali kan tapi kan kalau dah pergi dulu korang kena pergi sekarang juga sebab banyak je tempat tempat yang mungkin dul...
Singgah Di Mamee Jonker House Melaka

Singgah Di Mamee Jonker House Melaka

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 331 hits
Singgah Di Mamee Jonker House Melaka Kita sambung cerita dekat Melaka hari tu ya lepas check out pukul10 pagi tu nieyl memang plan nak singgah dekat Mamee Jonker House ni dengan adik adik ni Dah banyak kali pergi Melaka tapi masa tidak meng...
Thailand Takes Us 28bil Plan To Bypass Melaka Strait To Us

Thailand Takes Us 28bil Plan To Bypass Melaka Strait To Us

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 187 hits
The Melaka Strait is one of the world s busiest sea lanes and the shortest maritime route linking the Asia Pacific region to India and the Middle East BANGKOK Thailand is pitching a multibillion dollar project that will significantly cut sh...
The Courtyard House By Modo Designs In Rancharda India

The Courtyard House By Modo Designs In Rancharda India

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 300 hits
Project The Courtyard House Architects MODO Designs Location Rancharda India Area 10 350 sf Year 2022 The Courtyard House by MODO Designs The Courtyard House designed by MODO Designs in Rancharda India stands on a 45 000 The post appeared f...
Exco Pelancongan Melaka Paksa Beca Berhenti Pasang Lagu Dangdut Wajib Pasang Lagu Ini Je

Exco Pelancongan Melaka Paksa Beca Berhenti Pasang Lagu Dangdut Wajib Pasang Lagu Ini Je

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 163 hits
Abdul Razak juga mengingatkan persatuan beca di negeri tersebut supaya tidak mengambil kesempatan dan hanya 8230 Pengayuh beca di Melaka telah dipinta untuk menggantikan pemasangan lagu muzik dangdut dengan lagu tradisional atau dondang say...
Video Seorang Anak Memilih Menginap Di Penjara Untuk Temani Ibunya

Video Seorang Anak Memilih Menginap Di Penjara Untuk Temani Ibunya

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 264 hits
Seorang anak gadis memilih berbaring di penjara menemani ibunya Hal tersebut dilakukan karena besok libur sekolah
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai