Menghabiskan Masa Yang Berkualiti Ketika Pkp Cat Pagar Rumah Cabut Rumput Di Laman
assalamualaikum & salam sejahtera 😊
Sabtu. korang kat mana tu? holiday ye... ke kat rumah saje? 😀 apapun, maintain jaga jarak, pakai pelitup muka dan bersihkan diri sentiasa ye. covid-19 dah ada mcm2 jenis dah, dah bermutasi! aduhai... sentiasa berwaspada dengan sekeliling
kami di rumah saje pagi ni. petang nanti, belum tahu... mungkin nak keluar ronda-ronda ntah di mana, belum tahu..
kembali nak bercerita tentang cat rumah. throwback aktiviti time PKP ari tu. bila dinding rumah da cantik menawan di touch up dengan Dulux Weathershield oleh Paintwell Services, memandang pula ke arah pagar-pagar cinta 😆 berwarna putih tu, ada la sedikit down. hmmmm maklumlah, rumah da berusia 5 tahun, faham-faham je la kan. warna putihnya dah pudar, ada yg dah berkarat..
PKP pula 😔 si covid-19 punyer hal lah ni. 18.3.2020 seMalaysia stay home. masa banyak, nak mengecat tapi cat tak boleh nak beli. kedai tak dibuka 😔 apakan daya...
tapi tu la, mr.asben tidak berdiam diri. ada je cara dia fikirkan utk menggunakan masa dengan berkualiti. sememangnya dia jenis yang tak boleh dok diam tanpa aktiviti. dia akan jadi blurrr kalau terlalu lama dok rumah. 😄 berbeza dengan saya, i love stay at home diam-diam 😍😍😍 ha ha ha..
akhirnya, setelah PKP dilanjutkan ke fasa ke-3, baru dpt maklumat bahawa kedai hardware berdekatan dibuka tapi pembelian terhad dan pembeli tidak dibenarkan masuk ke dalam kedai. apa nak, just cakap melalui pintu yang dibuka sedikit. pekedai akan mendapatkan barang dan dibawa keluar. hip hip hoooooray la kami. Allah itu Maha Mendengar kan. sepantas kilatlah mr.asben beli cat putih yg bersesuaian
maka, projek cat pagar rumah pun dijalankan bagi menghilangkan keboringan dok rumah..
inilah dia hero of the days
berkorban di tgh panas cat pagar 😍
inilah pembantu utama, Syuhada
patutlah ari tu Paintwell Services tak masukkan pagar rumah dalam quotation. tak mudah rupanya nak cat pagar. mr.asben berhari-hari mengecat. sebab rumit. mesti pastikan tiada bucu-bucu tak dicatkan. yes la, lagipun kami bukanlah tukang cat bertauliah. nasib baik la PKP. masa banyak terluang... selesai akhirnya mengecat semua. guna warna putih je. konsep rumah nak kekalkan warna putih, coklat terang dan gelap. nyaman rasanya bila pandang rumah sendiri
anak-anak pula, excited bila laman da bersih dan teratur. selama beberapa hari berterusan, diorang jadikan laman tu sebagai gelanggang badminton. PKP dari Mac hingga Jun hari tu kan sesuatu yang tiba-tiba dan tidak dijangka, semua terkunci dlm rumah buat beberapa ketika. bila dpt keluar rumah bersukan gini, happy la anak-anak
laman rumah saya memang umpama padang jarang padang tekukur. tak berumput, gersang aje nampaknya kan. tu la tu, sepanjang PKP yg lepas, sebagaimana saya ada kongsi cerita di ENTRY INI, kami sekeluarga spend masaa mencabut rumput liar. itu yg selesa anak-anak main badminton
berbaris pasu 😆 macam sedang kawad cam
now, PKP (B or P or D dibelakangnya) bakal diwartakan ikut tempat. takkan lagi kot ada PKP seperti yg lepas. meskipun bilangan kes positif beribu (yg nak turun kembali ke 2 angka mcm ambik masa lama), kerajaan akan still memberatkan sektor ekonomi. pelaburan lah... perdagangan lah... oleh itu, kita jaga kita. seriously, hanya dgn usaha kita jaga diri kita sendiri. rentas negeri pun da boleh seantero Malaysia, lagi la kita kena hati-hati
[sila baca part 1 : Simenkan halaman berumput dan naikkan tembok batuikkan halaman rumah][sila baca part 2 : Mengecat dinding luar rumah]
di next entry, kalau kerajinan menjelma lagi, nak citer tentang tanam rumput karpet filipina di halaman rumah - part 3. sambungan la 'penjenamaan' semula (gitewwwww) halaman rumah saya 😄 kah kah kah...
till then, bye for now
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/12/menghabiskan-masa-ketika-pkp-cat-pagar-cabut-rumput.html