Menggerakkan Sektor Ketiga Melalui Ayuh Malaysia



𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟 (𝗦𝗢𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗣𝗥𝗜𝗦𝗘) Saya terus dihujani dengan pelbagai soalan mengenai penglibatan saya dalam politik selepas ini. Lain orang, lain niat dan matlamatnya apabila memilih menjadi seorang ahli politik. Saya tidak bermula sebagai seorang politik. Saya bermula sebagai seorang aktivis yang ada kesedaran politik, bahawa Malaysia perlu berubah kepada sistem yang lebih telus, membudayakan keamanahan (𝘢𝘤𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘢𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺), merancakkan persaingan dan mengangkat merit dalam masyarakat. Oleh itu, matlamat saya adalah untuk melihat perkara-perkara ini dalam masyarakat dan negara. Sebahagiannya perlu dibawa melalui platform politik. Sebahagian lagi perlu digerakkan dari akar umbi supaya budaya ini menjadi amalan dalam masyarakat, apatah lagi kerana kita tahu bukan semua ahli politik mengalu-alukan perubahan. Sebab itu, saya berlapang dada, malah bersyukur dengan beberapa percaturan politik yang berlaku di dalam KEADILAN sehingga membawa kepada peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi. Sejak kempen pemilihan KEADILAN 2025 bermula (sebelum pun pengundian berlaku), saya sudah memutuskan bahawa tumpuan saya yang seterusnya ialah untuk membina jaringan rakyat di peringkat akar umbi melalui 𝗽𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 (𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗽𝗿𝗶𝘀𝗲). Sebuah perusahaan sosial adalah sebuah entiti yang menjalankan aktiviti yang membantu masyarakat, selalunya berasaskan kegiatan ekonomi tertentu. Berbeza dengan perniagaan biasa, perusahaan sosial tidak bermotifkan keuntungan. Motifnya ialah khidmat dan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, keuntungan dari perusahaan sosial kebiasaannya dikembalikan kepada pekerja dan masyarakat (berbanding perniagaan yang untungnya disimpan oleh pemilik atau pemodal). Maka, perusahaan sosial berupaya menawarkan perkhidmatan atau barang pada harga yang lebih baik berbanding dengan sebuah perniagaan biasa. Model perusahaan sosial masih asing di Malaysia. Lazimnya, kegiatan ekonomi diusahakan sebagai sebuah entiti bermotif keuntungan. Kegiatan berasaskan masyarakat pula diusahakan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (yang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan untuk membiayai kegiatan dan bergantung kepada sumbangan orang ramai atau geran kerajaan). Saya terpanggil untuk menggembleng usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan 𝘀𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮, iaitu sektor perusahaan sosial yang terdiri dari perusahaan bermatlamatkan masyarakat, tetapi dibiayai oleh operasi perniagaan yang diuruskan dengan cekap dan membina kekuatan kewangan sendiri. Oleh itu, fokus utama saya dalam masyarakat selepas ini ialah menggerakkan sektor ketiga menggunakan platform 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 akan menjadi platform sehenti yang berfungsi: 1. Mewujudkan seberapa banyak perusahaan sosial dalam pelbagai bidang yang digerakkan oleh orang ramai 2. Menyediakan kepakaran dan bantuan melalui jaringan perusahaan sosial dan rakyat 3. Menyusun sumber kewangan tambahan dan penyeliaan kewangan untuk memastikan perusahaan sosial ini berdaya saing dan diuruskan dengan jujur 4. Menghubungkan perusahaan sosial dengan kumpulan penerima sasar yang akan mendapat manfaat Pelancaran 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 sebagai platform sehenti jaringan perusahaan sosial akan diadakan pada 27 Julai 2025. Rancangan terperinci kini sedang dibangunkan dan akan dibentangkan semasa pelancaran pada 27 Julai ini. Saya mengajak aktivis dan rakyat biasa untuk bersama-sama menyumbang membina jaringan perusahaan sosial ini di masa hadapan. Kehadiran jaringan perusahaan sosial yang kukuh di dalam masyarakat dapat menjamin kelangsungan kebajikan ekonomi dan sosial rakyat dalam keadaan pertembungan politik akan terus berlaku di dalam masyarakat.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/menggerakkan-sektor-ketiga-melalui-ayuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi

Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 200 hits
Malaysiakini nbsp Bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini mengumumkan pelancaran Ayuh Malaysia sebuah platform baru yang bertujuan membina rangkaian perusahaan sosial di seluruh negara menandakan peralihan fokus beliau daripada politik ...
Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 197 hits
Alibaba Cloud syarikat pengkomputeran awan di bawah Alibaba Group mengumumkan pembukaan pusat data ketiganya di Malaysia pada 1 Julai 2025 Menurut Alibaba Cloud penambahan pusat data ini bertujuan memenuhi permintaan yang semakin meningkat ...
Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 231 hits
Penulis Tharsshini Apparao S Rathika Ts Dr Sunny Goh Eng Giap Faculty of Ocean Engineering Technology Universiti Malaysia Terengganu Pengurusan tanah liat lembut adalah masalah kritikal dalam sektor pembinaan dan pertanian Tanah liat lembut...
Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 233 hits
IGP Malaysia risks becoming terror transit hub as IS linked Bangladeshis recruit migrant workers via social media A group of Bangladeshi nationals linked to IS used social media and messaging apps to spread extremist ideology and recruit me...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 280 hits
LEGOLAND MALAYSIA S SUMMER CARNIVAL IS BACK WITH A SPLASH FOR A THIRD YEARFeaturing Malaysia s breakthrough artists and the biggest line up of splash tacular activities yet Grab your crew and get ready to splash play and party the LEGO way ...
Kat Malaysia Ni Mudah Je Apa Apa Berlaku Salahkan Hujan

Kat Malaysia Ni Mudah Je Apa Apa Berlaku Salahkan Hujan

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 162 hits
Perkhidmatan Aerotrain KLIA tergendala 1 jam 15 minit akibat takungan airMohd Iskandar IbrahimPerkhidmatan aerotrain pada hari pertama pengoperasian semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Foto NSTP MOHD FADLI HAMZAHSEPANG Mala...
Terkini Malaysia Tunggu Pengesahan Nasib Mh370 Daripada Vietnam

Terkini Malaysia Tunggu Pengesahan Nasib Mh370 Daripada Vietnam

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 131 hits
SEPANG Laporan media yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Laut China Selatan kira kira 120 batu nautika dari Kota Bharu masih belum dapat disahkan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata k...
Nak Tawan Malaysia Lagu Mana Pejabat Pun Tutup La Bagai

Nak Tawan Malaysia Lagu Mana Pejabat Pun Tutup La Bagai

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 203 hits
Hamdan TahaBerat parti bersatu pejabat tutup dari presiden kata tanya Hamzah dan Hamzah pula kata tanya Azmin Macam mana nak lawan PH dan BN jika berpecah belah dalaman parti sangat teruk tu belum kira gabungan lagi antara pas bersatu dan n...
Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Kenapa Rezeki Datang Dengan Cara Tak Disangka

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Use Foreign Drivers Lose Your Lorry Jpj Warns Companies Under Strict New Rule

Dapat Hadiah Yang Tak Disangka Dari Blogger Kak Amie

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar

How To Put Your Kids On The Fast Track To Academic Success Through Memo Plus Gold

Sumbangan Asas Rahmah Bantuan Rm100


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Basahkan Tekak Di Dekori Premium Cafe Keningau Sabah Pola Tidur Berubah

Easy Middle Eastern Beef Skewers Recipe

Top Blockchain Trends In Business For 2025 You Can T Ignore

Dosen Teknik Elektro Untan Dorong Literasi Teknologi Di Smpn 19 Pontianak

Manfaat Lengkuas Bagi Kesihatan Badan Dan Oral

Ideavault Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia