Mengidam Nak Makan Lemon Masam Masa Mengandung Bahaya Atau Sihat


“Kenapa saya asyik teringin makan lemon je masa mengandung ni?” Soalan ini biasa dilontarkan oleh ibu hamil, terutama apabila selera bertukar arah kepada makanan masam seperti lemon.
Ramai ibu hamil percaya pengambilan lemon boleh meredakan morning sickness. Lemon sebenarnya agak berbeza bagi ibu hamil.
Anda perlu tahu, makan dan minum lemon semasa mengandung mempunyai beberapa pro dan kontra masing-masing bergantung kepada tubuh ibu hamil itu sendiri.

Persoalan utamanya juga adakah sihat ibu hamil mengambil buah lemon ini setiap hari?
Beberapa kajian klinikal, mengidam lemon atau makan masam semasa mengandung adalah perkara biasa. Ia mungkin berkait rapat dengan pelbagai factor termasuklah perubahan hormone yang berlaku kepada ibu hamil.
* Perubahan hormon
Hormon seperti estrogen dan progesteron yang berubah boleh menjejaskan deria rasa dan bau.
* Tubuh perlukan vitamin C 
Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dan menguatkan sistem imun.
* Mengurangkan rasa loya (morning sickness)
Rasa masam dari lemon dipercayai boleh membantu mengurangkan rasa mual.
Pengambilan lemon yang dikatakan dapat meredakan morning sickness sebenarnya ada pro dan kontranya. Ini yang ibu hamil perlu tahu.

Lemon bantu lancarkan penghadaman, sembelit
Jika diambil secara sederhana, lemon dapat bertindak baik kepada tubuh ibu hamil. Antaranya ialah dapat meningkatkan imuniti tubuh ibu hamil serta melancarakan penghadaman.
1. Meningkatkan imuniti tubuh
Lemon kaya dengan vitamin C, sejenis antioksidan yang kuat. Semasa hamil, sistem imun ibu menjadi sedikit lemah untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi dalam rahim. Manakala Vitamin C pula membantu melawan jangkitan seperti selsema dan batuk, menyokong pembentukan kolagen yang penting untuk kulit, sendi dan salur darah bayi serta memudahkan penyerapan zat besi, sekali gus mencegah anemia semasa hamil.
2. Melancarkan penghadaman
Ramai ibu hamil mengalami masalah perut kembung, angin dan rasa tidak selesa di bahagian perut. Lemon, jika dicampur dengan air suam boleh merangsang penghasilan jus gastrik dan enzim pencernaan malah membantu makanan dihadam dengan lebih lancer selain dapat mengelakkan rasa sebu dan tidak selesa selepas makan.
3. Mengurangkan sembelit
Masalah sembelit sangat biasa berlaku semasa kehamilan kerana perubahan hormon melambatkan pergerakan usus. Dengan adanya pengambilan lemon, boleh merangsang hati untuk menghasilkan hempedu dan cecair penting dalam proses penghadaman.

Kesan Buruk Jika Lemon Diambil Berlebihan
1. Pedih Ulu Hati / Heartburn
Semasa mengandung, otot yang memisahkan perut dan esofagus menjadi longgar disebabkan hormon progesteron, menyebabkan asid mudah naik ke kerongkong. Lemon mengandungi asid sitrik yang boleh menambah keasidan dalam perut dan memburukkan simptom pedih ulu hati dan ketidakselesaan dada.
2. Hakisan Enamel Gigi
Asid sitrik dalam lemon juga boleh memberi kesan kepada lapisan pelindung gigi (enamel). Jika diambil berlebihan atau tanpa penjagaan mulut ia boleh boleh menyebabkan gigi menjadi sensitive dan kerosakan gigi dan berlubang meningkat.
3. Ketidakselesaan Perut
Lemon yang terlalu banyak boleh mengganggu keseimbangan pH dalam perut, terutama jika ibu tidak mengambil makanan lain yang bersifat alkali. Ini boleh menyebabkan perut memulas atau ‘masuk angin’ serta rasa mual dan ketidakhadaman yang berpanjangan.
✅ Tips Selamat Mengambil Lemon Semasa Hamil
* Ambil dalam kuantiti sederhana, contohnya perah sedikit dalam air suam.
* Gunakan straw jika minum air lemon untuk kurangkan sentuhan dengan gigi.
* Elakkan lemon jika anda ada gastrik atau pedih ulu hati teruk.
The post Mengidam Nak Makan Lemon Masam Masa Mengandung, Bahaya Atau Sihat? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mengidam-nak-makan-lemon-masam-masa-mengandung-bahaya-atau-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Mula Makan Sihat Cuba Cabaran 30 Hari Ini Sesuai Untuk Semua

Nak Mula Makan Sihat Cuba Cabaran 30 Hari Ini Sesuai Untuk Semua

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 210 hits
Nak Mula Makan Sihat Tapi Tak Tahu Kat Mana Nak Start Salam semua pernah tak korang rasa nak ubah cara makan sebab badan rasa cepat penat perut selalu tak selesa atau berat naik mendadak walaupun makan biasa biasa je Atau mungkin korang per...
Masa Raees Dulu Naik 28kg Tasha Shilla Turun Berat Badan Lepas Bersalin Disiplin Jaga Makan

Masa Raees Dulu Naik 28kg Tasha Shilla Turun Berat Badan Lepas Bersalin Disiplin Jaga Makan

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 155 hits
Kalau tengok sekarang ramai yang kagum tengok bentuk badan Tasha Shilla yang kembali langsing dan cergas lepas dua kali bersalin Tapi siapa sangka masa hamil anak sulungnya Raees Zander berat Tasha pernah naik sampai 28kg Belum sempat hilan...
Bayi Berpeluh Sewaktu Tidur Normal Bahaya Atau Tanda Awal Penyakit

Bayi Berpeluh Sewaktu Tidur Normal Bahaya Atau Tanda Awal Penyakit

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 174 hits
Kenapa Bayi Saya Berpeluh Banyak Semasa Tidur Setiap ibu bapa pasti bimbang apabila mendapati bayi mereka berpeluh banyak ketika tidur Adakah ini sesuatu yang normal atau tanda masalah kesihatan Artikel ini akan membahas punca utama bila an...
Anak Runtuhkan Pelamin Ibunya Confuse Nak Gelak Atau Marah

Anak Runtuhkan Pelamin Ibunya Confuse Nak Gelak Atau Marah

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 173 hits
Tindakan budak ni kadang diluar jangka kitakan Kadang kita tengok dia bermain tempat tu macam biasa jer Tak expect something big coming Tup tup Nahhh roboh pelamin idaman member Kalau nak marah lebih budak tu pun mungkin kita tahu macam man...
Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 217 hits
Rafizi nak tunggu jatuh sendiri atau nak turun dengan hormat Rakyat dah bosan dengan menteri separuh masak Parti pun dah mula menolak pemimpin yang lebih banyak beban daripada jasa Saham Saifuddin terus naik Rafizi pula makin tenggelam dala...
Tak Pernah Salahkan Mak Betty Rahmad Throwback Kisah Masa Kecil Undang Sebak

Tak Pernah Salahkan Mak Betty Rahmad Throwback Kisah Masa Kecil Undang Sebak

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 119 hits
Baru baru ini Betty Rahmad pelakon dan usahawan berkongsi kisah menyentuh hati tentang hubungannya dengan ibu tercinta Che Semah Dalam satu perkongsian di media sosial Betty menceritakan bagaimana masa kecilnya banyak dihabiskan bersama pem...
Seribu Kenangan Buat Kita Tersenyum Di Masa Depan

Seribu Kenangan Buat Kita Tersenyum Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 186 hits
Syawal pun dah habis aku kongsikan gambar sebagai kenangan Kini kenangan yang dicipta tersimpan seribu satu memori indah Teringat aku kisah ayah Bila aku nak rekod video ayah akan kata jangan masukkan ayah dalam video Katanya dia tak handso...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Bullies Face Up To 10 Years Jail As Amendments Come Into Force

New Rules To Control Ship To Ship Oil Transfers Out This Month

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

New Proton X50 More Aggressive And Stylish


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Month Later Still Here

Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

Drama Abang Imam Minah Skuter

Saat Aku Serba Salah Siapa Aku Sebenarnya

Apakah New Age Movement Ketahui Ajaran Amalan Isu Akidah